Monday, December 26, 2011

TENPIN BOLING :BENGKEL SUKAN TENPIN BOLING USPTN SELANGOR 2011

TARIKH : 26HB DISEMBER 2011 ( ISNIN )
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SUKSES, MSN SELANGOR.
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 3.30 PETANG



Bengkel Sukan Tenpin Boling USPTN Selangor ini telah diadakan buat julung kali pada tahun 2011 ini dan melibatkan seramai 20 orang atlet sukan tenpin boling Negeri Selangor. Objektif utama bengkel ini di adakan adalah untuk memberi peluang kepada semua atlet menimba sebanyak ilmu pengetahuan berkenaan sukan tenpin boling disamping berkongsi pendapat serta idea bersama rakan atlet yang lain.

2012, menyaksikan temasya Sukan Malaysia bakal mengambil tempat dan majoriti daripada peserta bengkel ini adalah antara atlet yang bakal beraksi di kejohanan SUKMA itu nanti. Sesi pagi telah dikendalikan oleh Encik Azidi Ameran, jurulatih Pelapis Kebangsaan, Majlis Sukan Negara. Beliau dalam sesi penyampaianya telah menekankan aspek teknikal dalam permainan sukan tenpin boling. Antara lain yang dikongsi oleh jurulatih ini adalah beberapa aspek penting yang wajib diketahui sebagai seorang pemain boling.

Seusai masa rehat dan makan tengahari, sesi petang mengambil tempat di mana Puan Shalin Zulkifli , jurulatih sukan tenpin boling MSN Selangor,telah menyampaikan sesi motivasi dan latihan mental kepada semua atlet. Beliau antara lain dalam penyampaianya menekankan beberapa elemen yang sangat penting untuk seseorang atlet bergelar juara.

Secara keseluruhan, peluang atlet dapat berkongsi pendapat bersama dua penyampai ini dilihat amat berharga dimana mereka dapat mengetahui tips dari bekas pemain boling terkemuka negara.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam bengkel ini :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Boling

Sunday, December 25, 2011

KEJOHANAN KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2, PERLIS 2011 : Sukan Gimrama

TARIKH : 7 - 11 DISEMBER 2011
TEMPAT : DEWAN BESAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN ULU PAUH, PERLIS.





Seramai 17 orang atlet Pelapis Negeri telah menyertai Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 2/2011 pada kali ini. 6 orang daripadanya merupakan atlet baru ( kemasukan jun 2011 ) . Kesemua gimnas cilik ini telah menunjukkan prestasi yang membanggakan di sepanjang kejohanan berlangsung.

Secara keseluruhan atlet Selangor dari Sukan Gimrama telah menyumbang sebanyak 6 pingat emas, 14 pingat perak dan 37 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan pingat adalah sebanyak 57 pingat.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan jumpa lagi di Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 2012 :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Boling

GIMRAMA :KEM LATIHAN PUSAT SUKAN GIMRAMA USPTN SELANGOR

TARIKH : 4 & 5 HB DISEMBER 2011
TEMPAT : LATIHAN PUSAT - SJKC SERDANG BARU 2
: MINI PERTANDINGAN - DEWAN GIMRAMA SEKSYEN 6, SHAH ALAM.







Seramai 11 orang gimnas dari sukan gimrama telah menyertai program kem USPTN Selangor 2011 ini. Jurulatih, Cik Elena Mesyeryakova telah mengendalikan sesi latihan pusat yang di adakan di SJKC Serdang Baru 2 ( pusat latihan negeri ). Sesi latihan telah bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 3 petang .

Sepanjang sesi latihan, gimnas serta jurulatih telah memberi komitmen yang amat baik. Kesempatan yang ada ini telah dimanfaatkan oleh gimnas untuk memperbaiki kelemahan di saat akhir sebelum kejohanan sebenar. Di akhir sesi latihan , jurulatih mengadakan sesi taklimat kepada semua gimnas.

Pada 5hb Disember lalu, telah di adakan mini pertandingan bagi sukan ini yang bertempat di Dewan Sukan Gimrama, Pusat Sukan Seksyen 6 Shah Alam. Mini kejohanan bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari. Berikut adalah senarai pemenang menerusi mini pertandingan tersebut :

Kategori LG : Adik Lee Pooi Yin ( 6 tahun )
Kategori G1 : Adik Lee Bou Yee ( 7 tahun )
Kategori G2 : Adik Fong Wan Qin ( 8 tahun )
Kategori G3 : Adik Rachel Cheng Rui Qi ( 9 tahun )
Kategori G5 : Aeisyah Umairah ( 10 tahun )
Kategori Pre Junior : Adik Izzah Binti Amzan ( 11 tahun )

Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang program ini berlangsung.


Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Boling

KEM LATIHAN PUSAT USPTN SELANGOR 2011


TARIKH : 4 & 5 DISEMBER 2011
TEMPAT : HOTEL CARLTON HOLIDAY & SUITES, SHAH ALAM SELANGOR.
PESERTA : ATLET SUKAN MEMANAH, ANGKAT BERAT, SEPAKTAKRAW & GIMRAMA.








Kem Latihan Pusat USPTN Selangor ini telah di adakan sempena persiapan menyertai Kejohanan Karnival Pelapis 2/2011 yang diadakan pada 7-11 Disember lalu. Ianya telah melibatkan semua atlet daripada 6 sukan yang terlibat dalam kejohanan Karnival Pelapis Negeri iaitu sukan memanah, angkat berat, tinju, Sepaktakraw, gimrama dan terjun. Program ujian kecergasan, sesi motivasi bersama Encik Aminuddin Bin Nasir dan mini pertandingan antara pengisian sepanjang 2 hari program kem ini di adakan.

Encik Norzamri Ishak selaku Pengarah Eksekutif MSN Selangor berkesempatan menyampaikan kata semangat kepada semua peserta kem ini pada majlis penutup 5hb Disember lalu. Upacara penyerahan bendera kontinjen juga telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif kepada Ketua Kontinjen Negeri Selangor iaitu Encik Leong Theng Choon, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan MSN Selangor.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Laporan disediakan oleh:

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Boling

Thursday, December 22, 2011

SEKALUNG TAHNIAH

Tahnian Diucapkan pada atlet Muhammad Idris Shah B. Shaharuddin dan Pavithran Ravindran kerana telah memperbaharui rekod kejohanan bagi acara 50 meter pada Kejohanan Karnival Pelapis Sirkit 2/2011. Rekod sebelum ini dipegang oleh Lufti Hadi b. Mohd Yusof dari Terengganu A pada Karnival Pelapis Negeri Sirkit 2/2010 Negeri Sembilan.

Bagi Kategori 30 meter, Muhammad Idris Shah b. Shaharuddin telah memecahkan rekod kejohanan yang dipegang oleh M. Hazwan Abdul Hamid dari Selangor pada Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 3, 2006.

Tidak dilupakan pada rakan sepasukan mereka iaitu Koh Zhen Hau kerana telah memecahkan rekod acara Berpasukan Lelaki Kategori II bagi Pasukan Selangor B. Rekod sebelum ini dipegang oleh Pasukan Terengganu A pada Karnival Pelapis Negeri Sembilan Sirkit 2, 2010.

Berikut adalah keputusan yang telah dicapai.

Jarak 50M Lelaki Kat. 2

1. Muhd Idris Shah Shaharuddin - 616 Mata (rekod baru)
2. Pavithran Ravindran                - 604 Mata (rekod baru)
3. Muhd Aiman Abdul Hamid           - 571 Mata

Rekod Kejohanan : 
Lufti Hadi Mohd Yusof                     - 599 Mata (Karnival Pelapis Neg. Sembilan 2/2010)


Jarak 30M Lelaki Kat. 2

1. Muhd Idris Shah b. Shaharuddin - 695 Mata (rekod baru)
2. Mohd Razif Nayan                          - 661 Mata
3. Mohd Aiman Abdul Hamid               - 647 Mata

Rekod Kejohanan :
M. Hazwan Abd Hamid                        - 680 Mata (Kej. Memanah Remaja Keb. Sirkit 3, 2006)

Keseluruhan Individu Lelaki Kat. 2

1. Mohd Idris Shah Shaharuddin      - 1311 Mata (rekod baru)
2. Pavithran Ravindran                     - 1248 Mata
3. Mohd Razif Nayan                           - 1221 Mata

Rekod Kejohanan :
Zulkefli Mohd Yusof                             - 1254 Mata (Kej. Memanah Remaja Keb. Sirkit 3, 2007)

Berpasukan Lelaki Kat. 2

1. Selangor B                                    - 3727 Mata (rekod baru)
2. Pulau Pinang A                               - 3518 Mata
3. Kedah                                            - 3396 Mata

Rekod Kejohanan :
Pasukan Terengganu A                       - 3694 Mata (Karnival Pelapis Neg. Sembilan Sirkit 2,2010)


Semoga ramai lagi atlet Selangor mengapai kegemilangan seperti ini. Tahniah dari kami...!!!!

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR


Friday, December 16, 2011

BRBASIKAL :KLINIK BERBASIKAL NEGERI SELANGOR

TARIKH : 12 - 15 DISEMBER 2011
TEMPAT : PERSATUAN LUMBA BASIKAL SELANGOR, TAMAN SERI PEKAN, KLANG
PENYERTAAN : 20 ORANG

Program klinik selama 4 hari ini diadakan bagi memperkenalkan teknik asas berbasikal serta acara-acara yang dipertandingkan kepada atlet-atlet yang baru. Program ini juga memberi penerangan berkenaan tentang keselamatan ketika mengendalikan basikal.

Latihan pratikal diadakan untuk memberi pengalaman kepada atlet-atlet berkenaan dengan mereka berkayuh dari klang ke bandar puncak alam. Kebanyakkan atlet amat berminat dengan sukan berbasikal serta ingin mengikuti program latihan yang akan dirancang oleh jurulatih yang telah dilantik.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan disebarkan kepada semua daerah di negeri Selangor.

Majulah Sukan Untuk Negara

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, BERBASIKAL, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR


Wednesday, December 14, 2011

KLINIK PELAPIS SUKAN PELAYARAN NEGERI SELANGOR 2011

TARIKH : 2 - 4 DISEMBER 2011
TEMPAT : PUSAT PELAYARAN NEGERI SELANGOR, BATU LAUT, SELANGOR
PENYERTAAN : 32 ORANG

Program selama 3 hari ini dijalankan bagi memperkenalkan teknik asas Optimist pada pelayar baru dan Wind Surf' yang akan dipertandingkan pada SUKMA 2012 nanti. Dikesempatan ini juga ujian kecergasan juga dijalankan.

Majoriti yang hadir berminat untuk meneruskan latihan. Semoga ada diantara mereka yang akan menyerlah pada tahun hadapan.

sekian....... maju sukan kerana usahanya..
--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR