Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

MAJLIS ANUGERAH SUKAN NEGERI SELANGOR 2010


TARIKH : 7HB OKTOBER 2011 ( JUMAAT )
TEMPAT : HOTEL DE PALMA INN SHAH ALAM, SELANGOR

MASA : 8.00 MALAM






Pada majlis anugerah ini, atlet gimnastik( gimrama ) Elaine Koon telah dinobatkan sebagai Olahragawati Negeri Selangor bagi tahun 2010. Pemilihan ini berdasarkan pencapaian beliau dalam kejohanan kebangsaan & antarabangsa :

1) SUKMA 2010, Melaka : 4 Emas & 1 Perak
2) Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN, Bukit Jalil : 6 Emas

3) Sukan Komanwel, New Delhi : 1 Emas,1 Perak & 3 Gangsa

Elaine Koon merupakan bekas atlet dari program Sukan Teras Negeri Selangor dari tahun 2006 ( Kini , dikenali sebagai Program Pelapis ) sebelum beliau ditawarkan ke Program Pelapis Kebangsaan.

Adik Ahmad Syukri Bin Abdul Aziz, dari sukan Pelayaran pula telah memenangi anugerah Olahragawan Harapan 2010. Beliau merupakan atlet dari Program Pembangunan Atlet Remaja Kebangsaan (PPARK) pusat latihan negeri Selangor dan menjalani latihan di Pusat Pelayaran Negeri Selangor, Batu Laut Kuala Langat. Beliau mula mendapat tawaran ke Pelapis Kebangsaan pada tahun 2008 dan telah mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa dan kejayaan paling membanggakan adalah menjuarai kejohanan IODA World 2010, Langkawi Kedah.

Antara anugerah lain :

1) Olahragawan 2010 : Alex Liew ( Tenpin Boling )
2) Olahragawati Harapan 2010 : Jananiejay Nair ( Kabbadi )
3) Pasukan Terbaik : Pasukan Liga Super Selangor TM Malaysia
4) Persatuan Terbaik : Persatuan Bola Sepak Selangor

5) Anugerah Khas : Allahyarham Encik Mohamed Latifi Bin Abu Bakar

6) Penghargaan Khas :
- YBhg Tuan Tukiman Nail (YDP Maj. Daerah Hulu Selangor )
- YBhg Tuan Haris Kasim
- Unit Sukan MSSS

7) Anugerah pegawai Berjasa :
- Encik Akilan A/L Ramalingan ( Persatuan Kabbadi )
- Encik Hamzah Bin Sajadi ( Per. Boling Padang Selangor )
- Encik Selvarajoo A/L Singaram ( Per. Tenis Selangor )

Laporan Oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR

Monday, May 30, 2011

LAWATAN MUHIBBAH PEMANGKU KETUA UNIT, USPTN KEDAH

TARIKH : 30HB MEI 2011 ( ISNIN )
TEMPAT : MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

MASA : 10.30-11.30 PAGI




Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor telah dikunjungi oleh Pemangku Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah, Encik Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni yang kebetulan akan berada di Shah Alam sempena Kejohanan SUKMA XIV . Kesempatan yang ada memberi peluang kepada kakitangan USPTN Selangor bertanya khabar sambil bertukar-tukar info berkenaan kejohanan SUKMA.

Jika tahun lepas (2010), kami dikunjungi oleh Encik A. Zulkefli Bin Muhammad, Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu, kali ini kunjungan dari orang kuat USPTN Kedah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke pejabat ini. Lain kali bolehlah datang lagi :)

Thursday, April 14, 2011

LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR (MSNS) KE MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR (MDKS)

Salam Sejahtera

Tarikh : 13hb April 2011
Tempat : Majlis Daerah Kuala Selangor
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lawatan ini adalah lawatan kerja Pengarah Eksekutif En. Norzamri Ishak ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) susulan arahan dari Kerajaan Negeri. Rombongan lawatan MSNS ini juga di sertai oleh Pn. Rohaya Yahya (Ketua Unit Korporat), En. Mahazir Ibrahim (Pegawai Unit Pembangunan Belia), En. Mohd Azri Mohd Ramli (Ketua Unit Majlis Sukan Daerah), Pn. Zie Ileana Izra Ujang (Pemangku Ketua Unit USPTN Selangor) & En. Mohd Firdaus Rosli (Pegawai Pembangunan Negeri USPTN Selangor).

MDKS telah di wakili oleh Tuan Haji Haris Bin Kasim (Yang Dipertua MDKS), En. Mohammad Akmal Bin Mohamad Nasir (Pegawai Belia & Sukan MDKS) dan disertai juga oleh beberapa badan belia dan sukan daerah Kuala Selangor. Antara perbincangan semasa lawatan dibuat tersebut adalah pembangunan belia dan sukan di daerah Kuala Selangor dan beberapa masalah yang dihadapi di daerah Kuala Selangor.

Hasil lawatan ini telah mendapat persefahaman dan beberapa persetujuan diantara kedua-dua belah pihak demi pembangunan belia dan sukan di negeri Selangor. Semoga segala yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan demi kemajuan sukan di Negeri Selangor. Sekian

Disediakan Oleh
--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR (MSNS) KE MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM (MDSB)

Salam Sejahtera

Tarikh   : 13hb April 2011
Tempat : Majlis Daerah Sabak Bernam
Masa    : 11.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lawatan ini adalah lawatan kerja Pengarah Eksekutif En. Norzamri Ishak ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) susulan arahan dari Kerajaan Negeri. Rombongan lawatan MSNS ini juga di sertai oleh Pn. Rohaya Yahya (Ketua Unit Korporat), En. Mahazir Ibrahim (Pegawai Unit Pembangunan Belia), En. Mohd Azri Mohd Ramli (Ketua Unit Majlis Sukan Daerah), Pn. Zie Ileana Izra Ujang (Pemangku Ketua Unit USPTN Selangor) & En. Mohd Firdaus Rosli (Pegawai Pembangunan Negeri USPTN Selangor).

MDSB telah di wakili oleh En. Hazril Hakim Mohd Yazid (Setiausaha MDSB) dan disertai juga oleh En. Muri Tosrip (Pegawai Tadbir Jabatan Belia, Sukan & Kemasyarakatan) dan En. Md kamal Arshad (Pembantu Tadbir / Jurulatih Sukan Tinju USPTN Selangor). Antara perbincangan semasa lawatan dibuat tersebut adalah pembangunan sukan di daerah Sabak Bernam, pemilihan MDSB sebagai Bapa Angkat sukan bagi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Pusat Latihan Tinju dibawah USPTN Selangor.

Hasil lawatan ini telah mendapat persefahaman dan beberapa persetujuan diantara kedua-dua belah pihak demi pembangunan belia dan sukan di negeri Selangor. Semoga segala yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan demi kemajuan sukan di Negeri Selangor. Sekian

Disediakan Oleh
--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR


Friday, March 25, 2011

TANDA-TANDA KEBAHAGIAAN

Renungkan:

* Tiap Bertambah Ilmu, Bertambah Pula Rendah Hati*
* Tiap Bertambah Amal, Bertambah Pula Takutnya Kepada ALLAH S.W.T*
* Tiap Bertambah Umurnya, Beransur Kurang Halobanya Terhadap Keduniaan *
* Tiap Bertambah Harta Kekayaan,Bertambah Pula Pemurahnya *
* Tiap Bertambah Pangkat Kedudukannya, Bertambah Dekat Dirinya Pada
   Orang*  
  

 Semoga Kita Menjadi Insan Yang Bahagia :)

Sumber dari buku motivasi Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj

Thursday, March 24, 2011

INDAH PADA WAKTUNYA...

 Renungan Yang Saya Kongsikan Semasa Perjumpaan Bulanan Pada 01 Mac 2011

Kadang Kala Kita Meminta Pada Allah. Setangkai Bunga Yang Indah
Tapi Allah S.W.T Berikan Kita Kaktus Berduri
Kita Meminta Kupu-Kupu, Tapi Diberikan Ulat
Kita Pun Sedih...Kecewa, Bahkan Marah !

Namun Kemudian, Tanpa Kita Sedar Kaktus Itu Lantas Berbunga Indah Sekali
Dan Ulat Tadi Pun Menjadi Kupu-Kupu Yang Sangat Cantik!
Itulah Jalan Allah S.W.T..INDAH PADA WAKTUNYA!
Allah S.W.T Tidak Memberi Apa Yang Kita Harapkan,
Tapi Allah S.W.T Memberi Apa Yang Kita Perlukan

Kadang Kita Sedih, Kecewa, Terluka Dan Berburuk Sangka
Tapi Jauh Di Atas Segalanya, Allah S.W.T Merungkai Yang Terbaik Dalam Kehidupan Kita
Agar Kita Belajar Untuk Selalu Ikhlas Dan Redha :)

Suhana Suhaili
240311

Thursday, March 17, 2011

MULAKAN HARI DENGAN CERIA :)

Topik ini pernah saya kongsikan dengan semua rakan sekerja MSNS/USPTNS pada 1hb Mac lalu. Peluang yang diberikan oleh Pengarah, Encik Norzamri Bin Ishak ini, saya kongsikan bersama dengan yang lain. Bukan hanya untuk orang lain, malah renungan buat diri saya sendiri.

Mengambil tajuk yang cukup menarik perhatian saya ini, adalah hasil tulisan penulis motivasi yang amat saya kagumi : Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj Di dalam petikan beliau mengatakan :

Ceria dan Bahagia berkait rapat dengan hati. Bahkan ceria dan bahagia itu memang datang dari situ ( hati). Jika kita berasa susah hati, Resah hati, Tidak puas hati, malah sakit hati, Ceria dan bahagia itu tadi akan tercabut dalam diri kita.

Katanya  lagi, kita harus menceria dan membahagiakan hati kita di setiap hari dan bermula setiap pagi ! Disitulah suisnya. Sememangnya hati kita ini adalah hak kita, Selain daripada Allah SWT, Hanya kita sahaja yang tahu di situasi apa ia berada dan hala tuju mana hendak kita bawa ia ( Hati )

Ketika kita bangun dari tidur di awal pagi, apa agaknya  ayat/perkataan yang terpacul dalam hati kita? Cuba renung situasi ini

' Orang yang bangun tidur dan hatinya berkata. 'Alamak, Hari ni hari bekerja ke? Apa pasal la hari ni hari kerja? menyampahnya aku! InsyaALLAH, Orang-orang tidak akan dapat merasakan bahagia dan ceria dari awal pagi lagi. Pagi-pagi lagi dah sebut tak suka itu, tak suka ini, nak ceriakan apa?? Itu umpama meletakkan satu gap, sempadan mahupun had pada hati untuk bertindak cerdas bebas dan cerdas.

Hati sentiasa berkomunikasi dengan minda.Apa kata hati, akan tersalur ke minda secara automatik. Minda pula akan bertindak mengikut suara hati. Bila hati berkata : 'Malasnya aku nak pergi kerja, menyampahnya aku pada si polan dan polan, Minda akan menyetujuinya. Ibarat hati itu bagaikan raja dan minda itu bagaikan permaisuri. Apa kata raja, permaisuri pasti akur!

Jadi, untuk menjadikan hati kita ini ceria dan bahagia, sentiasa mulakan hari dengan ceria juga. Tidak salah kalau kita berakat : ' Seronoknya bekerja hari ini, dapat berjumpa dengan rakan sekerja yang lain, ada yang bermanfaat, boleh dikongsi bersama'

Berbeza kan ? Orang yang bangun pagi dengan liat dan malas akan menyebabkan pergerakannya turut malas, lembab dan lembik. Tapi orang yang bangun dengan cerdas, seluruh hatinya akan menjadi cerah.

Kesimpulannya, kalau kita pernah bagi makanan negatif pada hati, jomlah cepat kita betulkan.Tukarkan ke positif. Sebab apa? Bertambah luas akal, Bertambah luas hidup dan bertambah datang bahagia. Bertambah sempit akal, Bertambah sempit hidup, akan bertambah lah datang perkara-perkara negatif yang mungkin akan membuatkan kita merasa kecewa

Di kongsi oleh :
SUHANA SUHAILI

Tuesday, March 15, 2011

LAWATAN MSN JOHOR KE MSN SELANGOR 15HB MAC 2011

TARIKH  :  15HB MAC 2011 ( SELASA )
TEMPAT :   MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR/USPTN SELANGOR
MASA     :   10.00 PAGI


Rombongan lawatan ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 12 orang pegawai dan kakitangan dari MSN Johor. Encik Hafiezal selaku Ketua Unit USPTN Johor turut sama dalam rombongan ini. Pengarah Eksekutif MSN Selangor Encik Norzamri Bin Ishak bersama-sama pegawai dan kakitangan MSNS/USPTNS berbesar hati menerima kunjungan pihak MSN Johor.

Terima kasih kepada rombongan MSN Johor kerana sudi datang ke tempat kami. Sampai berjumpa lagi :)