Friday, November 4, 2011

BEBASIKAL :HARI KEDUA UJIAN KECERGASAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 4.11.2011 (Jumaat)

Masa : 3.00 Ptg
Tempat : Pusat Sukan MSN Seksyen 6, Shah Alam

Kehadiran : 6 orang Atlet & 2 org jurulatih

Hari kedua ujian kecergasan sukan Berbasikal melibatkan 6 orang atlet dan 2 orang jurulatih. 

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI

PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, BERBASIKAL, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

HARI PERTAMA UJIAN KECERGASAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 3.11.2011 (Khamis)
Masa : 2.30 Ptg
Tempat : Pusat Sukan MSN Seksyen 6, Shah Alam

Kehadiran : 17 orang Atlet & 2 org jurulatih

Hari pertama ujian kecergasan sukan Berbasikal melibatkan 17 orang atlet dan 2 orang jurulatih. Ujian ini di buat adalah untuk memastikan atlet berbasikal Negeri Selangor berada di tahap kecergasan yang baik. ujian ini akan di lakukan sebanyak 2 kali setahun. Tujuannya adalah untuk membandingkan ujian yang di buat pada masa akan datang adakah lebih baik atau sebaliknya. perkara sebegini sekiranya di praktikan ia akan dapat membantu kita mengetahui keadaan kecergasan atlet tersebut.

antara ujian yang di jalankan adalah ujian kelenturan (sit & reach), ujian core (sit up & push up), ujian kekuatan (vertical jump & standing board jump) dan ujian cardio (shuttle run). Hari kedua ujian akan berlangsung pada hari ini (jumaat) jam 3.00 petang.

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, BERBASIKAL, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

Wednesday, November 2, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik (Nov )

TARIKH : 1HB NOVEMBER 2011 ( SELASA )
TEMPAT : DEWAN LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK SEKSYEN 6 SHAH ALAM.
MASA : 9.00-10.30 PAGI
KEHADIRAN : 2 JURULATIH , 6 ATLET LELAKI DAN 5 ATLET WANITA










Sesi latihan berjalan dengan lancar dengan kedua-dua jurulatih memberi komitmen yang amat baik semasa latihan. Pemantauan kali ini memperlihatkan sebahagian atlet telah mula menjalani rutin yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Keadaan 'pit'di pusat latihan ini masih belum dapat diperbaiki kerana masih dalam proses justifikasi di pihak Majlis Sukan Negeri. Keadaan didapati semakin teruk memandangkan cuaca hujan yang kerap berlaku kebelakangan ini menyebabkan takungan bawah 'pit' ini ditakungi air yang banyak.

Pihak MSNS Holding telah memastikan aktiviti 'fogging' di buat bagi mengelakkan pembiakan nyamuk dari berlaku. Terbaru yang dibuat adalah pada 31hb Oktober 2011.

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik

KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL-MSN-MILO-MGF SIRKIT 2,2011

TARIKH : 28 & 29 OKTOBER 2011
TEMPAT : GIMNASIUM 1, MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL
PENGLIBATAN : ELENA MESYERYAKOVA (Jurulatih ) dan 5 orang atlet





Kejohanan selama 2 hari ini telah diadakan di gimnasium 1, MSN Bukit Jalil. Seramai 5 orang atlet iaitu adik Izzah Binti Amzan, Veronica Au Wei Ran, Iman Iskandar Chan, Wu Weng Mei dan Shak Yuki. Berikut adalah pencapaian bagi penyertaan gimnas negeri Selangor.

Berpasukan : Tempat Kedua
Individu Keseluruhan

1) Shak Yuki (5 )
2) Izzah Binti Amzan ( 6)
3) Veronica Au Wei Ran ( 7 )

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimrama

Klinik Sukan Gimnastik Artistik Pelapis Selangor 2011

Tarikh : 29hb Oktober 2011 ( Sabtu )
Tempat : Pusat Sukan MSN Seksyen 6, Shah Alam Selangor

Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 Petang

Penglibatan : Atlet, Ibubapa, Jurulatih dan kakitangan USPTN Selangor







Program ini telah disertai oleh seramai 34 orang atlet gimnastik artistik dari 2 pusat latihan negeri iaitu dari Shah Alam dan Sekinchan. Semua keempat- empat orang jurulatih juga turut terlibat dalam program ini. Encik Aminuddin Bin Nasir telah dijemput untuk menyampaikan topik latihan mental bagi para atlet.

Kehadiran ibubapa yang memberi sokongan, amat memberangsangkan. Dengan kehadiran ibubapa juga, taklimat mengenai peranan dan sokongan mereka dalam membantu pembangunan sukan gimnastik, turut disampaikan.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Unit USPTN Selangor, Puan Zie Ileana Izra kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke program ini.

**Mohon maaf, gambar bagi aktiviti yang lain tidak dapat disertakan atas masalah teknikal yang berlaku**

Laporan disediakan oleh:

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik