Thursday, March 31, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMRAMA , SJKC SERDANG

TARIKH    :  30HB MAC 2011 ( RABU)
TEMPAT   :  SJK ( C ) SERDANG BARU 2.
MASA        :  2.30 HINGGA 5.00 PETANG





Seramai 9 orang gimnas hadir menjalani latihan pada hari ini. Latihan dikendalikan oleh jurulatih Cik Elena Mesyeryakova. Saya berkesempatan untuk mengadakan perbincangan bersama dengan jurulatih tentang perkembangan latihan beliau dan jumlah terkini gimnas yang beliau ada. Jurulatih melaporkan, gimnas baru sahaja selesai menyertai Kejohanan MSSM yang diadakan di Johor pada 14-19 Mac 2011.Kini, semua gimnas sedang dalam persiapan menghadapi Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 1/2011 yang akan di adakan pada 11-15 Mei 2011 di Kelantan kelak. Setiap gimnas telah diberikan 'routine' masing-masing untuk mereka berlatih.

Disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

No comments:

Post a Comment