Thursday, April 28, 2016

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET SUKAN RENANG

TARIKH   : 27.04.2016 ( RABU )
TEMPAT   : GIM DAN PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN.
MASA LATIHAN : 

Encik Mark - 7.00 hingga 7.45 : Gim Akuatik - Latihan yang dijalankan adalah latihan swiss ball.
                    - 7.45 hingga 10.00 malam : Kolam renang.

Encik Ong Jin Kooi - 7.00 hingga 8.00 Malam : Sesi Motivasi bersama atlet.
                                 - 8.00 hingga 10.00 malam : Kolam renang.

KEHADIRAN :

1) Encik Ong Jin Kooi
    Atlet : 27 Orang ( 15 lelaki & 12 wanita )

2) Encik Mark Chua Yu Foong
    Atlet : 27 Orang ( 17 lelaki & 10 wanita )










ULASAN

1) Jurulatih  Mark Chua menetapkan selama 45 mini bagi atlet menjalani latihan swiss ball di gim akuatik.

2) Jurulatih Ong Jin Kooi mengambil masa selama sejam bersama atlet menerusi sesi motivasi.

3) Kedua-dua kumpulan atlet ini menjalani latihan di kolam renang selama dua jam.

4) Secara keseluruhan, sesi latihan berjalan dengan lancar.


Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuati ( Renang )

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH                 :  27.04.2016 ( RABU )
TEMPAT                 :  SMK RAJA MUDA MUSA, BUKIT BADONG BESTARI JAYA.
MASA LATIHAN  :  9.00 - 11.45 PAGI.

KEHADIRAN :
EN FADZLAN BIN GHAZALI ( JSM )
ATLET : 10 ORANG ( Lelaki )










PROGRAM LATIHAN :

1)  Clean & Jerk
2)  Pull Clean
3)  Back Squat

Fitness :
1) Supplementary Exercise
    - Back Extension
    - Standing Back Row
    - Sit Up

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
- Memuaskan

KECEDERAAN
- Tiada atlet dilaporkan mengalami kecederaan.

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN

1) Semua atlet yang datang berlatih, adalah pelajar sesi petang sekolah.

2) Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan ke Karnival Bakat Pelapis Siri 1/2016 yang akan di adakan pada 12-15 Mei 2016 bertempat di  Terengganu.

3) Semasa pemantauan ini dijalankan, saya berkesempatan melihat pusat gim yang baru ditubuhkan di pusat latihan ini. Jurulatih memaklumkan,peralatan  di gim ini adalah sumbangan dari syarikat Hartalega yang begitu menyokong penuh program latihan sukan angkat berat.

4) Seramai 6 orang atlet dari pusat latihan ini akan menyertai Karnival Bakat Pelapis Siri 1/2016.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat


PEMANTAUAN LATIHAN ATLET SUKAN TERJUN

TARIKH                  : 27.04.2016 ( RABU )
TEMPAT                  : PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN ( PADE ), SHAH ALAM .
MASA LATIHAN   : 3.30 HINGGA 7.00 PETANG

KEHADIRAN :
- ENCIK LI BOXU  ( JLN )
- ATLET : 7 ORANG ( 4 LELAKI & 3 WANITA )

PROGRAM LATIHAN :

- Gim : 3.30 hingga 4.45 Petang
- Kolam renang : 4.45 hingga 7.00 Petang













ULASAN :

1) Hanya jurulatih Li Boxu sahaja yang menjalani latihan bersama atlet memandangkan  jurulatih Rossarisham bersama dengan 8 orang atlet terlibat dengan Kem Bakat Pelapis Siri 1/2016 di Paroi, Negeri Sembilan.

2) Latihan berjalan dengan lancar.

Laporan disediakan oleh ,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik ( Terjun )

Tuesday, April 26, 2016

KEM BAKAT SUKAN TERJUN SIRI 1/2016

Tarikh    : 25 hingga 29 April 2016
Tempat  : Pusat Akuatik Paroi, Negeri Sembilan.
Penginapan : Spanish Villa.

Senarai nama atlet Selangor yang terlibat dalam kem ini :

1) Gerrard Christiano Ang ( 9 tahun )
2) Gerald Christiano Ang ( 9 tahun )
3) Luqman Bin Muhammad Khairee ( 9 tahun )
4) Aidan Lim ( 10 tahun )
5) Lim Jyn Jo ( 9 tahun )
6) Yong Rui Jie ( 10 tahun )
7) Lee Ying Ying ( 8 tahun )
8) Geraldine Gina Quah Wan Yee (10 tahun )

Jurulatih Penuh Masa, En Rossarisham Roslan turut serta bersama 8 orang atlet di kem ini.









Sekian, untuk makluman.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik ( Terjun )

Monday, April 25, 2016

Laporan : Sportexcel/ MILO/NSC/ASUM Junior Swimming Circuit 2016-1st Leg

Tarikh   : 24 April 2016 ( Ahad )
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka. Masa      : 8.00 - 5.30 Petang
Acara yang dipertandingkan hari ini :
1) 100m kupu-kupu
2) 50m kuak dada
3) 100m kuak lentang
4) 50m gaya bebas
ULASAN
1) Terdapat 24  siri acara yang melibatkan dua kumpulan dari setiap kategori umur iaitu 10 tahun dan ke bawah, 11 & 12 tahun serta 13 & 14 tahun.
2) Kejohanan hari kedua berjalan dengan lancar.
3) Tiada upacara penyampaian hadiah secara rasmi di adakan sebaliknya pengurus pasukan menuntut pingat kemenangan serta sijil di bilik urusetia.
4) Keputusan penuh kejohanan akan di emelkan oleh pihak penganjur .
Sekian, untuk laporan.
SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik ( Renang

Saturday, April 23, 2016

Laporan : Kejohanan Sportexcel/MILO/NSC/ASUM Junior Swimming Circuit 2016 - 1st Leg

Tarikh     : 23hb April 2016 ( Sabtu ).
Tempat   : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka.
Masa        : 8.00 Pagi - 5.30 Petang.
Acara yang dipertandingkan hari ini :
1) 50m Kuak Lentang
2) 100m Kuak Dada
3) 50m Kupu -Kupu
4) 100m Gaya Bebas
Kumpulan Umur:
1) Kumpulan IV    : 10 tahun ke bawah.
2) Kumpulan  III :  11 & 12 tahun.
3) Kumpulan II    :  13 & 14 tahun.
ULASAN:
1) Semua atlet melepasi kesemua 4 acara yang dinyatakan di atas pada hari ini.
2) Bagi memastikan acara hari ini habis seawal 5.30 petang, pihak.penganjur memaklumkan tiada waktu rehat pada waktu tengah hari dan semua  acara diteruskan .
3) Acara pada hari ini berakhir tepat pada jam 5.30 petang dengan acara terakhir iaitu 100m gaya bebas  wanita,kumpulan umur 13 & 14 tahun.
Sekian, untuk laporan.
SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik ( Renang )

KEJOHANAN SPORTEXCEL/MILO/NSC/ASUM JUNIOR SWIMMING CIRCUIT 2016 - 1st LEG

Tarikh    : 23 -24 April 2016
Tempat  : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka.
Masa       : 8.00 pagi - 6.00 petang.
Mesyuarat Pengurus Pasukan :
- 22hb April 2016 ( Jumaat )
- Masa : 6.09 Petang
-Tempat : Bilik mesyuarat , Pusat Akuatik Hang      Jebat.
Rumusan Penyertaan :
Jumlah keseluruhan
765 orang ( 484 lelaki & 281 wanita )
Penyertaan dari negeri Selangor
229 orang (147 lelaki & 82 wanita )
**18 orang dari jumlah 229 ini adalah atlet USPTN iaitu 10 lelaki & 8 wanita.
Acara yang dipertandingkan bagi kejohanan i i adalah seperti berikut :
1) 50m & 100m Gaya Bebas
2) 50m & 100m Kupu-Kupu
3) 50m &100m Kuak Lentang
4) 50m & 100m Kuak Dada.
Sekian untuk laporan .
SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik ( Renang )

Thursday, April 21, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH                 :   20.04.2016 9 RABU )
TEMPAT                :   SMK ABDUL JALIL, BATU 14 HULU LANGAT, SELANGOR
MASA LATIHAN :   7.00 - 9.00 PAGI

KEHADIRAN :

1) ENCIK MUHAMMAD NOOR SAIFUL BIN AHMAD PUAD ( JSM )
2) ATLET : 10 LELAKI












PROGRAM LATIHAN

1) BACK SQUAT
2) CLEAN & JERK CLASSIC
3) BACK PRESS
4) SIT UP
5) BACK UP

UJIAN
- TIADA .

PERTANDINGAN
- Tiada bagi bulan April.
- 12 hingga 15 Mei 2016 : Karnival Bakat Pelapis Siri 1/2016 , Kuala Terengganu.

PERALATAN
- Mencukupi buat masa ini.

KECEDERAAN
- Tiada atlet mengalami kecederaan.

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN

1) 10 orang atlet ini berdaftar di bawah pusat latihan negeri di Batu 18, Kampung Jawa Hulu Langat. Memandangkan mereka adalah pelajar yang menginap di asrama, mereka tidak perlu ke gim untuk menjalani latihan. Memadai hanya berlatih di ruang latihan yang disediakan oleh pihak sekolah.

2) Sekolah SMK Abdul Jalil sangat memberi kerjasama untuk pembangunan program latihan sukan angkat berat di sekolah ini.

3) Guru penyelaras, Encik Ahmad Kusyairi telah banyak membantu dalam penyelarasan program latihan sukan angkat berat di sekolah ini.

4) Jurulatih memaklumkan seramai 7 orang atlet dari pusat latihan ini yang akan menyertai Karnival Bakat Pelapis Siri 1/2016, Terengganu pada 12-15 Mei 2016.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH   : 19.04.2016 ( SELASA )
TEMPAT   : PUSAT LATIHAN NEGERI BATU 18, KAMPUNG JAWA HULU LANGAT
MASA       : 4.30 -7.00 PETANG  : ATLET USPTN ( SUKMA )
                     7.45 - 9.00 MALAM : ATLET USPTN ( JUNIOR )

KEHADIRAN :

1) ENCIK TAMYES BIN JOHARI ( JSM )
2) MOHD NOOR SAIFUL ( JSM )
3) ATLET USPTN ( SUKMA ) - 4 ORANG
4) ATLET USPTN ( JUNIOR ) - 5 ORANG.











PROGRAM LATIHAN ATLET JUNIOR

SNATCH:
1) Power Snatch
2) Pull
3) Back Squat

CLEAN & JERK
1) Power Clean
2) Clean Pull
3) Jerk on block
4) Press

ULASAN
1) Latihan berjalan dengan lancar dengan kehadiran atlet adalah lebih ramai menjelang lewat petang.

2) 'Rack' yang telah usang kelihatan di pusat latihan ini. Dimaklumkan, 'rack' ini telah berusia lebih 25 tahun. Platform juga didapati berlubang disebabkan hentakan besi.

3) Atlet junior menjalani latihan sebagai persediaan ke Karnival Bakat Pelapis Siri 1/2016 yang akan di adakan pada 12-15 Mei 2016, Terengganu. Seramai 7 orang atlet dari pusat latihan ini akan menyertai karnival tersebut.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat