Monday, March 31, 2014

PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK






Tarikh : 25.03.2014
Masa : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Lapangsasar Menembak Subang

Kehadiran :
1. Felix Ho - JPM (MSN Selangor)
2. Shakimi Mohamed - JSM (MSN Selangor)
3. Atlet - 2 lelaki 4 Wanita

LATIHAN
1. Air Pistol & Air Rifle (Lelaki - 60 Shot & Wanita - 40 Shot)

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Akan menyertai Kejohanan Menembak Sportexcel 3rd yang akan diadakan pada 26 - 30 Mac 2014 di Lapangsasar Menembak Subang, Selangor

PERALATAN
Bantuan peluru dalam proses pembekalan
KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Perbincangan antara jurulatih En. Shakimi & En. Felix (lantikan MSN Selangor) serta En. Azmi dan PPN mengadakan perbincangan mengenai prestasi atlet semasa.

2. Perbincangan juga dibuat untuk penambahan atlet-atlet baru berumur 13 ke 15 tahun.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Firdaus Bin Rosli
SDO Menembak Negeri Selangor
Tarikh: 31.03.2014

TENPIN BOLING : UJIAN KECERGASAN SIRI 1/2014

TARIKH   :  27hb MAC 2014 ( KHAMIS )
TEMPAT  :  KOMPLEKS SUKAN SUKSES, SEKSYEN 6 SHAH ALAM SELANGOR
MASA      : 8.45 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
KEHADIRAN  : 9 ORANG ATLET , 4 ORANG STAF UNIT SAINS SUKAN MSNS, JURULATIH
                           DAN PPN.


                           












Seramai 9 orang atlet menghadiri ujian kecergasan ini. Tidak semua atlet dapat hadir memandangkan ada sebahagian daripada mereka yang balik ke kampung sempena cuti sekolah. Program ini bermula tepat jam 9.00 pagi dengan atlet membuat pemanasan badan dan joging mengelilingi pejabat Unit Sains Sukan Dan Kejurulatihan sebanyak 2 pusingan.

Sebelum program bermula, sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Satesh A/L Suriyamurthy Fisioterapi dari Majlis Sukan Negeri Selangor. Beliau dibantu oleh 3 orang pelajar praktikal bagi mengendalikan ujian kecergasan ini.

Seperti kebiasaanya, ujian asas telah diberikan kepada semua atlet ini merangkumi elemen sit and reach, 1 minute push up, 1 minute sit up, vertical jump, Standing Broad Jump dan akhir sekali ujian Shuttle Run. Kami berpeluang bergambar bersama dengan atlet dari suka taekwondo yang sedang menjalani sesi akhir latihan program kem mereka di dewan tempur.

Sebelum bersurai, jurulatih Encik Azmeer Nizam Abd Rahman memaklumkan kepada semua atlet agar dapat turun ke sesi latihan pada sebelah malamnya bagi mencuba 'oiling pattern' yang akan di sediakan sempena Kejohanan Tenpin Boling Tertutup Selangor yang akan di adakan pada 29hb & 30hb Mac 2014 bertempat di Ampang Superbowl Summit USJ, Subang.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo

Tuesday, March 25, 2014

TAEKWONDO : UJIAN KECERGASAN ATLET SUKAN TAEKWONDO 1/2014

TARIKH   :  25HB MAC 2014 ( SELASA )
TEMPAT  :  DEWAN TEMPUR KOMPLEKS SUKAN SUKSES, SEKSYEN 6 SHAH ALAM.
KEHADIRAN  : 20 ORANG ATLET DAN 2 JURULATIH
















Hari ke -5 pasukan ini menjalani latihan pusat, hari ini merupakan ujian kecergasan bagi mnguji tahap kecergasan atlet. Unit Sains Sukan dan Kejurulatihan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan dibantu oleh 4 orang pelajar dari UiTM Shah Alam telah diberi tanggungjawab bagi mengendalikan ujian ini.

Antara elemen ujian yang dijalankan :

1) Sit and reach
2) 1 Minute Push Up
3) 1 Minute Sit Up
4) Vertical Jump
5 ) Standing Broad Jump
6)  Shuttle Run.

Program ujian kecergasan yang bermula pada pukul 9.30 pagi ini berakhir pada 12.30 tengah hari. Seusai ujian ini, atlet sukma telah diberi rawatan oleh fisio Unit Sains Sukan dan Kejurulatihan. Menurut jurulatih, atlet-atlet diberikan masa rehat pada sebelah petang untuk sesi hari ini memandangkan mereka telah menjalankan latihan dan ujian kecergasan pada sesi pagi. Latihan pusat akan diteruskan seperti biasa pada 26hb Mac 2014.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanag, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo

TAEKWONDO : PEMANTAUAN LATIHAN PUSAT ATLET PELAPIS NEGERI YANG AKAN MENYERTAI SUKMA 2014,PERLIS

TARIKH  : 24HB MAC 2014 ( ISNIN )
TEMPAT : DEWAN TEMPUR, KOMPLEKS SUKAN SUKSES, SEKSYEN 6 SHAH ALAM.
KEHADIRAN : 12 ORANG ATLET ( 5 daripadanya atlet Pelapis Negeri, 2 Jurulatih & PPN )













 Pasukan Taekwondo SUKMA 2014 mengadakan latihan pusat dari 21hb Mac - 27hb Mac 2014, mereka menginap di Intekma Resort And Convention Centre Seksyen 6 Shah Alam dan latihan pusat ini di adakan di Dewan Tempur Kompleks Sukan SUKSES, Shah Alam Selangor. Saya mengambil peluang untuk mengadakan pemantauan ke atas lima orang atlet Pelapis Negeri yang disenaraikan oleh jurulatih antara mereka yang akan menyertai Kejohanan SUKMA 2014 Perlis nanti.

Dua orang jurulatih Pelapis Negeri iaitu Master Balakrishnan A/L V.K Govindan ( Ketua Jurulatih ) dan Master Arikrishnasamy ( Pembantu Jurulatih ) telah diberi  tanggungjawab melatih pasukan ini. Latihan pusat ini juga adalah sebagai persediaan atlet yang akan menyertai Kejohanan Taekwondo Kebangsaan yang akan di adakan pada 28 dan 29 Mac 2014 di Stadium Badminton, Cheras Kuala Lumpur. Difahamkan, menerusi kejohanan itu nanti bakal menguji sejauh mana prestasi atlet ini memandangkan ramai atlet SUKMA yang akan turun bertanding.

Atlet Pelapis Negeri yang disenaraikan dalam pasukan utama ini adalah seperti berikut :

1) Michaell Chua Xin Wei
2) Muhammad Afnan
3) Muhammad Rizal
4) Nicholas Chua
5) Nabil Abdul Rahman.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo

Monday, March 24, 2014

TENPIN BOLING : PEMANTAUAN LATIHAN DAN PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL AJK IBUBAPA DAN WAKIL STBA

TARIKH   :  20HB MAC 2014 ( KHAMIS )
TEMPAT  :  PUSAT LATIHAN AMPANG SUPERBOWL, SUMMIT USJ SUBANG
MASA      :  8.30 - 10.45 MALAM
KEHADIRAN  : 12 ORANG ATLET, JURULATIH DAN PPN








Latihan yang dijalankan ini adalah sebagai persediaan bagi atlet menhadapi kejohanan seterusnya iaitu Kejohanan Sportexcel Tenpin Boling Kuantan Leg yang akan di adakan pada 25 - 27 April 2014. Seperti kebiasaanya, Jurulatih Encik Adzmeer Nizam Bin Abdul Rahman akan memulakan sesi latihan dengan memberi taklimat terlebih dahulu kepada semua atlet yang hadir.

Saya berkesempatan menghadiri perjumpaan /perbincangan bersama wakil AJK Ibubapa atlet serta wakil dari pihak Selangor Tenpin Bowling Association ( STBA ) iaitu Encik Zainol Abidin.

Antara agenda perbincangan kami pada perjumpaan ini adalah :

1) Pemberian jersi kepada atlet Pelapis 2014.
2) Cadangan Perlawanan Persahabatan Bersama USPTN Kuala Lumpur.
3) Kem bagi atlet Pelapis Tenpin Boling Selangor.
4) Kebenaran atau syarat bagi atlet menyertai Liga di Sunway Megalanes.
5) Sesi suai kenal bersama Pengarah, Timbalan Pengarah dan mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam sukan tenpin boling Selangor.
6) Insentif kemenangan bagi atlet yang menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 2014.

Inisiatif wakil ajk ibubapa mengdakan perjumpaan sebegini, dilihat amat baik. Bukan sahaja berkongsi pendapat serta idea untuk pembangunan sukan tenpin boling Selangor, malah dapat membantu USPTN Selangor dalam memastikan pembangunan sukan ini dapat dijalankan dengan lancar dan berterusan.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo.

MEMANAH : PENGHANTARAN DAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN PLN SHAH ALAM.

TARIKH :  19HB MAC 2014 ( RABU )
TEMPAT : PUSAT LATIHAN MEMANAH, SEKSYEN 13 SHAH ALAM
MASA     : 3.50 - 5.04 PETANG
KEHADIRAN : 12 0RANG ATLET, JURULATIH DAN PPN











Pemantauan hari ini dibuat sekali gus bagi menyelaraskan penghantaran peralatan memanah yang di ambil dari Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Peralatan sukan memanah yang diterima ini adalah peruntukan peralatan bagi tahun 2013. Jenis peralatan yang diterima adalah seperti berikut :

1) Target Stand : 5  Set
2) Roda : 5 Set
3) Target Butt : 5 Set.

Semasa pemantauan dibuat, didapati khemah yang selalunya menempatkan atlet semasa sesi rehat ( semasa latihan ), koyak disebabkan oleh angin kencang pada petang 18hb Mac 2014. Kelihatan dalam gambar juga adalah sesi taklimat akhir oleh Ketua Kontinjen Pasukan Selangor sukan memanah yang akan menyertai Kejohanan MSSM 201, Labuan.

** Terima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis atas pemberian peralatan memanah yang telah kami terima. Terima kasih juga buat Encik Shariful Nizam yang bertungkus lumus membantu 'loading' peralatan ini pada 19hb Mac 2014 :)

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo