Wednesday, October 28, 2015

PEMANTAUAN PLN SUKAN OLAHRAGA SELANGOR

SUKAN : OLAHRAGA
Tarikh : 27.10.2015
Masa : 4.30 Petang - 6.30 Petang
Tempat : Stadium MBPJ, Petaling Jaya
Kehadiran :
1. Zolkifly Majid - JSM
2. Atlet - Lelaki - 3 Wanita - 6
LATIHAN
1. Warming Up
2. Joging - 2KM
3. Latihan Kemahiran & Teknik
4. Latihan Kecergasan
UJIAN
Cadangan ujian kecergasan akan diadakan sebelum penyertaan kejohanan zon nanti.
PERTANDINGAN
25 orang atlet akan menyertai Kejohanan Pelapis Zon Grand Final bulan November nanti.
PERALATAN
Tilam bagi acara lompat tinggi mengalami kerosakan.
KECEDERAAN
Beberapa orang atlet mengalami demam dan batuk.
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1. Beberapa perbincangan dibuat dari segi latihan dan kejohanan terdekat.
2. Jurulatih mencadangkan akan mengadakan ujian kecergasan bagi menhadapi kejohanan zon akan datang. Beliau memohon bantuan dari ISN Satelit Selangor untuk membuat ujian tersebut.
3. Jurulatih memaklumkan akibat dari jerebu, latihan akan dijalankan mengikut keadaan cuaca terkini.
Sekian terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Olahraga Negeri Selangor
Tarikh: 28.10.2015

Monday, October 19, 2015

HARI SUKAN NEGARA 10/10/2015

Karnival Sukan Sempena Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Selangor 2015 merupakan sebuah program bagi memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara di peringkat Negeri Selangor selain menyuntik semangat kesukanan di kalangan masyarakat di dalam merealisasikan hasrat YAB Perdana Menteri bagi melahirkan masyarakat kurang berpenyakit risiko serta menjadi Negara Bersukan kearah Wawasan 2020.

Sejajar dengan matlamat status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Malaysia mengorak langkah lebih deras dengan menggembleng segala sumber yang boleh diupayakan. Berasaskan hakikat latar belakang sejarah pembentukan masyarakat dan negara, perpaduan menjadi jaminan dan kunci yang boleh memacu kemajuan, kemakmuran dan pembangunan yang dihasratkan. Kegiatan sukan telah dikenal pasti sebagai salah satu komponen penting wahana perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang-bilang kepercayaan, status sosioekonomi dan tempat tinggal.Perdana Menteri mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015.

Dengan yang demikian sempena Hari Sukan Negara peringkat Negeri Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor telah merangka satu program bagi Hari Sukan Negara seperti saranan dan hasrat YAB Perdana Menteri .

TEMPAT :  SMK Rantau Panjang, Klang
PENYERTAAN : 2,400 Orang Peserta.
SUKAN :
·         Bola Sepak
·         SepakTakraw
·         Berbasikal
·         Perahu Layar
·         Tinju
·         Memanah
·         Angkat Berat

Bagi sukan Bola Sepak , Tinju , Angkat Berat, Perahu Layar , Berbasikal dan Memanah kami menganjurkan klinik sukan. Para jurulatih, atlet dengan penglibatan dari pihak Persatuan Sukan Negeri akan memberi pengenalan dan demonstrasi sukan-sukan yang terlibat. Kami juga membawa ikon-ikon Negeri Selangor bagi member tunjuk ajar dan kata-kata semagat kepada peserta yang hadir pada hari kejadian. Ikon-ikon telibat adalah seperti Hidayat Hamidon bagi sukan angkat berat, Norshahruddin Md Ghani dan Farhan Adam bagi sukan Sepak Takraw , Dato' Khaidir Buyong dan Ghani Ali bagi sukan bola sepak.

Bagi sukan Sepak Takraw kami menganjuran mini kejohanan Sepak Raga untuk para pengunjung dibantu jurulatih dan ikon untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Penglibatan Institut Sukan Negara (ISN) dan Unit Fisioterapi Majlis Sukan Negeri Selangor  didalam program untuk memberi pendedahan kepada peserta yang hadir berkenaan pemakanan, latihan,rawatan kecederaan, ujian megenal pasti bakat, kemudahan dan sains sukan.

Sekian Laporan untuk Hari Sukan Negara.

--

Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor