Friday, July 28, 2017

PEMANTAUAN PLD MEMANAH HULU LANGAT



SUKAN : MEMANAH
tarikh : 28.7.2017 
Masa : 3.30pm - 6.00pm
Tempat : SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
Kehadiran :
1. En. Nazmi Azmir b. Mahamud (JSM)
2. 2 atlet lelaki 7atlet wanita

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan ringan

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Berada dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Latihan harian berjalan seperti biasa. Atlet agak kurang pada hari ini kerana kebanyakan mereka pulang ke rumah. Pada 6hb Ogos 2017 akan di adakan pertandingan memanah peringkat Sekolah Agama.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

PEMANTAUAN PLN SKUASY USPTN SELANGOR



SUKAN : SKUASY
tarikh : 27.7.2017 
Masa : sesi 1: 4.30pm - 7.00pm
Tempat : Lakeview Subang
Kehadiran :
1. Calvin chang (JPM)
2. En. Henry Tan(JSM)
3. 10 atlet lelaki 3atlet wanita

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan teknik
3. Sparring

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Berada dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Latihan harian dijalan seperti biasa. Bermula jam 4.30pm hingga ke sesi yang terakhir jam 9.00pm. Penekanan latihan lebih tertumpu pada teknik kawalan didalam gelanggang. 3 orang atlet sedang menyertai kejohanan junior Japan Open dan dimaklumkan 2 orang melangkah ke peringkat akhir. 

Sekian 
Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

Tuesday, July 25, 2017

PEMANTAUAN BULANAN SUKAN TAEKWONDO

SUKAN : TAEKWONDO
Tarikh : 23.07.2017
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Tempat : PLD Taekwondo Selangor, Banting

Kehadiran :

1. Arikrishnasamy A/L Sokalingam - JSM
2. Atlet : Lelaki - 10 Wanita - 1

LATIHAN
1. Warming Up
2. Latihan kecergasan
3. Tendangan
4. Sparring

UJIAN

Jurulatih akan menjalankan ujian kecergasan sepanjang latihan pada minggu berikutnya bagi mengenal pasti tahap kecergasan atlet yang akan menyertai pertandingan.

PERTANDINGAN

Akan menyertai Kejohanan Taekwondo MSSS pada 29-30 Julai di Space U8, Shah Alam

PERALATAN

Peralatan dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN

1. Latihan yang diadakan adalah latihan wajib mingguan. Kehadiran atlet amat memuaskan

2. Semua atlet telah hadir menjalani latihan seperti biasa.

3. Jurulatih memaklumkan telah mengadakan pemilihan diperingkat daerah bagi memilih pasukan untuk menyertai Kejohanan MSSS yang berlangsung pada Julai dan Kejohanan Sukan Selangor pada bulan Ogos.

4. Jurulatih memaklumkan mempunyai sedikit masalah diperingkat persatuan berkenaan peruntukan ke kejohanan. PPN menyatakan akan mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Taekwondo Negeri Selangor
Tarikh : 25.07.2017

PEMANTAUAN BULANAN SUKAN PELAYARAN

SUKAN : PELAYARAN

Tarikh : 23.07.2017
Masa : 8.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Pusat Latihan Sukan Layar Selangor, Batu Laut, Tanjung Sepat

Kehadiran :
1. Sharul Abd Razak - JPM
2. Sahril Abd Razak - JPM Negeri
3. Muhammad Amirul Rudin - JSM
4. Atlet : Lelaki - 7 Wanita - 9

LATIHAN
1. Persiapan peralatan
2. Taklimat latihan
3. Latihan dilaut

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Akan menyertai pertandingan Merdeka Day Regatta balan bulan Ogos nanti

PERALATAN
Perlu penambahan dan gantian bagi peralatan kecil

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Jurulatih akan mengadakan ujian kecergasan sebelum atlet menyertai pertandingan di Sabah Ogos nanti.

ULASAN

1. Latihan dilaut dijalankan pada sesi pagi dan petang. Latihan berjalan seperti biasa dan tiada kecederaan dilaporkan.

2. Jurulatih memaklumkan hujan lebat turun pada waktu pagi dan sesi latihan pagi dilaut ditangguhkan dan diteruskan pada jam 11.00 pagi 

3. 2 orang atlet telah menyertai kursus Wind Surfing di Terengganu.

Sekian.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Pelayaran
Tarikh : 25.07.2017

Thursday, July 20, 2017

PEMANTAUAN BULANAN LATIHAN SUKAN OLAHRAGA

SUKAN : OLAHRAGA

Tarikh : 20.07.2017
Masa : 8.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat : SMK Taman Sea, Petaling Jaya

KEHADIRAN
1. Zolkifly Ab. Majid - JSM (PLN)
2. Malathi A/P Kasipillai JSM (PLD)
2. Atlet - Lelaki - 25 Wanita - 10

LATIHAN
1. Warming Up - 30 Minit
2. Latihan Kemahiran & Teknik
3. Fitness
4. Basic
5. 50 Meter
6. Merejam lembing / Lempar cakera

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) / 4-5 Ogos 2017 / Stadium Matsushita, Shah Alam

PERALATAN
Semua dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Seorang atlet mengalami kecederaan di kaki dan tidak serius

PROGRAM BINAAN
Cadangan dari jurulatih untuk mengadakan Kem Tahunan dan Bengkel Psikologi

ULASAN

1. Sesi latihan kali ini adalah latihan wajib bulanan. Sesi latihan pada hari ini bermula lewat kerana faktor cuaca yang mendung dan sedikit hujan.

2. Jurulatih memaklumkan bahawa semua atlet yang akan menyertai Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) berlangsung pada 4-5 Ogos 2017 bertempat di Stadium Matsushita, Kompleks Sukan Negara, Shah Alam.

3. Beberapa atlet baru telah diserapkan dalam pusat latihan melalui pemilihan Talent Scouting yang diadakan oleh jurulatih pada beberapa sukan sekolah-sekolah

4. Untuk makluman latihan PLN yang diadakan di venue Stadium MBPJ berpindah ke SMK Taman Sea ini disebabkan arahan penutupan Stadium MBPJ yang akan digunakan untuk Temasya Sukan SEA bagi acara Ragbi.

5. Arahan penutupan bermula pada Julai hingga Ogos berakhir Temasya Sukan SEA.

Sekian 

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Sukan Olahraga
Tarikh : 20.07.2017

Wednesday, July 19, 2017

PEMANTAUAN PLD MEMANAH HULU LANGAT



SUKAN : MEMANAH
tarikh : 19.7.2017 
Masa : 3.00pm - 6.00pm
Tempat : SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
Kehadiran :
1. En. Nazmi Azmir b. Mahamud (JSM)
2. 4 atlet lelaki 10atlet wanita

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan ringan
3. Skoring

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Berada dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Latihan harian dan skoring bulanan. Beberapa orang atlet PLD Hulu langat ini telah terpilih mewakili daerah Hulu Langat bagi kejohanan MSSS yang telah berlangsung pada 12 - 15 Julai yang lepas dan seorang atlet adik Mohd Najwan telah berjaya mewakili Negeri Selangor pada kejohanan MSSM pada bulan Ogos yang akan datang. Selain dari itu 3 orang atlet PLD ini juga terpilih mewakili daerah Hulu Langat bagi Kejohanan Sukan Selangor yang bermula 19 - 23 Julai 2017.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

Monday, July 17, 2017

TERJUN : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 02/7 )


TARIKH                       :  15hb Julai 2017 ( Sabtu )
TEMPAT                      :  Pusat Akuatik Darul Ehsan , Shah Alam Selangor.
MASA LATIHAN           : 9.00 - 12.00 tengah hari.
MASA PEMANTAUAN  : 9.30  - 10.30 pagi.

KEHADIRAN :

1)  Jurulatih : Encik Rossarisham Bin Roslan ( JPM ).
 2)  Atlet : 11 lelaki & 6 wanita  ( 17 orang).

Program Latihan

- Latihan kecergasan.





Ujian
Tiada.

Pertandingan
-  Kejohanan Terjun Sirkit Remaja Kebangsaan yang akan di adakan pada 22-23 Julai 2017 di Shah Alam, Selangor.

  
Peralatan
- Masih di dalam proses permohonan.

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet dimaklumkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Belum dijalankan.

Ulasan

1) Latihan berjalan seperti biasa. Atlet menjalani latihan sebagai persediaan menyertai Kejohanan Terjun Sirkit Remaja Kebangsaan pada 22-23 Julai 2017.
2) Menerusi perbincangan bersama dengan jurulatih, beliau amat berharap agar gim sukan terjun dapat diperbaiki sebelum terjadi kejadian yang tidak diingini di kalangan atlet. PPN akan menyemak semula sebutharga yang telah di serahkan.


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


RENANG : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 02/7 )


Tarikh    :  15hb Julai 2017 ( Sabtu )
Tempat  :  Gim Akuatik, Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
Masa latihan : 7.30 - 9.30 Pagi
Masa pemantauan : 8.15-9.30 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Mark Chua ( JSM )
2) Encik Mohktar Bin Hamidi ( JSM )
2) Atlet : 20 Orang ( 11 lelaki  & 9 wanita)

Program Latihan 

- Latihan kecergasan menggunakan gym ball.








Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan Kejohanan 6th Selangor ARENA Short Course Swimming Championships yang akan di adakan pada 28-30 Julai 2017.

Peralatan 
- Berkeadaan baik

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan  

1) Menerusi pemantauan yang dijalankan, mendapati jurulatih ( PLD ) En Mohktar Hamidi telah mula menyertai sesi latihan yang dijalankan oleh En Mark Chua. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Puan Helen ( SU Persatuan ) . En Mohktar akan menjalani program tindik bersama dengan En Mark. Pelbagai teknik baru dan yang terkini akan dipelajari oleh jurulatih Mohktar.

2) Jurulatih Mark Chua memaklumkan seorang atlet, Angelina Chan ( 14 tahun ) telah terpilih mewakili Malaysia di Commonwealth Youth Games, Bahamas. Dimaklumkan Angelina adalah satu-satnya perenang wanita Malaysia yang terpilih menyertai kejohanan tersebut. Menerusi sesi taklimat jurulatih Mark bersama dengan kesemua atlet, beliau melahirkan rasa bangga beliau atas pemilihan atlet tersebut di kejohanan yang akan di adakan bermula 16hb Julai sehingga 26hb Julai 2017.

3) Dua orang atlet akan menyertai Asean School Games yang di adakan pada 13-21 Julai, Singapura. Atlet tersebut ialah Liew Chern Xin dan Nessa Yip.

4) Menerusi sesi taklimat kepada semua atlet, jurulatih Mark Chua mengambil peluang untuk berkongsi tentang Kejohanan Sukan SEA yang akan di adakan pada bulan Ogos 2017. Belia menyarankan kepada semua atlet Selangor agar dapat mengambil inisiatif dan bersemangat untuk hadir ke Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada semua atlet Malaysia dalam sukan renang.Menurut beliau, ianya merupakan satu kesempatan yang tidak harus dilepaskan apabila Malaysia pada tahun ini, menjadi tuan rumah.
Jurulatih juga turut memaklumkan seramai 11 orang perenang negeri Selangor akan menyertai kejohanan tersebut dan antaranya adalah Koh Jia Yi, Rosalind Ng, Nadia Adrianna Redza, Jordan Yip, Shaun Yap, Asmalia, Caroline, dan Phee Jing Ern.

5) Kesimpulan menerusi taklimat jurulatih kepada semua atlet, Beliau berharap agar atlet dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk lebih berjaya. Beliau melihat kejayaan adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai jika disertakan dengan azam yang tinggi. Jurulatih turut berkongsi pengalaman beliau semasa kanak-kanak apabila mula menyimpan tekad untuk menyertai Kejohanan Sukan SEA ketika berumur 9 tahun .


Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


Thursday, July 13, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN 03/7 - UJIAN KECERGASAN ATLET


Tarikh                     : 13hb Julai 2017 ( Khamis )
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri SMK Rantau Panjang, Kapar Klang
Masa Ujian             :  10.00 - 12.30 tengah hari


Kehadiran 

1) Encik Mohd Suhaizad Bin Subari ( JSM )
2) Encik Iqfan Rizal ( Kakitangan MSN Selangor )
3) Emcilk Sabri ) Kakitangan MSN Selangor )
    Atlet : 40  Orang ( 16 lelaki & 24 wanita )

Jenis Ujian

1) Fleksibiliti ( Sit & Reach )
2) Strength ( 1 min sit up )
3) Strength ( 1 min push up )
4) Explosive ( Long jump )
5) Shuttle run














Ulasan 

1)  Ujian ini merupakan yang pertama bagi tahun 2017.

2) Seramai 10 orang atlet  ( baru ) menyertai ujian ini buat pertama kali, 

3) Sesi ujian kecergasan berjalan dengan lancar dan mendapat bantuan dua kakitangan dari Unit Sains Sukan, MSN Selangor.



Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


ANGKAT BERAT : PERBINCANGAN BERSAMA PENGETUA SMK ABDUL JALIL & PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN 02/7 NEGERI BATU 18, KAMPUNG JAWA , HULU LANGAT


Tarikh    : 12.07.2017 ( Rabu )
Tempat  : SMK Abdul Jalil, Batu 14 & Pusat Latihan Negeri Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat.
Masa     : 10.00 pagi - 1.00 Petang.

Kehadiran :
1) Puan Sofia Nor Binti Molhit ( Pengetua SMK Abdul Jalil )
2) Puan Suhana Suhaili ( PPN )
3) Puan Wafidatul ( LO MSN Selangor )
4) En Suhaizad Bin Subari ( JSM )
5) En Naharudin Bin Mahayudin
6) Atlet : 5 Orang










Laporan :

Perancangan bagi mengadakan perjumpaan bersama Puan Pengetua SMK Abdul Jalil , Puan Sofia Nor Binti Molhit telah lama dirancang namun atas kekangan masa beliau perjumpaan tertangguh beberapa kali. Hanya pada 12hb Julai 2017, perjumpaan bersama beliau dapat di adakan.

Objektif perjumpaan ini adalah bagi memaklum dan membincangkan secara lebih terperinci tentang permohonan bagi kemasukan 2 orang atlet PLN SMK Rantau Panjang ke asrama SMK Abdul Jalil. Untuk makluman, Nurul Shafiqah Binti Omar ( 16 Tahun ) & Syahman Bin Sarwan ( 14 Tahun ) adalah dua orang atlet PLN SMK Rantau Panjang yang telah dikenal pasti oleh Ketua Jurulatih Negeri ( SUKMA ) , En Naharuddin Bin Mahayuddin sebagai atlet yang berpotensi besar untuk dilatih sebagai atlet pelapis untuk program SUKMA. Beliau telah mengenal pasti potensi kedua atlet ini setelah mengikuti pasukan USPTN di beberapa siri kejohanan yang disertai sebelum ini.  Kedua atlet ini perlu menjalani sesi persekolahan di SMK Abdul Jalil bagi memudahkan pergerakan mereka bagi mengikuti latihan di pusat latihan, Batu 18, Kampung Jawa. Tambahan pula, bagi memudahkan Ketua Jurulatih membuat pemantauan latihan ke atas mereka.

Penjelasan berkenaan program pembangunan sukan angkat berat Selangor juga telah dijelaskan kepada Puan Pengetua.Menerusi maklum balas yang diterima, Puan Pengetua menyokong program pembangunan sukan angkat berat dan tidak mempunyai masalah jika menempatkan kedua atlet ini di asrama SMK Abdul Jalil. Walaubagaimanapun, Puan Pengetua telah menjelaskan beberapa syarat serta makluman penting untuk diambil perhatian oleh unit. Antara yang ditekankan oleh beliau adalah disiplin atlet yang jika didapati bermasalah, pihak pengurusan SMK Abdul Jalil akan mengambil tindakan.

Kesimpulannya, Puan Pengetua telah meluluskan permohonan penempatan asrama bagi kedua atlet ini dan mereka  akan mula mendaftar diri di SMK Abdul Jalil setelah semua urusan dokumentasi perpindahan sekolah selesai.

Pemantauan pusat latihan di Batu 18, Kampung Jawa Hulu Langat serta perbincangan bersama jurulatih : En Naharuddin dan En. Suhaizad juga telah dijalankan. Perbincangan yang dibuat menjurus kepada program sukan angkat berat yang akan dijalankan bagi bulan Ogos - November 2017.  Cadangan bagi mengadakan Kejohanan Dalaman Siri 2 pada bulan September bertempat di SMK Rantau Panjang, Klang , turut dibincangkan bersama setelah mengambil kira tarikh-tarikh peperiksaan para pelajar ( atlet )


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562