Tuesday, September 30, 2014

LAWATAN LATIHAN PUSAT SUKAN TENIS SELANGOR

Tarikh : 30/9/2014
Masa : 4.00 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Tenis Kelana Jaya

Seramai 9 orang atlet junior hadir sesi latihan jam 3.30 ptg hingga 5.30 ptg. Dalam satu hari mempunyai 3 sesi latihan iaitu jam 3.30 ptg - 5.30 ptg, 5.30 ptg - 7.00 mlm dan 7.00 - 8.30mlm.

Pada sesi 1 seramai 9 orang atlet menjalani latihan. 6 lelaki 3 wanita. Latihan di bawah kendalian jurulatih S. Silvarajoo. 

Kedaan gelanggang di Kompleks Sukan Tenis adalah dalam keadaan baik. 

Atlet senior selangor sedang menghadapi kejohanan Tenis BMW National Curcuit Leg 5 di Kompleks Sukan Tenis Jalan Duta pada 30 sept - 4 okt 2014.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

LAWATAN LATIHAN SUKAN TERJUN DAN PERJUMAPAAN PENJAGA SESI PAGI

Lawatan Pusat Latihan Terjun dan perjumpaan penjaga Sesi Pagi 

Tarikh : 30/9/2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan

Seramai 7 orang atlet sesi pagi menjalani latihan bersama jurulatih Le Boxu. Latihan yang dijalan adalah latihan untuk menguatkan otot kaki.

Pada hari ini atlet sesi pagi tidak menjalankan latihan dry gym ataupun latihan kolam. Hari ini lebih kepada latihan untuk menguatkan otot. 

Semasa perjumpaan bersama penjaga beberapa berbincangan dibuat terutama bagi menghadapi kejohanan terjun grand final di Kuantan Pahang nanti. Kebanyakkan mereka pertama kali menghantar anak ke pertandingan peringkat kebangsaan. Jadi perasaan agak teruja untuk menghadapi kejohanan.

Seramai 7 orang atlet 4 perempuan dan 3 lelaki menjalani latihan. Semua atlet berada dalam keadaan baik.

Sekian

ABD LATIF ARSHAD
PPN SELANGOR




Sent from Samsung Mobile

Tuesday, September 23, 2014

PELAYARAN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

TARIKH  : 19HB SEPTEMBER 2014 ( JUMAAT )
TEMPAT : PUSAT LATIHAN SUKAN LAYAR, PANTAI BATU LAUT , TG SEPAT
MASA     : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG
KEHADIRAN : 18 ATLET DAN 2 JURULATIH.











Pemantauan kali ini agak berbeza berbanding pemantauan yang dibuat sebelum ini. Bersempena dengan cuti sekolah , atlet -atlet pelayaran di sini telah menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan bot dan juga stor penempatan barang serta peralatan mereka. Kelihatan, atlet bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang telah di amanahkan oleh jurulatih kepada mereka.

Sewaktu perjumpaan saya bersama dengan Encik Abdul Aziz ( Timbalan Presiden Persatuan Sukan Layar Selangor ) aktiviti seumpama ini bukan selalu dapat di adakan memandangkan atlet dan jurulatih terikat dengan program latihan dan jadual kejohanan yang agak padat. Di kesempatan yang ada pada musim cuti persekolahan inilah , mereka semua dapat mengambil peluang menjalankan aktiviti gotong royong.

Inilah yang cuba di sampaikan oleh pihak persatuan dan juga jurulaih, iaitu ingin menerapkan rasa sayang dan cinta pada sukan pelayaran dan persatuan di kalangan atlet di sini.

Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin akan dapat terus di semai dari masa ke semasa.

Syabas dan tahniah buat jurulatih dan atlet.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo




MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

TARIKH  : 18HB SEPTEMBER 2014 ( KHAMIS )
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN BOLING PADANG, SEKSYEN 13 SHAH ALAM.
MASA      : 3.00 - 5.00 PETANG
KEHADIRAN  :











Pemantauan ini telah dijalankan pada hari Khamis , beberapa hari sebelum mereka ini bertolak ke ke Kedah bagi menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2014 yang di adakan pada 21hb - 26hb September 2014.

Berdasarkan pemantauan yang saya jalankan pada hari ini, kehadiran atlet kurang berbanding biasa kerana ada sebahagian daripada mereka yang mengikut keluarga bercuti sempena cuti persekolahan.

Kelihatan dalam gambar jurulatih, Nurul Atiqah Amran memberi taklimat kepada atlet , tentang disiplin dan fokus atlet semasa latihan. Ada di antara mereka yang tidak akan tersenarai menyertai Kejohanan memandangkan disiplin yang ditunjukkan tidak begitu baik. Tujuan tindakan yang dikenakan agar atlet lebih fokus dan tidak terlalu selesa untuk selalu di bawa ke kejohanan. Mereka seharusnya menunjukkan daya saing dan perhatian yang lebih semasa menjalani latihan.

Sementara, jurulatih Majlis Sukan Negeri iaitu Encik Amran Hamidi pula memberika taklimat tentang keputusan Kejohanan Sukan SPTS yang baru sahaja selesai dijalankan di Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo

Monday, September 22, 2014

GIMRAMA - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN






Sukan : Gimrama

Tarikh : 19.09.2014
Masa : 12.00 Tengahari - 6.00 Petang
Tempat : Pusat Latihan SRJKC Taman Rashna, Klang

KEHADIRAN
1. Tiffany Hew Wan Ting - JSM
2. Atlet - 14 Atlet

LATIHAN
Latihan harian ( Riben dan Belantan)

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Akan menyertai Kejohanan Gimrama Remaja Kebangsaan Siri 2/2014 di Kuantan, Pahang pada November nanti.

PERALATAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Akan mengadakan Kejohanan Dalaman pada November nanti

ULASAN

1. Jurulatih memaklumkan bahawa jadual latihan pada cuti sekolah di tukar kepada 12.00 tengahari - 6.00 petang ini disebabkan tempat latihan ini juga digunakan oleh sukan lain. Masa latihan akan kembali seperti biasa apabila persekolahan bermula semula.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Gimrama Negeri Selangor
Tarikh : 22.09.2014

Thursday, September 18, 2014

MENEMBAK : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN





SUKAN : MENEMBAK

Tarikh : 17.09.2014
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat : Lapangsasar Menembak Subang

Kehadiran :
1. Shakimi Mohamed - JSM (MSN Selangor)
2. Atlet -  1 lelaki 2 Wanita

LATIHAN
1. 10M Air Pistol & Air Rifle (Lelaki - 60 Shot & Wanita - 40 Shot)

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Telah menyertai Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan yang diadakan pada 10 - 14 September 2014 di Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor.

PERALATAN
Memohon bantuan membaiki peralatan yang rosak dan bantuan glove bagi atlet- atlet baru

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Akan mengadakan kejohanan dalaman pada bulan oktober nanti.

ULASAN
1. Persatuan Menembak Kebangsaan, Persatuan Menembak Selangor dan jurulatih En. Shakimi  (lantikan MSN Selangor) serta  PPN mengadakan perbincangan mengenai prestasi atlet semasa dan kejohanan yang akan berlangsung.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh :

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Menembak Negeri Selangor
Tarikh: 17.09.2014

Sunday, September 14, 2014

KEJOHANAN TERJUN REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2 2014

Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Siri 2 214

Tarikh : 12 - 14 September 2014 
Tempat : Pusat Akuatik Paroi Negeri Sembilan

Kejohanan Terjun Remaja Keb Siri 2 2014 kali ini menampilkan seramai 28 atlet terjun pelapis negeri di seluruh negara telah menyertai kejohanan kali ini.

Bagi Negeri Selangor seramai 6 orang atlet 3 lelaki dan 3 wanita telah menyertai kejohanan kali ini. Berikut adalah keputusan pertandingan yang melibatkan atlet selangor.

3 meter bwh 12 lelaki
1enrique maccartney sarawak
2 ng zheng yuen sel
3 mohd haris rezal sel

3m bwh 12 wanita
1tracia irene swrk
2erica pang sel
3 margerat koh sel

3m lelaki bwh 17
1 kua chee yeap perak
2 ikhlas ahmad sel

1m L bwh 12
1 leo ah boon  srwk
2 enrique swrk
3 betrand rhodict srwk
4 mohd haris rezal sel

1m W bwh 12
1tracia irene srwk
2 ong ker ying kl
3 margerat koh sel
6 erica pang sel

1m L Bwh 17
1 kua chee yeap perak
2 ikhlas ahmad sel

Platform bwh 12 L
1 ng zheng yuen sel
2 julfaddli jali sabah

Platform bwh 12 wanita
1Lim min sel

Sigro w bwh 12
1 sel
2 ns

Sigro L bwh 12
1 srwk
2 sel
3 ns

Secara keseluruhan Negeri Selangor mambawa pulang 3 emas 5 perak dan 2 gangsa. Secara keseluruhan prestasi  atlet selangor yang menyertai pertandingan kali ini agak baik dimana atlet yg baru sahaja yang digandingkan dlm acara sigronice mampu mamberi pingat kepada Negeri Selangor. Terdapat beberapa atlet yang tidak dapat menyertai kejohanan pada kali ini kerana sedang menghadapi peperiksaan UPSR dan persediaan menghadapi PMR.

Abd latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

Thursday, September 11, 2014

MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

TARIKH   :  10HB SEPTEMBER 2014 ( RABU )
TEMPAT  :  PUSAT LATIHAN MEMANAH, KOMPLEKS SUKAN BOLING PADANG
                     SEKSYEN 13, SHAH ALAM SELANGOR
MASA       :  3.15 - 4.30 PETANG
KEHADIRAN : 5 ORANG ATLET.










Seramai 5 orang atlet menjalani latihan pada waktu ini. Seperti kebiasaannya, kehadiran atlet akan ramai ketika sesi latihan hujung minggu. Semasa lawatan saya ke pusat ni, jurulatih memaklumkan yang 5 orang atlet ini akan menyertai Kejohanan Sekolah- Sekolah Sukan Peringkat Kebangsaan yang akan di adakan pada 12-14hb September 2014 di Kedah. Kesemua mereka mewakili Sekolah Sukan Negeri Selangor seksyen 11, Shah Alam.

Selesai sahaja kejohanan ini nanti, mereka antara yang akan di senaraikan bagi menyertai Kejohanan Memanah Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2014 yang akan di adakan di Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok Kedah pada 22hb - 26hb September 2014.

Semoga berjaya buat semua atlet yang terlibat.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo

LAWATAN PUSAT TERJUN PELAPIS SELANGOR

Pemantauan Latihan Terjun Negeri Selangor

Tarikh : 10hb September 2014
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan
Masa : 4.00 Ptg

Semasa lawatan dijalankan latihan dilakukan di dry gym dan dikolam. Latihan dry gym adalah seperti springboard, latihan trampolin dan latihan tilam dan latihan di kolam latihan terjunan 3 meter papan anjal dan platform 5 meter.

Seramai 10 orang atlet menjalani latihan di pantau oleh 3 orang jurulatih. 4 orang atlet menjalani latihan di kolam dan 6 orang menjalani latihan di kolam. Seramai 6 orang atlet pelapis selangor akan menyertai kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Siri 2 2014.

Dry gym dan kolam berada dalam keadaan baik kecuali papan anjal di kolam untuk acara 1 meter sudah licin dan agak berbahaya sekiranya latihan dalam hujan.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor



Sent from Samsung Mobile