Wednesday, December 20, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( BIL 2/12 )


Tarikh                     : 20hb Disember 2017 ( Rabu).
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar klang
Masa Pemantauan  : 8.30 - 10.45  Pagi

Kehadiran 
1) En Suhaizad Bin Subari ( JSM )
2) Atlet : 24 Orang ( 19 lelaki & 5 wanita )


Program Latihan

- Front Squat
- Power Clean
- Power Jerk
- Push Press
- Back Up

Ujian
- Tiada

Pertandingan
-  Seramai 6 orang atlet dari pusat latihan ini akan mengikuti latihan persahabatan bersama dengan pasukan angkat berat dari negara Sri Lanka pada 28hb Disember 2017 bertempat di Desa Tasik, Sungai Besi.


Peralatan
- Disertakan bersama peralatan yang mengalami kerosakan di pusat latihan SMK Rantau Panjang.  ( lampiran gambar )

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan dimaklumkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada pada bulan disember

Ulasan 

- Pemantauan rasmi ke pusat ini adalah yang terakhir bagi saya selaku PPN bagi sukan angkat berat, kerana selepas ini sukan angkat berat akan diselia oleh Penyelaras Sukan Daerah ( Klang ) iaitu Encik Abdul Muiz Bin Mat Zain.

- Semasa pemantauan dijalankan, jurulatih menjalankan latihan bersama atlet. Lokasi latihan telah bertukar ke bahagian belakang ( tepi ) bangunan sekolah kerana lokasi asal tempat latihan sedang diubahsuai oleh pekerja kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pemasangan tiles. Berdasarkan pemerhatian, lokasi latihan akan kekal dibahagian belakang sekolah memandangkan tempat latihan asal tidak lagi boleh digunakan kerana telah dipasang tiles.

- Jurulatih telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua atlet bagi persediaan tahun 2018 dari segi latihan. Menurut jurulatih, latihan akan berjalan seperti biasa walaupun sukan angkat berat telah digugurkan daripada sukan teras. Pemantauan ke atas prestasi atlet juga akan terus beliau laksanakan.

- Perjumpaan saya bersama semua atlet juga telah diadakan, atlet dinasihatkan agar rajin menjalani latihan mengikut segala perancangan yang telah disediakan oleh jurulatih. Jika sukan angkat berat ini di adakan pada SUKMA 2020, berkemungkinan atlet dari Selangor adalah dari kumpulan yang ada pada masa ini. Atlet juga telah diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif dari rakan-rakan sekeliling kerana saya difahamkan oleh jurulatih, ada atlet menghabiskan masa melepak bersama rakan bukan atlet pada sebelah malam.

- Semoga program sukan angkat berat di SMK Rantau Panjang akan berterusan dengan adanya sokongan dari pihak MSN Selangor , Persatuan Negeri dan pihak sekolah.

- Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua sepanjang tahun ini.














Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


WARNING: Authentication Required

Please enter your username and password to continue.


Tuesday, December 19, 2017

PEMANTAUAN BULANAN SUKAN PELAYARAN

SUKAN : PELAYARAN

Tarikh : 19.12.2017
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Pusat Latihan Sukan Layar Selangor, Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat

Kehadiran :
1. Sharul Abd Razak - JPM
3. Atlet : Lelaki - 23 Wanita - 12

LATIHAN
1. Latihan Pemanas Badan
2. Persiapan peralatan
3. Taklimat latihan
4. Latihan dilaut (1 Sesi)

UJIAN
Jurulatih memaklumkan akan membuat Ujian Kecergasan pada 20.12.2017 bertempat di PLN Pelayaran, Batu Laut.

PERTANDINGAN
Telah menyertai Kejohanan National Open Sailing Kali Ke 34 MSA/MILO/NSC 2017 bertempat di Lumut, Perak pada 6-10 Disember 2017.

PERALATAN
Perlu penambahan dan gantian bagi peralatan kecil

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Persatuan akan mengadakan Kem Marathon Pelayaran Selangor 2017 dari Pusat Latihan Negeri Batu Laut, Tanjung Sepat ke Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 25-27 Disember 2017.

ULASAN

1. Kehadiran atlet mengikuti latihan amat memuaskan.

2. Latihan pada hari ini disertai oleh atlet dari daerah Sabak Bernam dan mereka akan menjalankan latihan berterusan sehingga cuti sekolah berakhir.

3. Seramai 4 orang atlet Kebangsaan yang sedang bercuti telah menyertai sesi latihan pada kali ini mereka adalah Nur Aishah Kovo, Nurul Izzryn, Ummu Nurdania dan Muhammad Faizal Asri. 

4. Mereka sedikit sebanyak dapat membantu atlet-atlet baru dalam sesi latihan kali ini.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Pelayaran
Tarikh : 19.12.2017






ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( BIL 1/12 )


Tarikh                     : 19hb Disember 2017 ( Selasa ).
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya
Masa Pemantauan  : 8.30 - 10.45  Pagi

Kehadiran 
1) En Azhar Bin Osman ( JSM )
2) Atlet : 13 Orang ( 10 lelaki & 3 wanita )


Program Latihan

- Jurulatih dan atlet menjalani latihan ringan.

Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Tiada pertandingan di adakan pada bulan terakhir 2017.


Peralatan
- En Mat Sulaiman ( ayah kepada salah seorang atlet ) telah membantu menyediakan peralatan bagi memudahkan latihan atlet  ( lampiran gambar )

Kecederaan
- Jurulatih memaklumkan atlet yang mengalami kecederaan sebelum ini kerana kemalangan ( Lukman ) masih dalam tempoh berehat. 2 batang besi telah dimasukkan ke lengan.

Program Binaan
- Tiada pada bulan disember












Ulasan 

- Pemantauan ini merupakan pemantauan terakhir saya selaku PPN bagi sukan angkat berat ,memandangkan selepas ini sukan angkat berat di daerah Kuala Selangor akan di kendalikan oleh Penyelaras Sukan Daerah , iaitu Encik Ahmad Jamaludin. Atlet berkesempatan bergotong royong bersama membersihkan kawasan pusat latihan.

- Perbincangan bersama jurulatih juga telah dibuat bagi hala tuju atlet di pusat latihan ini. Beliau telah dimaklumkan bahawa sukan angkat berat di peringat SMK Raja Muda Musa akan diteruskan memandangkan pihak MSN Selangor masih meneruskan program pembangunan sukan ini.

- Perjumpaan bersama atlet juga telah dibuat, atlettelah dimaklumkan mengenai status sukan angkat berat dan menasihatkan semua atlet agar tidak cepat melatah dengan situasi semasa malah mereka diminta untuk meneruskan latihan bersama perancangan jurulatih memandangkan kesemua atlet di pusat latihan ini masih bersekolah. Penglibatan mereka dalam sukan angkat berat juga secara tidak langsung merupakan aktiviti ko kurikulum sekolah yang akan di ambil kira.

- Semoga program pembangunan sukan angkat berat di pusat latihan SMK Raja Muda Musa akan dapat terus dijalankan.\

TERIMA KASIH SEMUA, KAK SUE AKAN PASTI MERINDUI TEAM SMK RAJA MUDA MUSA!

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


WARNING: Authentication Required

Please enter your username and password to continue.


Monday, December 18, 2017

PEMANTAUAN BULANAN SUKAN OLAHRAGA

SUKAN : OLAHRAGA

Tarikh : 16.12.2017
Masa : 7.00 Pagi - 9.00 Pagi
Tempat : Stadium Petaling Jaya, Petaling Jaya

KEHADIRAN
1. Zolkifly Ab. Majid - JSM (PLN)
2. Malathi A/P Kasipillai JSM (PLD)
3. Atlet - Lelaki - 9 Wanita - 4

LATIHAN
1. Warming Up
2. Latihan Kemahiran & Teknik
3. Skill Hurdles
4. Lompat Tinggi
5. Lompat Jauh

UJIAN
Tiada ujian dijalankan

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Semua masih dalam keadaan baik
KECEDERAAN
Tiada Kecederaan dilaporkan 

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN

1. Sesi latihan kali ini adalah latihan wajib bulanan.

2. Kedatangan kurang memuaskan kebanyakkan atlet telah bercuti bersama keluarga.

3. Latihan akan diberhentikan seminggu sebelum cuti sekolah berakhir kerana memberi atlet peluang untuk persediaan sesi persekolahan 2018.

Sekian, Terima kasih

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Sukan Olahraga
Tarikh : 18.12.2017

Friday, December 15, 2017

TERJUN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( Bil 2/12 ) BERSEMPENA KEJOHANAN MINI SUKAN TERJUN.


TARIKH                             :  13hb Disember 2017 ( Rabu )
TEMPAT                            :  Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
MASA PEMANTAUAN   :  8.00 pagi - 2.30  Petang

KEHADIRAN :

1)  Encik Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
2) Encik Azrizal ( JPM Perak )
3) Encik Li Boxu ( JPM Terengganu )

4)  Atlet : 
     - Selangor : 28 Orang
     - Perak : 10 Orang
     - Terengganu 6 Orang

Program Latihan

 - Tiada.















Ujian

Tiada

Pertandingan

- Seramai 44 orang atlet mengambil bahagian dalam kejohanan mini yang di adakan.

Peralatan

- Mencukupi.

Kecederaan

Tiada kecederaan atlet di sepanjang kejohanan mini dijalankan.

Program Binaan

- Kejohanan Mini Sukan Terjun 2017.

Ulasan

1) Pemantauan ke pusat latihan ini dibuat bersempena dengan Kejohanan Mini Sukan Terjun 2017. Objektif kejohanan mini ini diadakan bagi memberi peluang kepada atet junior merasai suasana pertandingan sebenar walaupun ianya hanya kejohanan mini.
2) Untuk makluman, kejohanan mini ini juga disertai atlet dari negeri Perak & Terengganu yang kebetulan sedang menjalani latihan tindik bersama atlet Selangor di Pusat Akuatik Darul Ehsan ( PADE ).
3) Perancangan seterusnya adalah bagi memastikan kejohanan mini seumpama ini akan dapat dijalankan bagi memberi peluang kepada atlet-atlet bertanding dan tidak bergantung pada kejohanan yang dianjurkan di peringkat kebangsaan sahaja.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


RENANG : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 2/12 )


Tarikh    :  14hb Disember 2017 ( Khamis )
Tempat  :  Pusat Akuatik Darul Ehsan ( PADE ), Shah Alam.
Masa latihan : 7.00 - 9.30 Pagi
Masa pemantauan : 7.30-9.00 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Ong Jin Kooi ( JPM )
2) Encik Foo Jian Beng ( JSM )
3) Encik Mohktar Bin Hamidi ( JSM )
3) Atlet : 44 Orang


Program Latihan :

Drills on turns :
2 x 50m Submerge
2 x 50m Full circle turns
2 x 50 Set up
4 x 15m Set up at wall






Ujian
- Tiada.

Pertandingan

- Tiada

Peralatan 

- Berkeadaan baik

Kecederaan

- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan

- Tiada

Ulasan  

- Semasa pemantauan dijalankan, mendapati juruatih Encik Ong Jin Kooi seang memberi taklimat kepada semua atlet dan difahamkan, atlet dari Penang Swim Club menjalankan latihan tindik bersama beliau.

- Jurulatih Foo Jian Beng memaklumkan latihan yang beliau jalankan pada musim cuti persekolahan , berganda menjadi 2 sesi iaitu pagi dan malam

                              
Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI

Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


Wednesday, December 13, 2017

PEMANTAUAN BULANAN SUKAN TAEKWONDO

SUKAN : TAEKWONDO

Tarikh : 13.12.2017
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat : PLN Taekwondo Selangor, Banting

Kehadiran :

1. Arikrishnasamy A/L Sokalingam - JSM
2. Atlet : Lelaki - 7 Wanita - 0

LATIHAN
1. Warming Up
2. Skill Sparring

UJIAN

Tiada

PERTANDINGAN
Akan menyertai pertandingan Interclub pada 15 - 17 Disember 2017 di Nilai, Negeri Sembilan

PERALATAN

Peralatan dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN

1. 
Jurulatih menekankan latihan sparring pada semue atlet dan latihan ringan kerana tidak mahu atlet cedera sebelum kejohanan.

2. Seramai 15 orang atlet yang akan menyertai kejohanan Interclub nanti.

3. Jurulatih memohon makluman daripada MSN bagi sukan Taekwondo pada tahun 2018.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Taekwondo Negeri Selangor
Tarikh : 13.12.2017