Monday, May 30, 2011

PERJUMPAAN KHAS BERSAMA PENGARAH EKSEKUTIF

TARIKH : 30HB MEI 2011 ( ISNIN )
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SUKSES MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

MASA : 2.00 - 3.15 PETANG.







Perjumpaan khas bersama Encik Norzamri Bin Ishak, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor ini di adakan bersempena Kejohanan SUKMA XIV yang akan berlangsung tidak lama lagi. Makluman-makluman penting daripada setiap Ketua Jawatankuasa turut disampaikan pada sesi ini.

Encik Norzamri memaklumkan 2 tarikh penting yang berlaku dalam masa terdekat ini adalah Mesyuarat Ketua-Ketua Kontinjen negeri-negeri bersama dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang akan diadakan pada 31hb Mei 2011. 1hb Jun 2011 pula adalah Perjumpaan kontinjen negeri Selangor bersama dengan Dato' Menteri Besar Selangor yang dijangka akan di adakan di perkampungan sukan, UKM Bangi.
Sebelum perjumpaan ditangguhkan, Encik Norzamri Bin Ishak mengucapkan selamat bertugas kepada semua kakitangan MSNS yang terlibat dalam kejohanan SUKMA XIV .

LAWATAN MUHIBBAH PEMANGKU KETUA UNIT, USPTN KEDAH

TARIKH : 30HB MEI 2011 ( ISNIN )
TEMPAT : MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

MASA : 10.30-11.30 PAGI




Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor telah dikunjungi oleh Pemangku Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah, Encik Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni yang kebetulan akan berada di Shah Alam sempena Kejohanan SUKMA XIV . Kesempatan yang ada memberi peluang kepada kakitangan USPTN Selangor bertanya khabar sambil bertukar-tukar info berkenaan kejohanan SUKMA.

Jika tahun lepas (2010), kami dikunjungi oleh Encik A. Zulkefli Bin Muhammad, Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu, kali ini kunjungan dari orang kuat USPTN Kedah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke pejabat ini. Lain kali bolehlah datang lagi :)

LAWATAN PEMANTAUAN PELAYARAN

TARIKH : 29HB MEI 2011 ( AHAD )
TEMPAT :PUSAT PELAYARAN BATU LAUT , KUALA LANGAT SELANGOR
MASA : 2.00 HINGGA 6.00 PETANG




Seramai 9 orang menjalani latihan pada sessi petang. Keadaan angin agak perlahan dan latihan ditamatkan awal namun atlet diajar teknik latihan bagi keadaan angin perlahan atau 'light wind'. Latihan pusat bagi cuti sekolah akan dijalankan bermula pada 31 Mei 2011.

Dikesempatan ini juga saya ingin memaklumkan pihak persatuan memasak sendiri makanan untuk atlet (rujuk gambar) 3 kali sehari iaitu pagi, tengahari dan petang. Pihak persatuan iaitu En Abdul Aziz (Naib Presiden 2 SYA ) dan En. Mahat (Naib Presiden 1 SYA) sanggup turun untuk memasak sendiri sepanjang atlet menjalani latihan. Diharap semangat kesukarelaan ini dapat menjadi contoh pada persatuan lain.

sekian,

NORAZIZAM BIN MOHAMAD
PPN USPTN SELANGOR
SUKAN PELAYARAN

Sunday, May 29, 2011

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON ( MEI )

TARIKH : 29HB MEI 2011 ( AHAD )
TEMPAT : DEWAN SUKAN PANDAMARAN, KLANG SELANGOR
MASA : 11.30 PAGI - 1.30 PETANG






Cuti persekolahan telah pun bermula, namun begitu program latihan badminton tetap dijalankan bagi satu lagi pusat latihan sukan badminton Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor yang bertempat di daerah Klang. Seramai 14 orang atlit hadir ke sesi latihan yang dikendalikan oleh jurulatih sambilan, Encik Abd Rani Nasir.

Menerusi perjumpaan saya bersama dengan jurulatih, beliau memaklumkan terdapat 3 orang atlit yang baru sahaja menyertai program. Ianya dapat dilihat menerusi pemerhatian saya, ketiga-tiga atlit yang dimaksudkan sedang dilatih latihan asas sukan ini. Tumpuan jurulatih lebih kepada atlit yang berumur dibawah 12 tahun, manakala mereka yang berumur 14 tahun keatas menjalani latihan sesama mereka dan dipantau sekali sekala oleh jurulatih semasa latihan dijalankan.

Untuk makluman, di Dewan Sukan Pandamaran Klang inilah pernah dijalankan Klinik Sukan Badminton pada tahun 2009 dan kini sedang berkira-kira untuk mengadakan mini kejohanan badminton di dewan yang sama. Walaubagaimanapun, semuanya masih dalam perbincangan dan jika tiada masalah, InsyaAllah mini kejohanan boleh diadakan di lokasi ini.




Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

Friday, May 27, 2011

MESYUARAT USPTN SELANGOR BIL 5/2011

TARIKH : 27HB MEI 2011 ( JUMAAT )
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SUKSES, MSN SELANGOR
MASA : 10.00 - 11.45 Pagi

KEHADIRAN : Pn Zie Ileana Izra, En Abd Latif, En. Norazizam, Pn Suhana &
Cik Norzalwani ( PT )








Mesyuarat bil 5/2011 ini telah dipengerusikan oleh Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang, Pemangku Ketua Unit USPTN Selangor dan dihadiri oleh PPN dan PT Pentadbiran/Kewangan. Encik Mohd Firdaus Bin Rosli tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Pengerusi memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan beberapa maklumat dan info penting yang diperolehi beliau semasa menghadiri mesyuarat KUN yang telah diadakan pada 12hb Mei 2011 yang lalu. Beliau juga turut memaklumkan peranan semua pegawai dan kakitangan unit yang akan ditugaskan semasa Kejohanan SUKMA XIV yang akan bermula dari 2hb sehingga 12hb Jun 2011.

Ahli mesyuarat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Encik Norazizam ( PPN ) atas kelahiran cahaya mata sulung beliau pada 11hb Mei 2011.


Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR

Sukan Badminton & Gimnastik

Thursday, May 26, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMRAMA ( MEI )


TARIKH : 25HB MEI 2011 ( RABU )
TEMPAT : SJKC SERDANG BARU 2, SELANGOR

MASA : 2.30 - 4.30 PETANG












Seramai 7 orang atlet hadir ke sesi latihan pada hari ini. Jurulatih, Cik Elena Mesyeryakova memaklumkan sebahagian atlet tidak dapat hadir kerana terlibat dengan peperiksaan. Menerusi pemantauan yang saya lakukan, di dapati atlet -atlet ini sememangnya telah dilatih untuk menerapkan sifat bekerjasama dalam diri masing-masing. Ianya dapat dilihat menerusi kesepakatan mereka dalam menyediakan ruang latihan untuk digunakan.

Setelah selesai kejohanan Karnival Pelapis 1/2011 yang lalu, semua gimnas kini menumpukan pada latihan gred seterusnya. Ini adalah bagi persiapan menghadapi kejohanan karnival yang dijangkakan akan diadakan pada bulan oktober 2011 nanti.

Berikut adalah kehadiran atlet pada sesi latihan :

1) Veronica Au Wei Ran ( Junior )
2) Wu Weng Mei ( Pre Junior )
3) Izzah Binti Amzan ( Pre Junior )
4) Iman Iskandar Chan ( Pre Junior )
5) Aeisyah Umairah ( Gred 5 )
6) Fong Wan Qin ( Gred 2 )
7) Jingle Shak ( Gred 1 )

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

Wednesday, May 25, 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2011 KELANTAN (SEPAKTAKRAW)

Karnival Pelapis Negeri Kelantan 2011

Selangor telah memenangi pingat gangsa bagi acara regu bawah 21 tahun. Pasukan Bawah 21 Selangor tewas kepada pasukan dari Sekolah Sukan Bandar Penawar di peringkat separuh akhir. manakala regu bawah 18 tahun Selangor dan juga regu Double Selangor tewas di peringkat kumpulan.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor 

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2011 - Sukan Gimnastik Artistik

TARIKH : 11-14HB MEI 2011
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK SMK PUTERA, KOTA BHARU KELANTAN








Penyertaan Negeri Selangor bagi Kejohanan Karnival Pelapis 1/2011 Kota Bharu Kelantan telah melibatkan seramai 11 orang gimnas dan 3 orang jurulatih. kejohanan ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 11hb - 14hb Mei 2011.

Kejohanan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Ahmad Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara, Encik Jefri Bin Ngadirin Pengarah Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara dan Encik Leong Theng Choon, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Majlis Sukan Negeri Selangor.

Encik Norzamri Bin Ishak, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan.

Berikut adalah pencapaian bagi gimnas dari Negeri Selangor :

MAG :
1) Low Jun Hong ( Level 2 ) : HB - Gangsa
2) Low Jun Hao ( Level 3 ) : PB - Perak

WAG ( Level 5 )
1) Berpasukan : Emas ( Sarah Aneesa, Firizza Fitriah, Wafiatun Najiha & Low Qie Ling )

2) Sarah Aneesa : BB - Perak
: UB - Gangsa
: FX - Gangsa

3) Low Qie Ling : Keseluruhan Individu - Gangsa

WAG ( Level 4 )
1) Charmaine Kong Yi Seen : BB - Emas
: V - Emas
: UB - Perak
: FX - Perak

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

Tuesday, May 24, 2011

LAWATAN KE PERKAMPUNGAN SUKAN SUKMA XIV,KUALA LUMPUR


TARIKH : 23HB MEI 2011 ( ISNIN )
TEMPAT : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI SELANGOR
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI






Majlis Sukan Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke perkampungan sukan SUKMA XIV, Kuala Lumpur yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Norzamri Bin Ishak, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor bersama dengan 32 orang pegawai dan kakitangan MSNS.

Kami berkesempatan untuk bersalaman dengan YBhg. Dato Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBhg Dato' Hj. Ab Jalil Hj Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan, Encik Abdul Rashid Bin Yaakub, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, beberapa orang pegawai dan kakitangan daripada Majlis Sukan Negara yang kebetulan turut berada di sana bagi satu acara lawatan dan sidang media.

Peluang yang ada juga turut dimanfaatkan oleh semua Jawatankuasa Kontinjen Negeri Selangor untuk berjumpa dengan sekretariat SUKMA XIV, Majlis Sukan Negara dan mendapatkan info-info terkini bagi persiapan menghadapi kejohanan SUKMA XIV yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan kita jumpa di SUKMA XIV Kuala Lumpur nanti :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

Thursday, May 19, 2011

Karnival Pelapis Negeri 1/2011, Kota Bharu Kelantan



TARIKH : 11HB - 15HB MEI 2011
TEMPAT : DEWAN BADMINTON TENGKU ANIS, KOTA BHARU KELANTAN.

















Sukan Gimnastik Gimrama merupakan antara 6 sukan yang telah tersenarai dalam penyertaan Karnival Pelapis 1/2011 yang bertempat di Kota Bharu Kelantan. Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor dari sukan gimrama telah menghantar seramai 22 orang ( pegawai, jurulatih & gimnas ) bagi penyertaan dalam karnival ini.

Secara keseluruhan, Negeri Selangor telah memenangi tempat kedua ( 2 ) dengan 6 pingat emas,12 pingat perak dan 13 pingat gangsa. Pencapaian terbaik adalah menerusi adik Izzah Binti Amzan, yang telah memenangi Johan Keseluruhan bagi kategori Gred 5 dengan jumlah pungutan mata sebanyak 52.800.

Berikut merupakan senarai gimnas Selangor yang telah menyertai Karnival Pelapis 1/2011 :

1) Fong Wan Qin ( Gred 1 )
2) Lee Shu Yee ( Gred 2 )
3) Rachel Cheng Rui Qi ( Gred 2 )
4) Claudia Ng Jia Yee ( Gred 2 )
5) Shannon Ng Jia Hui ( Gred 2 )
6) Fidelis Lim Sze Thong ( Gred 3 )
7) Wong Hui Man ( Gred 3 )
8) Wu Weng Mei ( Gred 4 )
9) Aeisyah Umairah ( Gred 4 )
10) Leong Yi Wai ( Gred 4 )
11 ) Izzah Binti Amzan ( Gred 5)
12 ) Iman Iskandar Chan ( Gred 5 )
13 ) Chan Wing Lem
14 ) Amirah Hannani ( Gred 5 )

Syabas di ucapkan kepada semua atlet gimrama yang telah mempamerkan semangat juang yang tinggi sepanjang Kejohanan Karnival ini berlangsung, Jumpa di Negeri Perlis Indera Kayangan oktober nanti. InsyaAllah :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Badminton