Friday, March 30, 2012

TENPIN BOLING :LAPORAN PEMANTAUAN PLN TENPIN BOWLING, USPTN SELANGOR


LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN : TENPIN BOWLING
TARIKH : 29hb Mac 2012 ( Khamis )
MASA : 8.00 - 10.00 Malam
TEMPAT : Shalin's @ Space U8, TTDI Shah Alam, Selangor
KEHADIRAN : Encik Alihanafiah Bin Ishak ( JSM )
: 12 Lelaki dan 1 Perempuan.







LATIHAN :
- Corner Pin Sparing
- Timing
- Sparing

UJIAN : Tiada buat masa ini.

PERTANDINGAN : Seramai 16 orang atlet telah menyertai Kejohanan Sportexcel Perak Leg pada 2-4 Mac lalu dan mereka akan ke Kejohanan Sportexcel Seremban Leg pula pada 30hb Mac - 1hb April 2012. Sebahagian atlet turut menyertai Kejohanan MSS Selangor yang telah di adakan pada 19hb - 23 Mac 2012.

KECEDERAAN : Seorang atlet, Mohammed Hafiz Fikri Bin Zainol Abidin telah mengalami sedikit kecederaan di bahagian bahu dan telah diberikan surat jaminan rawatan oleh pihak MSNS untuk dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM ).

PERALATAN : Majoriti atlet membawa bola bowling masing - masing.

PROGRAM BINAAN : Tiada setakat bulan Mac 2012.

ULASAN :

1) Terdapat kekurangan yang amat ketara dari segi jumlah bilangan atlet wanita, berdasarkan jumlah yang terpilih menerusi Program Evaluation menunjukkan jumlah atlet seramai 19 lelaki dan 2 perempuan.

2) Pusat latihan di Shalin's@space U8 baru sahaja mula beroperasi pada bulan Mac 2012, secara tidak langsung juga atlet masih dalam proses penyesuaian lane yang masih baru ini.

3) Sesi latihan dijalankan pada setiap hari Isnin , Selasa dan Khamis bermula jam 8.00 - 10.00 malam. Pasukan SUKMA tenpin bowling Negeri Selangor juga menjalani latihan mereka di sini. Kelihatan sesekali jurulatih SUKMA Selangor iaitu Puan Shalin turut membantu Encik Alihanafiah melatih atlet USPTN.

4) Setakat pemantauan sehingga 29hb Mac 2012 ini, jurulatih Encik Alihanafiah memberikan komitmen yang baik dalam latihan yang dijalankan beliau.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Selangor
Sukan Tenpin Bowling

Monday, March 26, 2012

GIMNASTIK ARTISTIK :LAPORAN PEMANTAUAN PLN SEKINCHAN


TARIKH : 22HB MAC 2012 ( KHAMIS )
MASA : 3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK SJKC YOKE KUAN SEKINCHAN
KEHADIRAN : JIA YONG LI ( JLN ), TEE CHAI GUAN (JPM ) , 12 ATLET & EN. ONN
KWANG TUNG ( SAGA )








5. LATIHAN : Tiada latihan dijalankan pada hari ini (22hb Mac 2012 ) kerana semua atlet dan jurulatih terlibat dengan program 'control testing' anjuran bersama pihak persatuan.

6. UJIAN : Antara ujian yang dijalankan ialah ujian 'thire flexibility, fizikal dan kemahiran asas bagi semua keenam apparatus.

7. KECEDERAAN : Tiada

8. PERTANDINGAN : Seramai 3 orang atlet dari PLN ini telah menyertai Kejohanan MSSM 2012, Kelantan pada 12 - 16 Mac 2012.

9. PERALATAN : Setakat ini, semua peralatan yang terdapat di PLN ini berada dalam keadaan naik. Pada sesi pemantauan yang lalu ( 7hb Mac 2012 ) pembekalan 'magnesium powder' telah di terima daripada encik Megat sebanyak 40 kotak.

10. PROGRAM BINAAN : Tiada setakat bulan Mac 2012.

11. ULASAN :
i ) Peralatan di PLN ini berada dalam keadaan baik dan mencukupi setakat ini. Tetapi keadaan bangunan pusat latihan sahaja yang tidak
mengizinkan. Sebahagian bumbung bangunan ( stor ) didapati rosak akibat serangan anai-anai.

ii ) Menerusi pemantauan, didapati ada 3 orang atlet yang tidak tersenarai dalam program Pelapis turut serta dalam program control testing ini. Menurut jurulatih, ketiga-tiga mereka ini tidak/belum didaftarkan lagi memandangkan belum mencapai standard yang dikehendaki oleh jurulatih.

iii ) Perbincangan susulan bersama jurulatih telah dibuat bagi mengadakan program TID sukan ini sekitar bulan April atau Mei 2012.


Sekian, terima kasih.

Laporan di sediakan oleh :


SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik




GIMNASTIK ARTISTIK : PEMANTAUAN & CONTROL TESTING PLN GIMNASTIK, SEKINCHAN





  1. TARIKH : 22HB MAC 2012 ( KHAMIS )
  2. MASA : 3.00 - 5.00 PETANG
  3. TEMPAT : DEWAN SJKC YOKE KUAN, SEKINCHAN.
  4. KEHADIRAN :
- JIA YONG LI ( JLN )
- TEE CHAI GUAN ( JPM )
- 12 ATLET LELAKI

5. LATIHAN : Tiada latihan dijalankan pada hari ini (22hb Mac 2012 ) kerana semua atlet dan jurulatih terlibat dengan program 'control testing' anjuran bersama pihak persatuan.

6. UJIAN : Antara ujian yang dijalankan ialah ujian 'thire flexibility, fizikal dan kemahiran asas bagi semua keenam apparatus.

7. KECEDERAAN : Tiada

8. PERTANDINGAN : Seramai 3 orang atlet dari PLN ini telah menyertai Kejohanan MSSM 2012, Kelantan pada 12 - 16 Mac 2012.

9. PERALATAN : Setakat ini, semua peralatan yang terdapat di PLN ini berada dalam keadaan naik. Pada sesi pemantauan yang lalu ( 7hb Mac 2012 ) pembekalan 'magnesium powder' telah di terima daripada encik Megat sebanyak 40 kotak.

10. PROGRAM BINAAN : Tiada setakat bulan Mac 2012.

11. ULASAN :
i ) Peralatan di PLN ini berada dalam keadaan baik dan mencukupi setakat ini. Tetapi keadaan bangunan pusat latihan sahaja yang tidak mengizinkan. Sebahagian bumbung bangunan ( stor ) didapati rosak akibat serangan anai-anai.

ii ) Menerusi pemantauan, didapati ada 3 orang atlet yang tidak tersenarai dalam program Pelapis turut serta dalam program control testing ini. Menurut jurulatih, ketiga-tiga mereka ini tidak/belum didaftarkan lagi memandangkan belum mencapai standard yang dikehendaki oleh jurulatih.

iii ) Perbincangan susulan bersama jurulatih telah dibuat bagi mengadakan program TID sukan ini sekitar bulan April atau Mei 2012.




Sekian, terima kasih.

Laporan di sediakan oleh :


SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik

Tuesday, March 20, 2012

GIMRAMA :LAPORAN PEMANTAUAN : SUKAN GIMRAMA

TARIKH : 20HB MAC 2012 ( SELASA )
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SJKC SERDANG BARU 2, SRI KEMBANGAN SELANGOR






KEHADIRAN :


1) Cik Elena Mesyeryakova ( Jurulatih )
2) Lee Bou Yee ( Gimnas )
3) Izzah Binti Amzan ( Gimnas )
4) Rachel Cheng Rui Qi ( Gimnas )
5) Fing Wan Qin ( Gimnas )

LATIHAN :

1) Sessi Pemanasan Badan
2) Latihan Bersama Muzik ( Grades Routines )

PERTANDINGAN :

- 2 orang gimnas baru selesai menyertai Kejohanan MSSM yang telah di adakan pada 12 - 17
Mac 2012, Melaka.

KECEDERAAN :

- Seorang gimnas iaitu Veronica mengalami kecederaan ringan di bahagian buku lali.

PERALATAN :

- Masih mencukupi setakat ini.

PROGRAM BINAAN :

- Belum ada setakat ini.

ULASAN :


1) Persekitaran PLN didapati bising dengan kerja -kerja pembinaan membesarkan bangunan sekolah yang
sedang dijalankan.

2) 2 orang gimnas tidak hadir seperti kebiasaan pada waktu latihan petang. Menurut jurulatih, beliau telah
dimaklumkan oleh gimnas terbabit kerana komitmen pelajaran.

3) 2 orang gimnas dari PLN ini iaitu Izzah Amzan dan Veronica akan menyertai sesi pemilihan akhir bagi memilih wakil gimnas yang akan mewakili negeri di Kejohanan SUKMA 2012. Pemilihan akhir ini akan di adakan pada
8hb April 2012 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara.

4) Gimnas yang lain pula di latih bagi menghadapi Kejohanan Gimrama Sportexcel 1/2012 pada 13-14 April 2012.



Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Sukan
Sukan Gimnastik & Tenpin Bowling


Friday, March 9, 2012

GIMNASTIK ARTISTIK :Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik, Sekinchan


TARIKH : 7HB MAC 2012 ( SELASA )
TEMPAT : SJKC YOKE KUAN, SEKINCHAN
MASA : 9.00 - 11.30 PAGI






Pemantauan ini telah di adakan bersama Pengurus Sukan Gimnastik, Encik Megat Ahmad Kusyairy. Hanya 2 orang atlet kendalian jurulatih Tee Chai Guan hadir pada sesi latihan sebelah pagi, manakala selebihnya akan hadir pada sesi latihan di sebelah petang.

Antara perbincangan yang dijalankan bersama saya, jurulatih dan juga Pengurus adalah tentang usaha untuk menambah bilangan jumlah atlet bagi pusat latihan yang bertempat di Sekinchan ini. Buat masa ini hanya 10 orang atlet sahaja yang berlatih di sini. Keadaan peralatan di dalam dewan ini adalah memuaskan, cuma ada beberapa kerosakan yang kelihatan di bahagian bumbung bangunan, stor dan dibeberapa bahagian lain.

Sebagai makluman, pihak Persatuan Gimnastik Amatur Selangor ( SAGA ) akan menjalankan "control testing' pada 22hb Mac 2012 bertempat di pusat latihan Sekinchan.

Laporan disediakan oleh:

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Tenpin Bowling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor


TENPIN BOLING :Mesyuarat Bersama STBA/Ibubapa & Atlet Sukan Tenpin Bowling.

TARIKH : 8HB MAC 2012 ( KHAMIS )
TEMPAT : SHALIN'S@SPACE U8, TTDI SHAH ALAM, SELANGOR
MASA : 8.30 - 9.40 MALAM






Mesyuarat ini di adakan bagi menjelaskan tentang program USPTN Selangor sukan tenpin bowling bagi tahun 2012. Bermula bulan Mac 2012, program latihan dikendalikan oleh jurulatih sambilan iaitu Encik Alihanafiah Bin Ishak yang sebelum ini juga pernah menjadi jurulatih bagi sukan ini sewaktu program Sukan Teras dulu.

Pihak Persatuan Tenpin Bowling Selangor ( STBA -04 ) juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang program yang di kendalikan oleh pihak persatuan, peraturan yang perlu diikuti oleh semua atlet serta beberapa perkara berbangkit oleh pihak ibubapa.

Berikut adalah jadual latihan bagi sukan tenpin bowling, USPTN Selangor 2012 :

Hari : Isnin, Selasa dan Khamis
Masa : 8.00 - 10.00 Malam
Tempat : Shalin's@Space U8, TTDI Shah Alam, Selangor

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Tenpin Bowling



Monday, March 5, 2012

GIMNASTIK ARTISTIK :Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik ( Wanita) )


PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK ( Wanita )
TARIKH : 1HB MAC 2012 ( KHAMIS )
TEMPAT: DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK, KOMPLEKS SUKAN SUKSES, '
SHAH ALAM, SELANGOR





Setelah beberapa bulan program ini diberhentikan buat sementara waktu kerana ketiadaan jurulatih, akhirnya pada 1hb Mac 2012, program ini akhirnya berjaya dijalankan semula dengan kendalian jurulatih baru iaitu Cik Cheong See Teng. Bagi latihan pertama beliau pada 1hb Mac 2012, seramai 10 orang atlet hadir bagi menjalani sesi latihan.

Kelihatan kehadiran ibubapa sebagai sokongan kepada anak-anak mereka juga dapat dilihat semasa sesi pemantauan saya kali ini. Berbeza berbanding kendalian jurulatih terdahulu, sesi latihan oleh Cheong See Teng di adakan pada waktu malam. Berikut merupakan jadual latihan kendalian jurulatih yang juga merupakan bekas gimnas Negeri Selangor ini :

Hari : Selasa dan Khamis ( junior dan senior )
Masa : 7.30 hingga 10.00 malam

** Tambahan hari latihan iaitu hari Ahad bagi atlet senior pada jam 9 - 12 tengah hari.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Bowling




GIMNASTIK ARTISTIK :Kem Pemilihan & Penilaian Sukan Gimnastik Artistik


PROGRAM :KEM PEMILIHAN & PENILAIAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK -MAG
TARIKH : 19-24HB FEBRUARI
2012
TEMPAT : GIMNASIUM 3, MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL






Program Kem Pemilihan & Penilaian Sukan Gimnastik Artistik (MAG) anjuran Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara ini telah melibatkan seramai 73 atlet gimnastik artistik lelaki dan 15 orang jurulatih dari seluruh Malaysia. Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menilai prestasi setiap atlet lelaki ( berumur 10-12 tahun ) dan juga jurulatih bersempena dengan kehadiran Encik Gao Jian , konsultan dari FIG.

Seramai 2 orang gimnas Negeri Selangor dari Pusat Latihan, SJK ( c ) Yoke Kuan , Sekinchan telah dipilih bagi menyertai program ini. 2 gimnas tersebut adalah adik Low Jun Hao dan adik Lee Boon Jun dimana kedua-dua gimnas ini berada di bawah kendalian latihan jurulatih Encik Jia Yong Li. Sepanjang 5 hari program ini dijalankan, baik gimnas mahupun jurulatih dirasakan mendapat input yang sangat berharga daripada Encik Gao Jian.

Sehingga catitan ini, adik Low Jun Hao telah berjaya terpilih ke Program Pelapis Kebangsaan menerusi makluman email yang diterima pada 1hb Mac 2012. Tahniah diucapkan dan semoga selepas ini akan lebih ramai lagi gimnas negeri yang akan terpilih ke Program Pelapis Kebangsaan.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Bowling

PELAYARAN: LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PERAHU LAYAR



---------- Forwarded message ----------
From: Norazizam Mohamad <norazizam.usptn@gmail.com>
Date: 2012/2/9
Subject: LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PERAHU LAYAR
To: jefri ngadirin <jefri.cp@gmail.com>, Mohd Yazid Hj Shoib <yazid.cp@gmail.com>, adam PELAPIS <adamshazan.cp@gmail.com>, zie ileana <zileanaizra.usptn@gmail.com>
Cc: MOHD NOR IZUWAN ARIFIN <izuwan.cp@gmail.com>, azrulhisyam.cp@gmail.com, leong.msns@gmail.com, melisa lisa <harlisarozikin.msns@gmail.com>


Tarikh : 5 - 6 Februari 2012

Tempat : Pusat Latihan Pelayaran Selangor, Batu Laut, Kuala Langat

Kehadiran : 28 orang atlet

Laporan :

i. Pemantauan dibuat bertujuan untuk menilai perkembangan atlet baru selepas Klinik Pelayaran Negeri Selangor yang telah diadakan pada 2 - 4 Disember 2011.

ii. Hampir 95% atlet baru yang menyertai Klinik tersebut berminat untuk menyertai program dengan sokongan ibu bapa masing-masing. Kebanyakan ibu bapa dari daerah Klang, Hulu Langat dan Sepang sanggup untuk menghantar anak-anak mereka menjalani latihan setiap sabtu dan ahad.

Perkara Berbangkit :

i. Kekurangan jurulatih untuk melatih atlet baru kerana 3 orang jurulatih sedia ada tidak cukup untuk menampung jumlah atlet yang ramai dan juga komitmen mereka pada SUKMA 2012. Mohon supaya dipertimbangkan penambahan seorang lagi Jurulatih Separuh Masa (JSM).

ii. Kekurangan peralatan (eksesori) seperti boyance beg, layar, mask dan lain-lain amat diperlukan bagi tujuan latihan kerana bot sedia ada kekurangan peralatan tersebut.. Pusat latihan ini memerlukan pertambahan sebanyak 8 bot yang lengkap.

Diharapkan laporan dan permohonan ini dapat dipertimbangkan.

sekian, harap maklum


--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR





--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR


Friday, March 2, 2012

BERBASIKAL :LATIHAN SUKAN BERBASIKAL


Tarikh : 1 Mac 2012 (Khamis)
Tempat : Seksyen 4 & 7 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Masa : 3.30 Petang hingga 5.30 Petang
Kehadiran : 22 orang atlet dan 1 orang jurulatih


Sesi latihan sukan berbasikal seramai 22 orang atlet dan 1 orang jurulatih telah hadir ke sesi latihan tersebut. Sesi latihan telah dilangsungkan di Seksyen 4 & 7 Shah Alam berdekatan dengan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor bagi sesi latihan bukit. Semasa sesi pemantauan tersebut, beberapa masalah telah diperbincangkan antaranya masalah kesihatan atlet dan latihan pusat semasa cuti sekolah pada bulan mac ini.

Mohd Firdaus Bin Rosli
Pegawai Pembangunan Negeri
Menembak, Berbasikal, Skuasy & Tinju
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor