Saturday, February 28, 2015

LAWATAN PUSAT LATIHAN TINJU BERSAMA PENGURUS CAWANGAN PELAPIS MSNM


Tarikh : 27/2/2015
Tempat : Pusat Latihan Tinju Usptn Selangor Sungai Besar
Waktu latihan : 4.30 - 6.30Ptg

Kehadiran
Jurulatih - En Md Kamal Arshad
Atlet - 8 org

Semasa lawatan dijalankan atlet menjalankan latihan kecergasan di bawah kendalian jurulatih.beberapa perbincangan telah dibuat bersama pengurus cawangan En Fairul antaranya berkenaan peralatan latihan, TID, pengambilan atlet orang asli, masalah bersama agensi lain, pengeloaan kejohanan dan beberapa perkara lain.

Tempat latihan mempunyai satu gelanggang latihan, 3 punching beg besar dan 2 punching beg kecil berada di dalam keadaan baik. Peralatan lain seperti glove, skipping rope dan medicane ball juga berada di dalam keadaan baik.

Atlet berada didalam keadaan sihat dan baik tiada sebarang kecederaan.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor

Sent from Samsung Mobile

ANGKAT BERAT : PROGRAM MENCARI BAKAT CILIK UNTUK SUKAN ANGKAT BERAT USPTN SELANGOR 2015

TARIKH  :  25HB FEBRUARI 2015 ( RABU )
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK KELUBI, HULU LANGAT SELANGOR
MASA     : 3.00 0 5.30 PETANG
KEHADIRAN : 200 PELAJAR, GURU -GURU, TEAM ISN MSNM & 3 JURULATIH












Program ini telah mendapat kerjasama dari pihak Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi, Hulu Langat. Dengan juga mndapat kerjasama dari Team TID Majlis Sukan Negara Malaysia. Program ini bermula pada jam 3.00 petang dengan ucapan alu aluan oleh Setiausaha Persatuan Sukan Angkat Berat Selangor iaitu Encik Adzahar Derani dan ucapan oleh Ketua Unit, Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang .

Untuk makluman, seorang pelajar dari sekolah ini telah mendapat tawaran untuk masuk bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil yang akan bermula pada 1hb Mac 2015. Encik Fairul  juga berpeluang menyaksikan program TID ini dijalankan namun kami bersama-sama beliau tidak dapat menunggu sehingga tamat program ini memandangkan ada beberapa pusat latihan lagi yang perlu di lawati.

Semoga akan lebih ramai atlet yang boleh dilahirkan dari sekolah ini dalam sukan angkat berat.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat & Terjun

TERJUN : PEMANTAUAN EN FAIRUL KE PUSAT LATIHAN

TARIKH  : 25HB FEBRUARI 2015 ( RABU )
TEMPAT : PUSAT LATIHAN SUKAN TERJUN, PADE SHAH ALAM SELANGOR
MASA      : 9.00 - 10.00 PAGI
KEHADIRAN : 2 JURULATIH & 3 ATLET




Pusat latihan ini merupakan pusat yang pertama di lawati oleh Encik Fairul sempena kunjungan lawatan beliau ke pusat-pusat latihan yang terdapat di Selangor. Jurulatih, Encik Rossarisham telah menjelaskan serba sedikit permasalahan yang dihadapi oleh sukan terjun . Antara yang utama adalah dari segi peralatan, dimana jurulatih memaklumkan , peralatan 'springboard' yang di gunakan pada ketika ini adalah lama iaitu dari tahun 1998.  Masalah peralatan lain adalah tali untuk trampoline yang ada antaranya teah hampir putus dan tidak selamat untuk digunakan.

Dari segi kehadiran atlet pula , jurulatih memaklumkan kehadiran pada sesi pagi agak kurang memuaskan memandangkan atlet ramai yang terlibat dengan waktu persekolahan di sebelah pagi.

Semasa kunjungan kami ini, kami dapati ada 3 orang atlet sedang berlari mengelilingi kolam untuk pemanasan badan sebelum sesi latihan di dalam kolam dimulakan.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat & Terjun


TERJUN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( FEBRUARI )

TARIKH  :  18HB FEBRUARI 2015 (RABU)
TEMPAT :  PUSAT LATIHAN SUKAN TERJUN, PADE SEKSYEN 13 SHAH ALAM.
MASA      :  3.30 - 4.45 PETANG
KEHADIRAN  : 1 JURULATIH & 3 ATLET








Semasa pemantauan dijalankan, hanya 3 orang atlet sahaja yang hadir ke sesi latihan ini memandangkan atlet lain ( berbangsa cina ) telah mula bercuti sempena Tahun Baru Cina. Jurulatih memaklumkan mereka yang bercuti akan kembali menjalani semula latihan pada 22hb Februari 2015 ( Ahad )

Buat masa ini, latihan yang dijalankan adalah sebagai persiapan atlet yang bakal menyertai Kejohanan Terbuka Singapura yang akan diadakan pada 5hb - 9hb Mac 2015.

Tiada kecederaan yang melibatkan atlet pada masa ini.

 Sekian,

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat dan Terjun

Thursday, February 26, 2015

LAWATAN PUSAT LATIHAN SKUASY USPTN SELANGOR

Tarikh : 25/2/2015
Tempat : pusat skuasy National Bukit Jalil
Masa : 8.00 mlm

Jurulatih : En Subramaniam
jumlah atlet : 10 org
3 wanita
7 lelaki
Waktu latihan 7.30 - 9.30 mlm


semasa lawatan dijalankan seramai 10 orang atlet menjalani latihan yang bermula jam 7.30 ptg. Latihan sepatutnya dijalankan di Komplek Rakan muda Puchong terpaksa di tukar ke pusat Skuasy National Bukit Jalil kerana Komplek Rakan Muda Puchong sedang dalam tempoh pembaik pulih.

ibu bapa atlet membiayai sendiri kos sewaan dewan di Bukit jalil.

atlet sedang membuat persiapan bagi menjalani kejohanan junior CIMB yg bermula pada 26 Feb - 1 Mac 2015 yang akan berlangsung di tempat yang sama.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor
Sent from Samsung Mobile

LAWATAN PUSAT LATIHAN SKUASY USPTN SELANGOR ASTAKA MBPJ BERSAMA PENGURUS CAWANGAN PELAPIS MSNM

Tarikh : 25/2/2014
Tempat : Astaka MBPJ

Jurulatih 1. Chang Chain Cheong
                 2. Hanry Tan
Jumlah atlet semasa lawatan:-
7org
2wanita
5 lelaki
Waktu latihan 5.00 - 9.00 mlm

semasa lawatan dijalankan hujan lebat dan kehadiran atlet agak kurang. Sesi latihan terbahagi kepada dua sesi 5.00 - 7.00 dan 7.00- 9.00. 

MBPJ membenarkan latihan dijalankan di empat court sahaja. Court yg selebihnya digunakan oleh orang awam.

Keadaan gelanggang di Astaka untuk latihan agak baik. Cuma ade sedikit kerosakan pada dinding gelanggang.

Jurulatih memaklumkan atlet agak ramai latihan terpaksa terhad kerana gelanggang latihan tidak banyak.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor
Sent from Samsung Mobile

Wednesday, February 25, 2015

LAWATAN PUSAT LATIHAN MEMANAH USPTN SELANGOR

Tarikh    :    23/2/2015
Tempat  :    Pusat Latihan Memanah Seksyen 13 Shah Alam
Masa     : 4.00 petang

Seramai 5 orang atlet sedang menjalani latihan. 2 lelaki dan 3 wanita. Seorang atlet wanita berumur 11 tahun. Latihan dibawah kendalian jurulatih Cik Atikah.

Latihan bermula pada jam 3.30ptg sehingga jam 6.30 ptg. Latihan yang dijalankan latihan jarak 10meter dan 25meter. Latihan asas untuk mendapat panahan yang tepat.

Keadaan pusat latihan berada di dalam keadaan baik.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor



Sent from Samsung Mobile

Monday, February 16, 2015

Tenpin Boling - National Evaluation Selangor


TEMPAT : AMPANG SUPERBOWL,SUMMIT, USJ
TARIKH : 9 FEBRUARI 2015
MASA : 5.00 PETANG
PENYERTAAN : 29 ORANG
PENILAI :
1) EN GEORGE TAN
2) EN BEN HENG
3) PN SHALIN
AAA - 7 orang (4L, 2P)
AA - 15 orang (10L, 5P)
Jumlah keseluruhan yang terpilih seramai 21 orang.

Menembak - Laporan Pemantauan Pusat Latihan

Tarikh : 5.2.2015
Masa : 11.30 pg
Tempat : Pusat Latihan Menembak (10m) Selangor
Kehadiran : 3 orang
1. En Azmi - Jpm
2. En Shahrul - ISN
3. En Firdaus - Ppn Usptn
Kehadiran atlet : 1 orang
Tujuan lawatan diadakan adalah bagi membincangkan perancangan jurulatih bersama usptn dan isn bagi pelaksanaan program binaan yang komprehensif dan bersesuaian dengan sukan ini. Atlet tidak ramai kerana majoriti atlet berlatih pada waktu petang dan cuti sabtu dan ahad.
Diharapkan penyelarasan dapat diadakan dan program bersama isn ini dapat memberi impak berkesan pada program pembangunan ini.
Sekian, harap maklum

LAWATAN PUSAT LATIHAN GIMRAMA USPTN SELANGOR

Tarikh: 13/2/2015
Masa: 5.00 Petang
Tempat:  SJK (C) Taman Rashna




KEHADIRAN 
1. Tiffany Hew Wan Ting - JSM
2. Atlet – 14  Wanita

LATIHAN
1. Tali
2. Bola
3. Reben

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada
KECEDERAAN
Seramai 3 orang atlet menggalami kecederaan di bahagian kaki tapi tidak ditahap serius dan masih boleh manjalani latihan seperti biasa namun dalam pemantauan serta diberi latihan yang tidak membebankan.
PERALATAN
1) Peralantan latihan dan gelanggang gimrama berkeadaan baik
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1. Atlet bersungguh-sungguh menjalani latihan .
2. Kelihatan ada beberapa atlet  kurang kecergasan dan stamina.
3. Masih kurang keserasian dan masih boleh dipertingkatkan.

Sekian terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
Mohd Nazrin bin Abdul Rahman
SDO Gimrama  Negeri Selangor
Tarikh: 16/2/2015

Friday, February 13, 2015

TENIS : KEJOHANAN TENIS BMW MALAYSIA NATIONAL CIRCUIT 2015 - LEG 1

Assalamualaikum dan  selamat sejahtera.

Tarikh   : 7-11 Februari 2015
Tempat :  Kompleks Tenis Tun Razak, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Atlet     : 16 ( 13L, 3W )
Jurulatih : 2

Kontinjen Tenis Negeri Selangor telah menghantar seramai 16 atlet bagi menyertai Kejohanan Tenis BMW Malaysia National Circuit 2015 – LEG 1
Di sini saya serta nama dan keputusan atlet Selangor dalam kejohanan ini.

1) Ahmed Deedat Abdul Razak ( Juara Mens Singles Tier 1 )
2) Talhah Rahizam ( Quarterfinalists )
3) Amirul Asri Razak ( Grouping )
4) Vignesh Ainsley Nair ( Grouping )
5) Vyshnav Adlar Nair ( Grouping )
6) Alnur Farhan Anuar ( Grouping )
7) Mogenshwar Ganesan ( Grouping )
8) Lai Kok Seong ( 4th Round )
9) Justin Liew Kah Seng (Grouping )
10) Hanifah Rahizam ( Grouping )
11) Damien Rocky ( 4th Round )
12) Ong Jin Wei ( Grouping )
13) Shamirul Shahril Adam Das ( 3th Round )
14) Shashvini Sivam ( 2th Round )
15) Theiviya Selvarajoo ( Tempat kedua Womens Singles Tier 1 )
16) Ariana Muralidharan ( 2th Round )

Secara rasminya kontinjen Tenis Negeri Selangor dapat membawa pulang 1 emas dan 1 gangsa dalam kejohanan kali ini.

Sekian, untuk laporan

--

Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

Wednesday, February 11, 2015

LAWATAN PUSAT LATIHAN TINJU USPTN SELANGOR

Tarikh : 11/2/2015
Tempat : Pusat Latihan Tinju Usptn Selangor Sungai Besar
Waktu latihan : 4.30 - 6.30Ptg

Kehadiran
Jurulatih - En Md Kamal Arshad
Atlet - 7 org

Semasa lawatan dijalankan atlet menjalankan latihan ringan di bawah kendalian jurulatih. Jadual sebenar adalah pada hari isnin, rabu dan jumaat. Tetapi atlet mengambil langkah untuk menjalani latihan ringan pada hari yg bukan hari latihan.

Tempat latihan mempunyai satu gelanggang latihan, 3 punching beg besar dan 2 punching beg kecil berada di dalam keadaan baik. Peralatan lain seperti glove, skipping rope dan medicane ball juga berada di dalam keadaan baik.

Atlet berada didalam keadaan sihat dan baik tiada sebarang kecederaan.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor



Sent from Samsung Mobile