Friday, July 29, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Gimrama

TARIKH : 28HB JULAI 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : SJKC SERDANG BARU 2, SELANGOR
MASA : 2.30-4.30 PETANG




Seramai 6 orang gimnas telah hadir ke sesi latihan. Ruang latihan agak terhad pada hari ini memandangkan SJKC Serdang menganjurkan satu program pertandingan nyanyian melibatkan murid tahun 1 dan 2 sekolah tersebut. Lebih kurang jam 3.30 petang, barulah ruang latihan ini dapat dibuka lebih luas dan semua gimnas bekerjasama dalam penyediaan ruang latihan mereka.

Jurulatih memaklumkan bermula minggu awal ogos, masa latihan disingkatkan berbanding waktu biasa memandangkan ada sebahagian gimnas beliau menghadapi minggu peperiksaan sekolah selain menghormati bulan Ramadhan.

Kehadiran :

1) Shak Jingle ( Gred 1 )
2) Fong Wan Qin ( Gred 2 )
3) Aeisyah Umairah ( Gred 4 )
4) Izzah Binti Amzan ( Pre Junior )
5) Iman Iskandar Chan ( Pre Junior )
6) Veronica Au Wei Ran ( Junior )

Penumpuan latihan pada ketika ini adalah persediaan bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Badminton & Gimnastik
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

Tuesday, July 26, 2011

Persembahan Atlet Gimnastik di Program Pelancaran 1 Murid 1 Sukan Peringkat Negeri Selangor

TARIKH : 2HB JULAI 2011 ( SABTU )
TEMPAT : DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM SEKSYEN 14 SHAH ALAM
MASA : 8.00 - 10.30 PAGI.



Seramai 17 orang gimnas USPTN Selangor ( Senior dan Junior ) di bawah kendalian jurulatih Svitlana Badiulia telah mengadakan persembahan bersempena dengan Pelancaran Larian 1 Murid 1 Sukan Peringkat Negeri Selangor 2011 yang telah di adakan pada 2hb Julai 2011 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Peluang mengadakan persembahan ini secara tidak langsung memberikan pendedahan dan pengalaman baru kepada seramai 11 orang gimnas cilik yang baru sahaja menyertai Program Pelapis Negeri bermula bulan Jun 2011 yang lalu.

Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang datang memeriahkan program tersebut. Program pelancaran ini berakhir pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

** Mohon maaf di atas kelewatan melaporkan aktiviti ini**


Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Badminton & Gimnastik
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik

TARIKH : 26HB JULAI 2011 ( SELASA )
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK SEKSYEN 6 SHAH ALAM, SELANGOR

MASA : 9.00 - 10.30 PAGI

KEHADIRAN : 2 JURULATIH & 13 GIMNAS


Latihan berjalan seperti biasa bagi kedua-dua jurulatih di sesi latihan pagi. Kehadiran 100% bagi gimnas pada hari ini. Perbincangan saya bersama dengan jurulatih adalah perkembangan semasa semua gimnas dan menerusi pemerhatian saya, 13 orang gimnas ini telah pun menjalani rutin yang lebih mencabar yang diberikan oleh jurulatih.

Keadaan 'pit' masih tidak boleh digunakan untuk latihan di dewan ini. Sebagai alternatif, jurulatih artistik lelaki, Encik Liu Hong Lu mengambil inisiatif membawa atlet beliau untuk menjalani latihan sekali sekala di gimnasium Majlis Sukan Negara Negara Bukit Jalil.


Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Gimnastik & Badminton
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK SPORTEXCEL MSN-MILO-MGF SIRKIT 1

TARIKH : 22-24HB JULAI 2011
TEMPAT : GIMNASIUM 3, MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA, BUKIT JALIL
.







Seramai 4 orang gimnas diiringi oleh 3 orang jurulatih telah menyertai kejohanan yang telah dijalankan selama 2 hari ini. Gimnas tersebut adalah adik Lim Xiu Xie, Chim Ai Di, Lee Boon Jun & Low Jun Hao. Sementara 2 orang gimnas pula iaitu adik Choo Yin Haur dan Amiruddin Bin Sobari tidak dapat menyertai Kejohanan ini atas masalah kecederaan yang dialami di saat-saat akhir sebelum bermulanya kejohanan.

Walaubagaimanapun, Pasukan Selangor telah memenagi Johan bagi acara berpasukan.


Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Badminton & Gimnastik
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

Monday, July 11, 2011

MESYUARAT USPTN SELANGOR BIL 6/2011

TARIKH : 11hb Julai 2011 (Isnin)
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SUKSES, MSN Selangor
MASA : 10.00 - 11.30 Pagi
 
KEHADIRAN :
i. Pn Zie Ileana Izra Bt. Ujang (PKU)
ii. En Abd Latif B. Arshad (PPN)
iii. En. Norazizam B. Mohamad Nor (PPN)
iv. Pn Suhana Suhaili (PPN)
v. En. Mohd Firdaus B. Rosli (PPN)
vi. Cik Norzalwani ( PT )

Mesyuarat bil 6/2011 ini telah dipengerusikan oleh Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang, Pemangku Ketua Unit USPTN Selangor dan semua kakitangan USPTN Selangor hadir pada mesyuarat kali ini.

Pengerusi memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan beberapa maklumat dan info penting yang diperolehi beliau sepanjang bulan jun 2011
. Beliau juga turut memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan unit berkenaan KPI dan laporan unit bagi setengah tahun pada tahun 2011.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Laporan disediakan oleh :
--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR


Friday, July 1, 2011

MESYUARAT JKK 01/2011 TENPIN BOLING USPTN SELANGOR

Tarikh  :  30 Jun 2011 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat SUKSES, MSNS
Masa : 10.00 pagi
Kehadiran : 1) Pn. Harlisa Rozikin - Pengerusi
                     Ketua Unit Penyediaan Atlit MSNS
                  2) Pn. Zie Ileana Izra binti Ujang
                     Pemangku Ketua Unit / Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Tenpin Boling
                  3) En. Muhammad Shahrir bin Abd Majid
                      Pegawai Perhubungan Sukan Tenpin Boling MSNS
                  4) En. Azidi Ameran
                     Wakil daripada Persatuan Tenpin Boling Selangor
                  5) En. Gerald Samuel
                      Jurulatih Separuh Masa Sukan Tenpin Boling
                      USPTN Selangor
 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Bil 01/2011 bagi sukan Tenpin Boling telah diadakan dan telah dipengerusikan oleh Pn. Harlisa Rozikin bagi mewakili En. Leong Theng Choon kerana terlibat dengan sidang mesyuarat yang lain. Sidang mesyuarat berjalan lancar dan antara perkara-perkara dan agenda yang telah dibincangkan adalah Pembentangan Laporan Program bagi tahun 2010 dan Perancangan bagi tahun 2011 bagi USPTN Selangor dan juga sukan tenpin boling, pengemaskinian serta pematapan program dan perancangan serta persiapan menghadapi Kejohanan SUKMA XV, 2012. Adalah diharapkan segala perancangan yang dirancang menjadi realiti hasil kerjasama yang mantap daripada semua pihak. Mesyuarat ditangguh pada jam 11.30 pagi.
 
Sekian dan terima kasih.

--
ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG
PKU/PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
(BERBASIKAL & TENPIN BOLING)
USPTN SELANGOR

UJIAN KECERGASAN SUKAN TERJUN NEGERI SELANGOR

TARIKH : 30.06.2011

MASA : 3.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT SAINS SUKAN MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR, SEKSYEN 6.


Melibatkan semua atlit sukan Terjun Negeri Selangor di bantu oleh pegawai MSNS En. Iqfan Rizal dan En. Raymond Ray.

Melakukan ujian asas seperti sit up, push up dan jangkauan melunjur. Ujian ini di lakukan adalah untuk melihat setakat mana tahap kecerdasan atlet terjum dlm asas ujian ini. dalam tempoh 3 bulan dari sekarang kita akan melakukan ujian ini semula bagi memastikan tahap kecerdasan atlet-atlet ini.

Sekian

ABD. LATIF ARSHAD
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, AKUATIK (RENANG & TERJUN) & SEPAK TAKRAW
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR