Thursday, March 31, 2011

KEJOHANAN ANGKAT BERAT SIRKIT KEBANGSAAN 2011

TEMPAT      :     KOMPLEKS SUKAN BANGI
TARIKH       :    23HB - 27HB MAC 2011




































Kejohanan Angkat Berat Sirkit Kebangsaan 2011 telah selamat melabuhkan tirainya pada 27hb mac 2011 yang lepas. Terima kasih kepada semua yang terlibat daripada bermulanya kejohanan sehingga tamat. tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat keran berjaya melaksanakan kejohanan ini. bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar sebagai kenangan dan juga keputusan mengikut kategori yang telah dipertandingkan.....


Kategori 48kg (wanita)

Snatch
1) Nur Nadia Nordin (Kedah) 68 kg
2) Azizah Fadzil (Penang) 65kg
3) Nur Annis Azemi (ATM) 53 kg

Clean & Jerk
1) Azizah Fazdil (Penang) 85 kg
2) Nur Nadia Nordin (Kedah) 79kg 
3) Nur Annis Azemi (ATM) 60kg

Kategori 53kg (wanita)

Snatch
1) sharifah Inani Najwa (ATM) 68kg 
2) Siti Nasrah Kamariddin (Kelantan) 53 kg
3) Sahsheladewi (Serantau/Penang) 53 kg

Clean & Jerk
1) Sharirah Inani (ATM) 80kg
2) Siti Nasrah Kamaruddin (Kelantan) 71 kg
3) Sahsheladewi (Serantau/Penang) 68kg

Kategori 58kg (wanita)

Snatch
1) Raihan Yusof (ATM) 70 kg
2) Fenceay Titus (serantau/Sabah) 70kg
3) Elyone Martin (KL) 68 kg

Clean & Jerk
1) Raihan Yusof (ATM) 88kg
2) Frenceay Titus (serantau/sabah) 86kg
3) Noor Hasliza Sabani (Pahang) 81kg

Kategori 63kg (wanita)

Snatch
1) Khairani Mohd Malik (Serantau) 70 kg
2) Nur shafia Irawani (Kelantan) 56kg
3) Elyonekica Matin (KL) 55kg

Clean & Jerk
1) Khairani Mohd Malik (serantau) 87kg
2) Elyonenica Matin (KL) 69kg
3) Nur Amyza Ismail (Kelantan) 68kg

Kategori 69kg (Wanita)

Snatch
1) Nurul Farhana Johari (ATM) 76kg
2) Nur khasida Abd Halim (Serantau/Johor) 71kg 
3) Intan Ayuni Abdullah (KL) 67 kg

Clean & Jerk
1) Nurul Farhaan Johari (ATM) 97kg 
2) NUr Khasida Abd Halim (Serantau/Johor) 96kg
3) Intan Ayuni Abdullah (KL) 85 kg 

Kategori 75 kg (wanita)

Snatch 
1)Arisha Farra Erwin (ATM) 72 kg
2) Yuslinda Mat Isa (Selangor) 68kg 
3) Marlina Nordin (Johor) 64kg 

Clean & Jerk
1)Arisha Farra Erwin (ATM) 92 kg
2) Yuslinda Mat Isa (Selangor) 85kg 
3) Marlina Nordin (Johor) 79kg

Kategori +75kg (Wanita)

Snatch 
1) Tey Shen Fung (ATM) 82 kg
2) Noor Adila Ali (Kel) 70kg  
2) Siti Amida Arris (ATM) 63kg 

Clean & Jerk 
1) Tey Shen Fung (ATM) 107 kg 
2) Siti Amida Arris (ATM) 87kg
3) Noor Adila Ali (Kel) 82kg  

Kategori 56 kg (Lelaki)

Snatch
1) Mohd Shaffiq (ATM) 107 kg
2) Mohd Anas (Kedah) 101 kg 
3) Mohd Hanif (Kedah) 99kg

Clean & Jerk 
1) Mohd Shaffiq (ATM) 130 kg
2) Mohd Tramizi (ATM) 126 kg 
3) Mohd Fazli Dollah (Kelantan) 120kg

Kategori 62 kg (Lelaki)

Snatch 
1) Amirul Hamizan (Pahang) 115 kg 
2) Mohd Dinie Akmal (Kedah) 105 kg 
3) Mohd Fahdli Ahmad (Melaka) 102kg

Clean & Jerk
1) Amirul Hamizan (Pahang) 135 kg 
2) Mohd Dinie Akmal (Kedah) 125 kg 
3) Mohd Fahdli Ahmad (Melaka) 121kg

Kategori 69 kg (Lelaki)

Snatch 
1) Mohd Hafifi Mansor (Terengganu) 133kg
2) Mohd Fauzi Hasibullah (ATM) 120kg 
3) MOhd Faerul Talib (ATM) 118kg

Clean & Jerk
1) Mohd Fauzi Hasibullah (ATM) 150kg 
2) MOhd Faerul Talib (ATM) 146kg
3) Amir Firdaus (NS) 120kg 

Kategori 77 kg (Lelaki)

Snatch 
1) Zulkifli Che rose (ATM) 120kg
2) Ku Mohd Yuzir Ku Ibrahim (Kedah) 114kg 
3) Lawrance Bell (Sabah) 110 kg

Clean & Jerk
1) Zulkifli Che rose (ATM) 150kg
2) Kenneth Cory Dominic (Serantau) 145kg 
3) Lawrance Bell (Sabah) 136 kg

Kategori 85 kg (Lelaki)

Snatch 
1) Mohd Hafiz Hashim (ATM) 120kg
2) Sharoizuan Haron (KL) 113kg
3) Azwan Ali Deraman (Sel) 106kg

Clean & Jerk
1) Mohd Hafiz Hashim (ATM) 1143kg
2) Sharoizuan Haron (KL) 136kg
3) Azwan Ali Deraman (Sel) - tiada angkatan

Kategori 94 kg (Lelaki)

Snatch 
1) Mohd Dyzul Kafry (KL) 121kg 
2) Mohd Yudzaimi (Melaka) 120kg 
3) Mohd Nooramin (ATM) 111kg 

Clean & Jerk
1) Mohd Yudzaimi (Melaka) 145kg 

Kategori 105 kg (Lelaki)

Snatch 
1) Mohd Zafril Zulkifli (ATM) 132 kg 
2) Rahimi Rahim (ATM) 131kg 
3) Jerry Nonong (Sabah) 126kg

Clean & Jerk 
1) Mohd Zafril Zulkifli (ATM) 170 kg 
2) Jerry Nonong (Sabah) 148kg
3) Elisha Louis Tan Kim Ho (Labuan) 147kg

Kategori +105 kg (Lelaki)

Snatch 
1) Abd Azim Najmi (ATM) 135kg
2) MOhd Shafiq Husin (Sel) 131kg 
3) Khoo Jian Peng (Kedah) 115 kg 

Clean & Jerk
1) Abd Azim Najmi (ATM) 170kg
2) Mohd Shafiq Husin (Sel) 165kg 
3) Khoo Jian Peng (Kedah) 160 kg 

Dua altit Pelapis Selangor telah menyertai kejohanan ini iaitu Azwan Ali Deraman (85kg) dan Mohd Shafiq Husin (+105kg).

Sekian 

Abd Latif Arshad
PPN Selangor 

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMRAMA , SJKC SERDANG

TARIKH    :  30HB MAC 2011 ( RABU)
TEMPAT   :  SJK ( C ) SERDANG BARU 2.
MASA        :  2.30 HINGGA 5.00 PETANG





Seramai 9 orang gimnas hadir menjalani latihan pada hari ini. Latihan dikendalikan oleh jurulatih Cik Elena Mesyeryakova. Saya berkesempatan untuk mengadakan perbincangan bersama dengan jurulatih tentang perkembangan latihan beliau dan jumlah terkini gimnas yang beliau ada. Jurulatih melaporkan, gimnas baru sahaja selesai menyertai Kejohanan MSSM yang diadakan di Johor pada 14-19 Mac 2011.Kini, semua gimnas sedang dalam persiapan menghadapi Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 1/2011 yang akan di adakan pada 11-15 Mei 2011 di Kelantan kelak. Setiap gimnas telah diberikan 'routine' masing-masing untuk mereka berlatih.

Disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

Wednesday, March 30, 2011

LAWATAN KEJOHANAN MSSM PELAYARAN

TARIKH  : 17hb MAC 2011
TEMPAT : PANTAI BAGAN PINANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN






Berikut adalah lawatan Pemantauan Kejohanan MSSM Sukan Pelayaran. Seramai 8 orang atlet USPTN Selangor bertanding pada kejohanan ini. Selangor berjaya mengutip 1 emas, 1 perak dan 2 gangsa. GO SELANGOR..!!!!


Disediakan oleh :
NORAZIZAM MOHAMAD NOR
SDO PELAYARAN SELANGOR



SESI PERJUMPAAN STBA-04, USPTN SELANGOR BERSAMA PARA ATLIT TENPIN BOLING DAN IBUBAPA USPTN SELANGOR

TARIKH    :  25HB MAC 2011 (JUMAAT)
TEMPAT   :  BILIK MESYUARAT STBA-04 OLE-OLE SUPERBOWL, OLE-OLE SEKSYEN 18, SHAH ALAM.
MASA       :  9.15 MALAM



Satu sesi perjumpaan bersama para atlit dan ibubapa sukan tenpin boling USPTN Selangor telah dianjurkan oleh pihak Persatuan Tenpin Boling Selangor 2004 (STBA-O4) pada 25 Mac 2011 pada jam 9.15 malam di Bilik Mesyuarat STBA-04 di Ole-ole Superbowl, Ole-ole, Seksyen 18, Shah Alam. Seramai lapan belas (18) atlit telah hadir bersama ibubapa masing-masing bagi mendengar sesi taklimat program dan amanat daripada pihak STBA-04 (Dato' Sri Ahmad Latiffi Hashim - Timbalan Presiden serta Pn. Shalin Zulkifli - Setiausaha Kehormat) dan Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Tenpin Boling USPTN Selangor, Pn. Zie Ileana Izra. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Penolong Bendahari STBA-04, En. Kenny Ang, AJK STBA, En. Azidi Ameran dan Jurulatih Separuh Masa USPTN Selangor, En. Gerald Samuel. Sesi forum juga dibuka sekiranya sebarang perkara yang ingin diajukan oleh para hadirin pada sesi tersebut.

Disediakan Oleh
ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG
PKU/PPN USPTN SELANGOR

SISIPAN HATI SEORANG JSM


Semoga kita semua amik maklum...

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK PLN SIRKIT 1/2011

Tarikh   : 16hb Hingga 19hb Mac 2011
Tempat  : Velodrome Cheras, Kuala Lumpur





Kejohanan Berbasikal Trek PLN Sirkit/2011 telah berlansung pada 16 hingga 19 Mac 2011 di Velodrome Cheras, Kuala Lumpur anjuran MSNM/MSN KL/PKBM/PLBKL/DBKL yang telah disertai seramai dua puluh (20) pasukan-pasukan berbasikal di seluruh tanahair. Pasukan Selangor telah menyenaraikan seramai lapan belas (18) orang atlit, tiga (3) orang jurulatih berbasikal iaitu En. Mohd Mahazir Hamad, En. Mohd Yusof Abd Nasir dan En. Mohd Nazri Abd Nasir serta Pegawai Pembangunan Negeri, Pn. Zie Ileana Izra. Secara keseluruhannya, Pasukan Selangor telah menduduki tempat kedua di dalam pungutan pingat keseluruhan kejohanan di belakang Pasukan Kebangsaan dengan lapan (8) emas, enam (6) perak dan lima (5) gangsa. Atlit wanita bawah lima belas (15) tahun, Farina Shawati bt M. Adnan telah dinobatkan sebagai Atlit Wanita Terbaik Kejohanan ini dengan secara peribadinya beliau telah memenangi lima (5) emas dan satu (1) perak.

Disediakan Oleh
ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG
PKU/PPN USPTN SELANGOR


LAWATAN PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT SMK RAJA MUDA MUSA

TEMPAT  : SMK RAJA MUDA MUSA, KUALA SELANGOR
TARIKH   : 29HB MAC 2011 (SELASA)









Sesi lawatan pemantauan Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Angkat Berat USPTNS, En. Abd. Latif Arshad bersama PKU USPTNS (Puan Zie Ileana Izra) ke Pusat Latihan Angkat Berat di SMK Raja Muda Musa Batang Berjuntai Kuala Selangor.

Sesi latihan diadakan oleh JSM USPTN Selangor, En. Fazlan Ghazali kepada atlet-atlet USPTN Selangor. Beberapa perkara telah diusulkan oleh JSM untuk di ketengahkan.

Disediakan Oleh

Abd Latif Arshad
PPN USPTN Selangor

KLINIK PELAPIS SUKAN PELAYARAN FASA II (VIDEO)


Berikut adalah video teknik latihan dari En Zaidi, jurulatih elit pelayaran bagi kelas Int.420 semasa Klinik Pelayaran Fasa II yang diadakan pada 19-23 Dis 2010. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami pada coach, terima kasih daun keladi, ada program kami panggil lagi.. 

Tuesday, March 29, 2011

MESYUARAT UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR BIL 3/2011

TARIKH    :  28HB MAC 2011 (ISNIN)
TEMPAT   :  BILIK MESYUARAT SUKSES, MSN SELANGOR.
MASA       :  3.00 PETANG.



Mesyuarat unit bil 3/2011 ini merupakan yang pertama kali di adakan di Bilik Mesyuarat SUKSES, MSN Selangor setelah kami berpindah ke bangunan MSN Selangor pada 7hb Mac 2011. Semua kakitangan USPTN Selangor hadir pada mesyuarat kali ini. Seperti kebiasaanya, mesyuarat akan mengetengahkan maklumat yang disampaikan baik oleh Pemangku Ketua Unit, pembentangan program sukan oleh  Pegawai Pembangunan Negeri, PT Pentadbiran dan PT Kewangan disamping hal-hal berbangkit yang lain.

Ucapan terima kasih telah disampaikan oleh Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang kepada Encik Mohd Hafiezi atas kerjasama yang beliau berikan selam ini. Encik Mohd Hafiezi akan menamatkan tugas beliau sebagai PT Pentadbiran berkuatkuasa pada 31hb Mac 2011.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.