Friday, October 12, 2018

PEMANTAUAN BULANAN PLN SUKAN SKUASY SELANGOR

SUKAN : SKUASY

Tarikh : 11.10.2018
Masa : 5.00 Petang - 8.00 Malam
Tempat : SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya

Kehadiran :
1. En.Calvin Chang Chen Chong - JSM
2. En.Henry Tan - JSM
3. Atlet : 12 Lelaki, 10 Wanita

LATIHAN
1. Latihan Kecergasan
2. Latihan Teknik
3. Sparing Tournament

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada kejohanan yang disertai dalam bulan Oktober

PERALATAN
Semua dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada dalam perancangan

ULASAN

1. Sesi Latihan yang dijalankan adalah bulanan biasa. Kehadiran atlet menyertai latihan amat memuaskan

2. JSM Calvin memaklumkan semasa ketiadaan beliau menyertai SUKMA pada September yang lalu latihan bagi atlet-atlet dibawah kendalian beliau dilatih oleh jurulatih dari persatuan.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Selangor Skuasy
Tarikh : 12.10.2018

Wednesday, October 10, 2018

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN TERJUN SELANGOR

SUKAN : TERJUN

Tarikh : 09.10.2018
Masa : 4.00 Petang - 8.00 Malam
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam

Kehadiran :
1. 
Nur Hazzarina Jimie - JSM
2. Atlet : Lelaki - 8 Wanita - 5
LATIHAN
1. Latihan Teknik
2. Latihan di Kolam

UJIAN
Tiada ujian dijalankan

PERTANDINGAN
Tiada kejohanan disertai

PERALATAN
Semua peralatan dalam keadaan baik.

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada perancangan program binaan.

ULASAN

1. Sesi latihan yang dijalankan adalah latihan bulanan. Sesi latihan dipimpin oleh jurulatih Nur Hazzarina.

2. Untuk makluman JPM Rossarisham dipilih sebagai juri bagi Temasya YOG 2018 yang berlangsung di Argentina sehingga 20.10.2018.

3. Keadaan kolam terjun agak tidak memuaskan disebabkan pam mengalami kerosakan dan sedang dibaiki. Akan tetapi atlet terjun masing boleh menjalankan latihan dan menggunakan kolam.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Terjun
Tarikh : 10.10.2018

Thursday, October 4, 2018

PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING SELANGOR

SUKAN : TENPIN BOLING

Tarikh : 02.10.2018
Masa : 8.30 Malam - 10.30 Malam
Tempat : Ampang Superbowl Sumiit USJ, Subang Jaya

Kehadiran :
1. 
En. Mustafa Yassin - JSM
2. Pn. Nor Syakilla - JSM
3. Atlet : Lelaki - 3 / Wanita - 2

LATIHAN
1. Latihan Teknik
2. Sparring Tournament

UJIAN
Tiada ujian dijalankan

PERTANDINGAN
Kejohanan Tenpin Bowling Sportexcel Putrajaya Leg 2018


PERALATAN
Dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada perancangan program binaan.

ULASAN

1. JSM memaklumkan latihan lebih kepada persediaan bagi menjalani pertandingan yang akan datang

2. Jumlah kehadiran berkurang disebabkan beberapa orang atlet menjalani peperiksaan PT3 dan peperiksaan akhir tahun.

3. Jurulatih dan ibubapa atlet mengharapkan program USPTN dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa-masa akan datang demi kelangsungan pembangunan sukan di Negeri Selangor dan Negara Malaysia.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Tenpin Boling
Tarikh : 04.10.2018

Friday, September 7, 2018

PEMANTAUAN BULANAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN TERJUN SELANGOR

SUKAN : TERJUN

Tarikh : 06.09.2018
Masa : 4.00 Petang - 8.00 Malam
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam

Kehadiran :
1. Rossharisham Roslan - JPM
2. Zhang Wei - JLN (Negeri)
3. Nur Hazzarina Jimie - JSM
4. Atlet : Lelaki - 9 Wanita - 7

LATIHAN
1. Latihan Teknik
2. Latihan di Kolam

UJIAN
Tiada ujian dijalankan

PERTANDINGAN
Tiada kejohanan disertai

PERALATAN
Semua peralatan dalam keadaan baik.

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada perancangan program binaan.

ULASAN

1. Sesi latihan yang dijalankan adalah latihan bulanan. Jurulatih memaklumkan sesi latihan persediaan untuk SUKMA dijalankan oleh Jurulatih Zhang Wei dan Jurulatih Rossarisham.

2. Sesi latihan pelapis dijalankan oleh jurulatih Nur Hazzarina.

3. Pihak Persatuan memaklumkan bahawa beberapa orang atlet dan semua jurulatih akan menyertai SUKMA pada 13hb September 2018 sehingga 23hb September 2018 yang akan berlangsung di Ipoh, Perak.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Terjun
Tarikh : 07.09.2018

PEMANTAUAN PLN PELAYARAN USPTN SELANGOR


SUKAN : PELAYARAN
tarikh : 1.9.201
Masa : 7.00am - 5.00pm
Tempat : Pusat Latihan Pelayaran Selangor Batu Laut
Kehadiran :
1. En. Amirul muzammil (JSM)
2. Sharil Abd Razak (JPM MSNS)
2. 8 atlet wanita 8 atlet lelaki

LATIHAN
1. Warm up
2. Teori
2. Optimist
3. Laser

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
SUKMA 2018


PERALATAN
Layar koyak

KECEDERAAN
Tiada.

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Hari ini latihan dijalankan seperti biasa. Atlet PLN yang akan mewakili Selangor dalam SUKMA sedang giat menjalani persiapan akhir bagi temasya tersebut. 

Abd Latif Arshad
PPN Selangor



Sent from Samsung Mobile

Wednesday, August 29, 2018

PEMANTAUAN BULANAN PLN SUKAN TENPIN BOLING SELANGOR

SUKAN : TENPIN BOLING

Tarikh : 28.08.2018
Masa : 8.30 Malam - 10.30 Malam
Tempat : Ampang Superbowl Subang, Summit USJ

Kehadiran :
1. 
En. Mustafa Yassin - JSM
2. Atlet : Lelaki - 3, Wanita - 1

LATIHAN
1. Latihan Teknik
2. Sparring Tournament

UJIAN
Tiada ujian dijalankan

PERTANDINGAN
Kejohanan Sportexcel Tenpin Bowling Johor Leg 2018


PERALATAN
Dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada perancangan program binaan.

ULASAN

1. Sesi latihan yang dijalankan adalah latihan bulanan dan jurulatih memaklumkan semasa kejohanan yang lepas banyak kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh atlet.

2. Pasukan Selangor menyertai Kejohanan Sportexcel Tenpin Bowling Johor Leg pada 16hb hingga 19hb Ogos 2018 yang bertempat di Ampang Superbowl Kluang, Johor Baharu.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Tenpin Boling
Tarikh : 29.08.2018

PEMANTAUAN PLN SUKAN SKUASY SELANGOR

SUKAN : SKUASY

Tarikh : 28.08.2018
Masa : 5.00 Petang - 8.00 Malam
Tempat : SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya

Kehadiran :
1. En.Calvin Chang Chen Chong - JSM
2. Atlet : 9 Lelaki, 6 Wanita

LATIHAN
1. Latihan Kecergasan
2. Latihan Teknik
3. Sparing

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada kejohanan yang disertai

PERALATAN
Semua dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada dalam perancangan

ULASAN

1. Sesi Latihan yang dijalankan adalah bulanan biasa.

2. Jurulatih memaklumkan beliau dilantik sebagai Pengurus Pasukan Skuasy SUKMA Selangor dan akan ke Perak. Makluman pergerakan akan diberitahu kelak.

3. Kehadiran atlet bagi sesi latihan memuaskan.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Selangor Skuasy
Tarikh : 29.08.2018

Tuesday, August 28, 2018

GIMRAMA : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 03/08 )


Tarikh    :  25hb Ogos 2018 ( Sabtu )
Tempat  :  Dewan latihan Gimrama, Seksyen 6, Shah Alam.
Masa latihan : 11.30 - 3.30 Petang                                                                                                                                                      Masa pemantauan : 11.30 - 12.30 tengah hari             

Kehadiran 

1)  Cik Makoto Sato ( JPM )
2)  Atlet : 9 Orang








Program Latihan 

- Latihan secara individu.

Ujian

- Tiada.

Pertandingan

Tiada pada bulan Ogos.

Peralatan 

- Jurulatih dan atlet menggunakan kemudahan yang sedia ada di pusat latihan


Kecederaan

- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan

- Tiada

Ulasan  
- Atlet dan jurulatih telah bekerjasama membersihkan dewan sebelum memulakan latihan.

- Jurulatih telah memaklumkan beberapa kerosakan kemudahan yang terdapat di dewan.

- Jurulatih memaklumkan yang beliau bersama atlet akan menjalani latihan pusat sebagai persediaan akhir sebelum menjelang SUKMA di dewan latihan gimrama, Kompleks Sukan Seksyen 6.
- Untuk makluman, dewan latihan ini terpaksa digunakan memandangkan pusat latihan asal yang bertempat di SJKC Serdang, digunakan bagi aktiviti sekolah tersebut.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Menembak, Gimrama dan Tinju

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562

Friday, August 24, 2018

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN TERJUN SELANGOR











SUKAN : TERJUN

Tarikh : 23.08.2018
Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam

Kehadiran :
1. Rossharisham Roslan - JPM
2. Zhang Wei - JLN (Negeri)
3. Nur Hazzarina Jimie - JSM
4. Atlet : Lelaki - 10 Wanita - 8

LATIHAN
1. Latihan Teknik
2. Latihan di Kolam

UJIAN
Pasukan telah menjalani ujian kecergasan pada 21.08.2018 di Pusat Sukan MSNS Seksyen 6, Shah Alam

PERTANDINGAN
Tiada kejohanan disertai

PERALATAN
Semua peralatan dalam keadaan baik.

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada perancangan program binaan.

ULASAN

1. Sesi latihan yang dijalankan adalah latihan bulanan. Jurulatih memaklumkan sesi latihan semasa cuti sekolah ditukar pada sesi pagi 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari dan sesi petang pada 4.00 Petang hingga 8.00 Malam. Sesi latihan tersebut hanya untuk waktu cuti persekolahan sahaja.

2. PPN mengadakan Ujian Kecergasan pada 21.08.2018 bertempat di Pusat Sukan MSNS Seksyen 6, Shah Alam dikelolakan oleh Unit Sains Sukan MSN Selangor. Seramai 15 orang atlet menyertai ujian tersebut. Laporan prestasi masih belum diperolahi dari pihak unit.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Terjun
Tarikh : 24.08.2018

TINJU : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( Bil 01/08 )


Tarikh : 20hb Ogos 2018 (  Isnin )
Tempat : Pusat Latihan Tinju , Sungai Besar Selangor.
Masa : 9.45 -11.30 Pagi.

Jenis Ujian : 
1) 1 minit push up.
2) 1 minit sit up.
3)  Squat.
4)  Shuttle Run.

Kehadiran :

1) Encik Kamal Bin Arshad ( JSM )
2) Encik Nazri Bin Jamaloddin ( JSM )
3) Encik Saifullah Hashim ( JSM memanah )
4) Atlet : 25 orang ( 9 tinju dan 16  memanah )
5) Suhana Suhaili ( PPN )
6) Encik Ayman dan Encik Haziq ( MSN Selangor )












Ulasan :

- Ujian kecergasan ini telah dikendalikan oleh dua kaitangan dari Unit Sains Sukan & Kejurulatihan MSN Selangor.
- Seramai 16 orang atlet memanah dari Pusat Latihan Daerah Sabak Bernam ( SMK Bagan Terap ) menyertai ujian kecergasan ini.
- Jurulatih memaklumkan ada atlet  yang tidak dapat hadir menyertai ujian ini kerana komitmen keluarga bersempena dengan cuti persekolahan.
- Secara keseluruhan, ujian yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul jam 11.30 pagi

Sekian, untuk laporan.