Sunday, October 23, 2011

Laporan Hari Pertama (21hb Okt 2011)

Salam sejahtera..

Kejohanan sepaktakraw pelapis negeri 2011 untuk hari pertama telah selesai pada jam 7 malam..

Perjalanan kejohanan pada hari pertama mengikut jadual yang telah dirancang. Sebanyak 21 perlawanan peringkat kumpulan telah di jalan dan akan bersambung esok.

Terima kasih kepada pengarah,timb pengarah, ketua unit,pegawai - pegawai dari MSNM, MSNS dan negeri  yang sudi hadir pada kejohanan kali ini.

Kejohanan ini akan bersambung esok (22-10-11) jam 9 pg. 

Sekian

Abd Latif Arshad
PPN Selangor

Keputusan Hari Pertama Kejohanan Sepaktakraw Pelapis Negeri 2011


Kejohanan Sepaktakraw Pelapis Negeri 2011
Dewan 227, Petaling Jaya
21-23 Oktober 2100


Keputusan hari pertama Kejohanan Sepaktakraw Pelapis Negeri 2011


Kategori Bawah 18 (Regu) :

1.Johor (Tangkak) lwn Pulau Pinang (2 - 3)

2.Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail B (SSTMI B) lwn Perlis (3 - 1)

3.Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail A (SSTMI A) lwn Selangor (1 - 3)

4.Negeri Sembilan lwn Terengganu (1 - 3)

5.Perak lwn Johor (Tangkak) (0 - 3)

6.Kedah lwn Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail B (SSTMI B) (1 - 3)

7.Kelantan lwn Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail A (SSTMI A) (0 - 3)

Kategori Bawah 18 (Double) :

1.Negeri Sembilan lwn Pulau Pinang (3 - 1)

2.Kelantan lwn Terengganu (3 - 0)

3.SSTMI A lwn Selangor (1 - 3)

4.SSTMI B lwn Kedah (3 - 0)

5.Melaka lwn Negeri Sembilan (3 - 2)

6.Johor (Tangkak) lwn Kelantan (1 - 3)

7.Pahang lwn SSTMI A (0 - 3)

Kategori Bawah 21 (Regu) :

1.Perak lwn Terengganu (2 - 3)

2.SSTMI B lwn Pulau Pinang (0 - 3)

3.Selangor lwn Perlis (0 - 3)

4.SSTMI A lwn Pahang (0 - 3)

5.Kelantan lwn Melaka (3 - 1)

6.Terengganu lwn Pulau Pinang (3 - 0)

7.SSTMI B lwn Perak (1 - 3)

Laporan oleh:
ABD. LATIF ARSHAD

Kejohanan sepaktakraw pelapis negeri 2011

Salam sejahtera

Laporan hari pertama (sesi pagi)

Perlawanan sebelah pagi peringkat kumpulan telah bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Melibat 9 perlawan di peringkat kumpulan bawah 18, bawah 21 dan double.

Semua perlawanan berjalan dgn baik dan perlawanan sesi pg mengikut jadual yg di tetapkan.

Perlawanan sebelah ptg akan bermula pada jam 3.00 ptg.


Laporan disediakan oleh:

ABD. LATIF ARSHAD

Thursday, October 13, 2011

MAJLIS ANUGERAH SUKAN NEGERI SELANGOR 2010


TARIKH : 7HB OKTOBER 2011 ( JUMAAT )
TEMPAT : HOTEL DE PALMA INN SHAH ALAM, SELANGOR

MASA : 8.00 MALAM






Pada majlis anugerah ini, atlet gimnastik( gimrama ) Elaine Koon telah dinobatkan sebagai Olahragawati Negeri Selangor bagi tahun 2010. Pemilihan ini berdasarkan pencapaian beliau dalam kejohanan kebangsaan & antarabangsa :

1) SUKMA 2010, Melaka : 4 Emas & 1 Perak
2) Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN, Bukit Jalil : 6 Emas

3) Sukan Komanwel, New Delhi : 1 Emas,1 Perak & 3 Gangsa

Elaine Koon merupakan bekas atlet dari program Sukan Teras Negeri Selangor dari tahun 2006 ( Kini , dikenali sebagai Program Pelapis ) sebelum beliau ditawarkan ke Program Pelapis Kebangsaan.

Adik Ahmad Syukri Bin Abdul Aziz, dari sukan Pelayaran pula telah memenangi anugerah Olahragawan Harapan 2010. Beliau merupakan atlet dari Program Pembangunan Atlet Remaja Kebangsaan (PPARK) pusat latihan negeri Selangor dan menjalani latihan di Pusat Pelayaran Negeri Selangor, Batu Laut Kuala Langat. Beliau mula mendapat tawaran ke Pelapis Kebangsaan pada tahun 2008 dan telah mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa dan kejayaan paling membanggakan adalah menjuarai kejohanan IODA World 2010, Langkawi Kedah.

Antara anugerah lain :

1) Olahragawan 2010 : Alex Liew ( Tenpin Boling )
2) Olahragawati Harapan 2010 : Jananiejay Nair ( Kabbadi )
3) Pasukan Terbaik : Pasukan Liga Super Selangor TM Malaysia
4) Persatuan Terbaik : Persatuan Bola Sepak Selangor

5) Anugerah Khas : Allahyarham Encik Mohamed Latifi Bin Abu Bakar

6) Penghargaan Khas :
- YBhg Tuan Tukiman Nail (YDP Maj. Daerah Hulu Selangor )
- YBhg Tuan Haris Kasim
- Unit Sukan MSSS

7) Anugerah pegawai Berjasa :
- Encik Akilan A/L Ramalingan ( Persatuan Kabbadi )
- Encik Hamzah Bin Sajadi ( Per. Boling Padang Selangor )
- Encik Selvarajoo A/L Singaram ( Per. Tenis Selangor )

Laporan Oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR

Tuesday, October 11, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik ( Okt )

TARIKH : 6HB OKTOBER 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK SEKSYEN 6, SHAH ALAM
MASA : 8.30-10.30 PAGI





Pemantauan pada 6hb Oktober 2011 ini di pilih kerana kebetulan Cik Jeslina Michael dari Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara ingin membuat kunjungan lawatan ke pusat latihan gimnastik artistik, Shah Alam.

Semasa kehadiran beliau, 10 orang gimnas iaitu 6 lelaki dan 4 wanita sedang menjalani latihan di bawah kendalian dua orang jurulatih, Svitlana Badiulia & Liu Hong Lu. Perjumpaan saya pertama kali bersama Cik Jeslina Michael, membincangkan tentang perkembangan latihan jurulatih, masalah serta program latihan sukan gimnastik artistik USPTN Selangor.

Di kesempatan yang ada, Cik Jeslina sempat meninjau keadaan pusat latihan termasuklah peralatan 'pit' yang mengalami kerosakan pada ketika ini dan masih tidak dapat digunakan bagi tujuan latihan. Jurulatih, Svitlana Badiulia berpeluang untuk berbincang dan berbual dengan Cik Jeslina behubung perkara kejurulatihan.

Satu kunjungan yang amat baik dan semoga cawangan kejurulatihan, Majlis Sukan Negara sudi melawat pusat latihan negeri ini lagi dari masa ke semasa. Terima kasih diucapkan.

Laporan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik

Monday, October 10, 2011

KLINIK PELAPIS MEMANAH NEGERI SELANGOR

Tarikh : 8 Oktober 2011
Masa : 9.00 Pagi - 4 Petang
Tempat : SMK Tengku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor
Kehadiran : 70 orang

Laporan :

Seramai 64 pelajar dari beberapa sekolah di sekitar Daerah Sabak Bernam menyertai program ini. Dari 64 orang
atlet seramai 4 orang atlet yang berpotensi untuk diserapkan dalam program pelapis negeri.

Dikesempatan ini juga pihak USPTN Selangor merakam penghargaan dan terima kasih tak terhingga kepada Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam, pihak sekolah dan juga Cikgu Nizam dan guru-guru lain kerana berjaya
menjayakan program ini dengan berkesan.

InsyaAllah selepas ini program seumpamanya dapat diteruskan di Daerah Kuala Langat pula.

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR