Tarikh : 12 March 2015 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : SJK (C) Yuke Kuan , Sekinchan , Selangor
Tempat : SJK (C) Yuke Kuan , Sekinchan , Selangor
Kehadiran : 1 Pegawai, 1 Jurulatih , 6 ISN , 4 Guru , 66 Pelajar
Program pencarian bakat baru (TID) sukan gimnastik telah dijalankan pada 12 March 2015. Seramai 66 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid darjah 1 lelaki. Program ini adalah susulan daripada kekurangan atlet yang berada di PLN Sekinchan. Program dimulakan dengan penerangan program sukan gimnastik. Pelajar-pelajar dimaklum bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat Kebangsaan dan kelebihan-kelebihan menjadi atlet pelapis serta atlet negeri.
Jurulatih memberi sedikit penerangan tentang sukan gimnastik. Taklimat merangkumi pencapaian atlet, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet.
Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan gimnastik bagi menambahkan lagi atlet pelapis di PLN Sekinchan. Peserta yang mempunyai bakat akan diserapkan kedalam program pelapis. Program tamat pada jam 1.00 petang.
Sekian, terima kasih
Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
No comments:
Post a Comment