Wednesday, December 31, 2014

KEM TAHUNAN PELAPIS : USPTN SELANGOR 2014

TARIKH    :  22 - 24 DISEMBER 2014
TEMPAT    : KEM SUNGAI LOPO, HULU LANGAT SELANGOR
PESERTA  : 46 ATLET DAN 6 PEGAWAI













Kem tahunan kali ini telah menghimpunkan seramai 49 orang atlet dari beberapa jenis sukan dengan diiringi 6 orang pegawai Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor. Kem ini telah dikendalikan oleh Team Explora yang mengaplikasikan slogan See, Hear.Do.

Walaupun cuaca sekali sekala hujan sepanjang 3 hari 2 malam kem ini dijalankan, ianya tidak menganggu perjalanan program yang telah dijadualkan. Para atlet telah di uji ketahanan fizikal dan mental mengharungi cabaran "Jungle Trekking" pada hari kedua di mana mereka meredah hutan dalam keadaan basah hujan, kemudian menguji kesabaran dan kesepakatan mereka dalam berkumpulan selaku menjalani aktiviti 'survival cooking'.

Hari ketiga dan terakhir kem, para peserta masih berkesempatan menjalankan aktiviti mereka bersama Team Explora, basah lecak dan kotoran, mereka diarah untuk baring di situ.  :)







Bagi Perasmian Penutup Kem Tahunan Pelapis 2014, ianya telah disempurnakan oleh tuan Pengarah Eksekutif , Encik Shamsul Shahril $Badliza Bin Mohd Nor. Amanat dan kata-kata pembakar semangat telah diberikan oleh tuan Pengarah kepada atletatlet yang menyertai kem kali ini.

Terima kasih diucapkan kepada tuan Pengarah Eksekutif erana sudi menyempurnakan Majlis Penutup Kem Tahunan Pelapis 2014 ini.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR'
Sukan Tenpin Boling, Taekwondo, Pelayaran dan Memanah.

Tuesday, December 30, 2014

SEPAK TAKRAW : LAPORAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW REMAJA KEBANGSAAN SIRI 3/2014

Assalamualaikum dan  selamat sejahtera.
Tarikh   : 21-24 Disember 2014
Tempat :  Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan

Keputusan rasmi atlet Sepaktakraw Selangor bagi kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan Siri 3/2014
Bagi acara Antara regu bawah 18 lelaki dianggotai :-

1) Muhammad Zharif bin zahari (17)
2) Muhammad Rafiqin bin Muhd Razali (16)
3) Muhammad Azhar bin Abu Bakar (16)
4) Muhammad Amirul Aizam bin Azman (16)
5) Muhammad Syafie bin Sulaiman (16)

Hari pertama 22/12/14 peringkat kumpulan
SELANGOR lawan TERENGGANU
SELANGOR  (2) – (1)

Hari kedua 23/12/14  Suku Akhir
SELANGOR lawan PERAK
SELANGOR menang (2) – (1)
Separoh Akhir
SELANGOR lawan Melaka
SELANGOR (2 ) – (0)

Hari ketiga 24/12/14
Pelawanan Akhir bawah 18 SELANGOR lawan TERENGGANU
SELANGOR menang (2) – (0)

Bagi acara Antara regu bawah 21 lelaki dianggotai :-

1) Muhammad Haiqal bin Damanhuri (20)
2) Muhammad Shahrul Nizam bin Mohmad (16)
3) Syameer Aizat bin Mohd Ali Abas (18)
4) Khairul Amirul bin Abdul Rahman

Hari pertama 22/12/14
Pada peringkat kumpulan SELANGOR lawan TERENGGANU
SELANGOR tewas  (0) – (2)

Hari kedua 23/12/14 Suku akhir
SELANGOR lawan NEGERI SEMBILAN
SELANGOR tewas (1) – (2)


Bagi acara Double lelaki dianggotai :-

1) Muhammad Shahruddin Hafiz bin Zainuddin (18)
2) Muhammad Syyameer Zikri bin Damanhuri (14)
3) Nur Hidayat Ar Rasyid (18)

Hari pertama 22/12/14
SELANGOR lawan JOHOR TANGKAK
SELANGOR menang (2) – (1)

Hari kedua 23/12/14 Suku akhir
SELANGOR lawan PERAK
SELANGOR tewas (1) – (2)

Secara rasminya kontinjen SepakTakraw Negeri Selangor dapat membawa pulang emas bagi acara Regu Bawah 18 di kejohanan kali ini. Keputusan ini amat membanggakan yang mana kesemua atlet Selangor telibat dalam Sukan Selangor (SUKSES) sehari sebelum kejohanan bermula, faktor kepenatan bermain berturut-turut  menyumbang kepada prestasi atlet.

Sekian, untuk laporan

MOHD NAZRIN BIN ABDUL RAHMAN
PPN USPTN SELANGOR

--

Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

KEM TAHUNAN PELAPIS NEGERI SELANGOR 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia. 
Adalah dimaklumkan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor (USPTN) dengan kerjasama Explora Sdn Bhd telah menganjurkan Kem Tahunan Pelapis Negeri Selangor 2014 pada 22hb - 24hb Disember 2014 bertempat di Kem Sungai Lopo, Hulu Langat, Selangor.
Peserta kem ini terdiri daripada 48 orang atlet dibawah program Pelapis Negeri, 6 orang kakitangan USPTN Selangor dan dibantu oleh 10 orang pelatih dari Explora Sdn Bhd. Antara sukan-sukan yang terlibat adalah seperti Sukan Tenis, Terjun, Taekwando, Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Menembak, Tenpin Boling, Pelayaran dan Tinju.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini adalah Ice Breaking, Jungle Tracking, Survivor Cooking dan banyak lagi. Majlis penutup di sempurnakan oleh Pengarah Eksekutif MSN Selangor Encik Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor pada hari terakhir kem.
Pihak Unit mengucapkan terima kasih kepada ibubapa atlet kerana membenarkan anak mereka menyertai kem ini tidak lupa juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem kali ini sehingga kita berjumpa lagi pada kem-kem yang akan datang.
Sekian.
' SELANGOR PENERAJU KECEMERLANGAN SUKAN '
' KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN '

Friday, December 12, 2014

Pemantauan PLN Menembak Selangor

SUKAN : MENEMBAK
Tarikh : 12.12.2014
Masa : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Lapangsasar Menembak Kebangsaan, Subang
Kehadiran :
1. Azmi Zakaria - JPM
2. Shakimi Mohamed - JPM (MSN Selangor)
3. Atlet - Lelaki - 10 Wanita - 1
LATIHAN
1. Dry fire - 45 minit / 30 Shot
2. 10M Air Pistol & Air Rifle (Lelaki - 60 Shot & Wanita - 40 Shot)
3. 50M 3 Position Rifle & 50M Pistol
UJIAN
Tiada
PERTANDINGAN
Seramai 12 orang atlet dari sukan menembak mewakili negeri Selangor telah menyertai Kejohanan Menembak  2014 yang diadakan pada 1 - 5 Disember 2014 yang lalu di Lapangsasar Menembak SUKPA, Kuantan, Pahang
PERALATAN
Perlu penambahan peralatan alat ganti senjata.

KECEDERAAN
Beberapa orang atlet mengalami demam dan selsema
PROGRAM BINAAN
Pasukan Menembak akan mengikuti Kem Tahunan USPTN Selangor yang akan diadakan pada 22-24 Disember 2014 di Hulu Langat, Selangor
ULASAN
1. Perbincangan diadakan mengenai prestasi semasa atlet.
2. PPN memaklumkan kepada jurulatih akan membuat beberapa pembelian peralatan dan berbincang mengenai peralatan yang penting untuk dibeli.
3. Beberapa atlet yang menduduki peperiksaan SPM telah pun memjalani latihan semula.
Sekian terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Menembak Negeri Selangor
Tarikh: 12.12.2014

Sunday, December 7, 2014

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN RENANG

SUKAN: Renang
Tarikh : 06.12.2014
Masa : 8.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan
Kehadiran :
1. Ong Jin Kooi - JPM
2. Mark Chua Yu Foong - JSM
3. Atlet - 20 lelaki 20 Wanita
LATIHAN
1. Larian 10 Pusingan Kolam Latihan
2. 10 x 50 Meter - Bebas / Kuak Dada / Kuak Lentang / Kupu-kupu
UJIAN
Tiada
PERTANDINGAN
Tiada
PERALATAN
Semua dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan pada atlet.
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1. Latihan dijalankan dengan baik dan lancar.
2. Kolam latihan masih digunakan oleh orang awam, permohonan penggunaan telah di pohon kepada MBSA.
Sekian terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Renang Negeri Selangor
Tarikh: 06.12.2014