Friday, February 21, 2014

TAEKWONDO :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TAEKWONDO : LATIHAN BERSAMA WORLD TAEKWONDO PEACE CORPS (KOREA)

TARIKH   :  19HB FEBRUARI 2014 (KHAMIS)
TEMPAT  :   PUSAT LATIHAN TAEKWONDO, JALAN BUNGA PEKAN 5, BANTING
MASA      :   8.00 - 10.30 MALAM
KEHADIRAN  : 6 JURULATIH, 18 ATLET, PPN

















Jurulatih dari World Taekwondo Peace Corps ( Korea )
1) Kim Jong Hun ( Ketua )
2) Kim Seonah
3) Kim Ji Hye
4) Sung Na Kun

Program Latihan 
1) Knee Raise, Burpy
2) Turning Kick
3) Sliding Turning Kick
4) Sliding  Jumping Chopping Kick

Ulasan :

Keempat-emapt jurulati dari TPC ini tiba ke pusat latihan pada jam 7.45 malam, sebaik persiapan dibuat,Program latihan bersama bermula tepat pada jam 8.00 Malam. Sekali sesi rehat pada jam 9.00 - 9.10 malam, latihan bersambung semula dan berakhir tepat jam 10.30 Malam setelah selesai sesi bergambar bersama pasukan taekwondo Pelapis Negeri.

Selingan masa rehat diisi dengan jurulatih ini memberi soalan berkaitan sukan taekwondo kepada atlet yang hadir. Antara soalan yang dikemukakan ialah Bilakah kali pertama sukan taekwondo disenaraikan dalam sukan olimpik? Jawapan yang diberikan adalah pada tahun 2000 ( Tiada atlet yang berjaya menjawab soalan ini )

 Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara yang menganjurkan program jelajah keempat-empat jurulatih ini bagi program latihan bersama dengan pasukan taekwondo Pelapis Negeri. Selangor merupakan destinasi kedua terakhir sebelum mereka kembali semula ke Korea.

Terima kasih kepada World Taekwondo Peace Corps kerana sudi datang berkongsi ilmu latihan bersama kami di sini, panjang umur sehingga dapat berjumpa lagi di masa akan datang.

Laporan disediakan oleh.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo



Wednesday, February 19, 2014

MENEMBAK :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN MENEMBAK






Tarikh : 18.02.2014
Masa : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Lapangsasar Menembak Subang.

Kehadiran :
i. Felix Ho - JPM (MSN Selangor)
ii. Shakimi Mohamed - JPM (MSN Selangor)
iii. Atlet - 5 Lelaki & 2 Wanita

LATIHAN
Air Pistol & Air Rifle - 40 Shot

PERTANDINGAN
Akan menyertai Kejohanan Menembak Sportexcel 2nd yang akan diadakan pada 20 - 23 Februari 2014 di Lapangsasar Menembak Subang, Selangor

PERALATAN
i. Bantuan peluru latihan.
ii. Bantuan Jaket.

KECEDERAAN
Terdapat beberapa atlet mengalami demam yang berpanjangan dan kurang menjalani latihan.

ULASAN

i. Perbincangan diadakan antara Persatuan, Jurulatih dan PPN, mencadangkan untuk mengadakan 2 kejohanan dalaman antara atle-atlet pelapis selangor bagi mengukur tahap prestasi semasa seperti tahun yang lepas.

ii. Perbincangan jug adibuat untuk menyenaraikan atlet ke Kejohanan Menembak Bawah 16 Tahun di Terengganu pada bulan mac nanti.

iii. PPN juga menyatakan cadangan untuk mencari bakat-bakat baru, ini disebabkan kekurangan atlet yang berumur dibawah 16 tahun pada awal tahun ini.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Menembak
19.02.2014

Friday, February 14, 2014

MEMANAH :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH

TARIKH   : 10HB FEBRUARI  2014
TEMPAT  :  KOMPLEKS BOLING PADANG, SEKSYEN 13 SHAH ALAM SELANGOR
MASA      :  2.50 PETANG - 3.40 PETANG
KEHADIRAN : 12 ORANG ATLET, 2 JURULATIH







Ini merupakan pemantauan pertama saya ke pusat latihan ini memandangkan pada tahun 2014, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga sukan memanah USPTN Selangor. Pemantauan yang dibuat ini sekaligus mengenalkan saya kepada atlet-atlet sukan memanah termasuk bekas jurulatih penuh masa sukan ini dahulu iaitu Encik Amran Hamidi. Menurut jurulatih ini, beliau masih akan membantu Program Pelapis walaupun kini menjadi jurulatih sukan memanah, Majlis Sukan Negeri Selangor.


Pemantauan ini juga turut disertai bersama oleh Encik Norazizam selaku PPN sukan ini sejak tahun 2006. Beliau telah membantu saya dalam memberi penerangan serba sedikit berkenaan dengan sukan ini dan berkesempatan juga memperkenalkan saya kepada atlet yang hadir pada sesi latihan waktu ini.

Sewaktu pemantauan kami, kelihatan ramai atlet sedang menjalani latihan. Jurulatih memaklumkan pelajar dari beberapa sekolah negeri Selangor sedang menjalani latihan bagi persediaan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Selangor yang akan di adakan pada 17hb - 21hb Februari 2014 bertempat di Kuala Kubu Bharu.
Manakala 12 orang atlet Pelapis yang hadir menjalani latihan adalah sebagai persediaan menghadapi Kejohanan 1st Archery National Circuit  201e4 yang akan berlangsung di Alor Star, Kedah pada 26hb Februari hingga 2hb Mac 2014.

Sekian,

Laporan disediakan oleh

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo

Saturday, February 8, 2014

PELAYARAN :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN PELAYARAN

TARIKH  : 8HB FEBRUARI 2014
MASA      : 10.00 PAGI - 1.30 PETANG
TEMPAT : PANTAI BATU LAUT, TANJUNG SEPAT KUALA LANGAT SELANGOR
KEHADIRAN : 26 ATLET DAN 2 JURULATIH












Merupakan kunjungan pertama saya ke PLN ini sebagai PPN yang telah dipertanggungjawabkan mengendalikan sukan ini pada tahun 2014. Turut hadir bersama, adalah Encik Norazizam, PPN terdahulu bagi sukan ini. Beliau telah memperkenalkan saya kepada Naib Presiden Persatuan Sukan Layar Selangor , Encik Amin, jurulatih dan atlet.

Seramai 26 atlet telah hadir pada sesi latihan ini, mereka telah diberi penerangan oleh Encik Aziz sebeum bermulanya sesi latihan. Beliau memaklumkan, seramai 14 orang atlet akan disenaraikan bagi menyertai Kejohanan 11th KFC NSC Langkawi International Regatta Perdana 2014 yang akan di adakan di Natinal Sailing Centre, Langkawi Kedah pada 13-16hb Februari 2014. 

Encik Amin selaku Naib Presiden berkesempatan berucap memberi kata semangat kepada semua atlet yang hadir. Bagi atlet yang terpilih ke kejohanan di Langkawi, Selamat Bertanding dan semoga Berjaya!

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo


TENPIN BOLING :PERJUMPAAN BERSAMA ATLET,PERSATUAN DAN IBUBAPA SUKAN TENPIN BOLING

TARIKH   :  7HB FEBRUARI 2014
MASA      :  3.00 - 5.45 PETANG
TEMPAT  :  BILIK MESYUARAT SUKSES, MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR






Perjumpaan ini merupakan yang pertama kali di adakan bagi tahun 2014. Objektif perjumpaan ini adalah menjurus kepada pembentangan perancangan program bagi tahun 2014 yang ingin dilaksanakan oleh jurulatih bersama dengan PPN. Jurulatih memaklumkan bahawa Sistem Ranking akan diaksanakan bagi penilaian prestasi atlet untuk tahun ini. Skop pemarkahan bagi sistem ranking ini juga turut dibentangkan oleh jurulatih.

Melalui pemilihan yang telah dijalankan pada 9hb Januari 2014 yang lalu, seramai 32 orang atlet telah terpilih mengikuti program 2014.

Perjumpaan bersama ibubapa atlet juga diadakan pada pada hari yang sama. Penekanan kepada tidak campur tangan semasa sesi latihan mahupun ketika kejohanan di maklumkan kepada semua ibubapa.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo