Monday, January 13, 2014

PEJUMPAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI (PPN) BERSAMA PERSATUAN, JURULATIH DAN ATLET MENEMBAK TAHUN 2014




Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Satu sesi perjumpaan telah diadakan semasa berlangsungnya Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Sportexcel Sirkit 1/2014 & Kejohanan Menembak Selangor 2014. Kejohanan ini berlangsung pada 09 hingga 12 Januari 2014 bertempat di Lapangsasar menembak Subang, Selangor. PPN mengambil peluang untuk berjumpa dengan pihak Persatuan, Jurulatih dan Atlet berkenaan perancangan program dan hal-hal yang akan diadakan pada tahun 2014. Seramai 32 orang atlet yang terlibat semasa perjumpaan ini.

Berikut adalah perbincangan yang telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut.

PERSATUAN

En. Chu Pu Yam mewakili persatuan memaklumkan agar atlet dapat berlatih seperti biasa dan menambah baik dari sesi kedatangan, ini disebabkan pada tahun 2014 akan berlangsungnya Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis pada pertengahan tahun ini. Beliau berharap Pasukan SUKMA Menembak Selangor dapat mencapai kejayaan. Beliau juga memaklumkan bahawa segala keperluan latihan pihak persatuan akan sediakan dengan sebaik mungkin.

JURULATIH

En. Shakimi Mohamed mewakili jurulatih Menembak Selangor memaklumkan buat sementara ini terdapat 3 orang atlet baru telah menjalankan latihan bermula pada Januari 2014. Jurulatih akan mendaftar atlet ini ke pada PPN secepat mungkin. Beliau juga berharap agar pada tahun 2014 atlet dapat berkerja dengan lebih kuat lagi dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan dapat menaikan semula sukan Menembak di Negeri Selangor ini.

Sekian, Terima kasih.

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Menembak