Monday, March 5, 2012

GIMNASTIK ARTISTIK :Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik ( Wanita) )


PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK ( Wanita )
TARIKH : 1HB MAC 2012 ( KHAMIS )
TEMPAT: DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK, KOMPLEKS SUKAN SUKSES, '
SHAH ALAM, SELANGOR





Setelah beberapa bulan program ini diberhentikan buat sementara waktu kerana ketiadaan jurulatih, akhirnya pada 1hb Mac 2012, program ini akhirnya berjaya dijalankan semula dengan kendalian jurulatih baru iaitu Cik Cheong See Teng. Bagi latihan pertama beliau pada 1hb Mac 2012, seramai 10 orang atlet hadir bagi menjalani sesi latihan.

Kelihatan kehadiran ibubapa sebagai sokongan kepada anak-anak mereka juga dapat dilihat semasa sesi pemantauan saya kali ini. Berbeza berbanding kendalian jurulatih terdahulu, sesi latihan oleh Cheong See Teng di adakan pada waktu malam. Berikut merupakan jadual latihan kendalian jurulatih yang juga merupakan bekas gimnas Negeri Selangor ini :

Hari : Selasa dan Khamis ( junior dan senior )
Masa : 7.30 hingga 10.00 malam

** Tambahan hari latihan iaitu hari Ahad bagi atlet senior pada jam 9 - 12 tengah hari.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Bowling




1 comment: