Monday, December 30, 2013

TENPIN BOLING :PERLAWANAN PERSAHABATAN TENPIN BOLING ANTARA USPTN SELANGOR & USPTN NEGERI SEMBILAN

TARIKH  : 30HB DISEMBER 2013 ( ISNIN )
TEMPAT : DREAM BOWL, KOMPLEKS SUKAN AIPORT NILAI NEGERI SEMBILAN
PENYERTAAN : 25 ATLET, 2 JURULATIH DAN PPN









Perlawanan Persahabatan ini telah di adakan di Dream Bowl, Kompleks Sukan Airport Nilai Negeri Sembilan. Seramai 25 orang atlet telah terlibat dalam aktiviti yang di anjurkan bersama oleh USPTN Selangor dan USPTN Negeri Sembilan ini. Atlet bermain 6 permainan .

Berikut adalah pencapaian 5 terbaik :

1) Afiq Asymaan ( SEL ) : 1157 pin
2) Muhamad Hazim Ali Hanafiah ( SEL ) : 1151 pin
3) Rhafiq ( NSE ) : 1149 pin
4) Aliff Khairudin ( SEL ) : 1126 pin
5) Adik ( NSE ) : 1105 pin

Terima kasih di ucapkan buat atlet, jurulatih dan USPTN Negeri Sembilan yang sudi menerima kunjungan kami di Nilai, In Shaa Allah tahun hadapan, boleh jumpa lagi dan kali ini, kami di Selangor menjemput kehadiran pasukan Negeri Sembilan pula.

Jumpa tahun 2014 :)

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Tenpin Boling, Gimnastik Artistik & Gimrama dan Taekwondo

TAEKWONDO : TAEKWONDO SPORT EXCEL NSC MILO NATIONAL JUNIOR AND SENIOR CIRCUIT GRAND FINALS 2013

TARIKH  : 20HB - 21HB DISEMBER 2013
TEMPAT : STADIUM BADMINTON CHERAS, KUALA LUMPUR.
PENYERTAAN : 17 ATLET, 2 JURULATIH DAN PPN







Kejohanan 'Grand Finals' ini telah di adakan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 10 orang atlet Taekwondo Program Pelapis Negeri Selangor telah layak menyertai kejohanan ini. Berikut adalah senarai nama atlet yang memperolehi pingat.

1) Lian Yong Peng : Emas 
2) Chua Xin Wei ( Nicholas ) : Emas
3) Muhammad Rizal  : Emas
4) Haresh a/l Sivakumar : Perak
5) Perevin a/l Karpaya : Perak
6) Lian Wan Jun : Perak
7) Muhammad Afnan : Perak
8) Lee Wan Ram : Perak
9) Muhammad Khairul : Perak
10 ) A. Nanthini : Gangsa

Komen jurulatih :

' The Overall performance done by Selangor Team in the Grand Final Championship is fulfilling because all players have won themselves a medal and their sparring skill in the arena has improved tremendously. However, Players still need to attend training regularly to keep up with the current momentum and not lose focus for the upcoming game in the future. Despite delivering good performance, players should also have responsibility or initiative in maintaining and keeping track of their weight to avoid any withdrawals in the future. Due to this matter, it may not look good for both the player and the team. Hopefully , players who were not able to participate will bring in more effort to keeping track of their weight, so that their trainibg effort will not be waste' - Master Balakrishnan A/L V.K Govindan 

Secara keseluruhan, pasukan Selangor memperolehi 3 Emas, 6 Perak dan 1 Gangsa, berada di kedudukan kedua.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Taekwondo, Gimnastik Artistik & Gimrama dan Tenpin Boling.

GIMRAMA :KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2013

TARIKH  : 16 - 20 DISEMBER
TEMPAT : GIMNASIUM 1, MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL
PENYERTAAN : 32 ORANG ATLET, 3 JURULATIH DAN PPN.








Kejohanan selama 5 hari ini telah memperlihatkan seramai 32 orang gimnas dari Negeri Selangor mengambil bahagian. Kategori yang dipertandingkan adalah 'Little Gymnas, Gred 1, Gred 2, Gred 3, Gred 4, Gred 5, Pre Junior dan kategori Bawah 10 tahun.

Penonton yang hadir turut disajikan dengan persembahan hebat oleh 5 orang gimnas Pelapis Kebangsaan yang akan mewakili Malaysia ke kejohanan gimrama yang di adakan di Jepun.

Pencapaian pasukan Selangor di kejohanan ini, memperolehi 16 Emas, 18 Perak dan 16 Gangsa. Menduduki tempat kedua secara keseluruhan selepas Wilayah Persekutuan.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Tenpin Boling dan Tekwondo

GIMNASTIK ARTISTIK :KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN GIMNASTIK ARTISTIK 2013

TARIKH            :  16 - 18 DISEMBER 2013
TEMPAT           :  GIMNASIUM 3, MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL
PENYERTAAN : 16 ATLET, 3 JURULATIH DAN PPN











Kejohanan selama 3 hari ini telah di adakan di gimnasium 3, MSNM. Penglibatan atlet USPTN Selangor pada kejohanan kali ini adalah seramai 16 orang. ( 6 gimnas wanita dan 14 gimnas lelaki ). Keseluruhan pencapaian, pasukan Selangor memperolehi 15 Emas, 10 Perak dan 12 Gangsa.

Berikut dinyatakan pecahan kutipan pingat pasukan Selangor mengikut kategori umur :

MAG HP   7-8 TAHUN   : 7 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa
MAG HP 11-12 TAHUN : 8 Emas, 8 Perak dan 8 Gangsa
WAG HP 7 - 8 TAHUN   : 1 Gangsa.

Ini merupakan kejohanan terakhir yang disertai oleh atlet gimnastik artistik Pelapis Negeri Selangor. In Shaa Allah, berjumpa lagi di tahun 2014 :)

Laporan di sediakan oleh,

SUHANA SUHAILI 
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Tenpin Boling, Gimnastik Artistik & Gimrama dan Taekwondo