Monday, September 30, 2013

ANGKAT BERAT :KEJOHANAN ANGKAT BERAT PELAPIS SELANGOR 2013








Tarikh : 28hb Sept 2013
Tempat : SMK Raja muda Musa

Seramai 37 org atlet dari 3 pusat latihan telah berkampung di SMK Raja Muda Musa bg menyertai kejohaan ini.14 org dari pusat latihan after school SMK Meru, 11 org dari pusat latihan SMK Raja muda Musa dan 12 org dari pusat latihan Batu 18 Hulu langat.

Tujuan kejohanan ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet yg belum pernah menyertai kejohanan untuk merasai suasana kejohanan sebenar. Selain itu juga adalah untuk persiapan bagi kejohanan Angkat berat Peringkat umur di putrajaya Oktober ini

Abd Latif Arshad
PPN Selangor

TENPIN BOLING :UJIAN SPESIFIK ATLET TENPIN BOLING, USPTN SELANGOR

Tarikh          :  26hb September 2013  ( Khamis )
Tempat         :  Shalin's@Space U8 Shah Alam, Selangor
Masa            :  8.00  - 10.00 Malam 
Kehadiran    :  7 orang atlet dan jurulatih.









Ulasan :

Seramai 7 orang atlit tenpin boling, USPTN Selangor telah menjalani ujian spesifik  (Sparring Pin 7 dan 10). Kehadiran atlit didapati kurang kerana sebahagian daripada mereka sedang dalam persiapan menghadapi ujian dan peperiksaan peringkat sekolah.

Atlit telah di uji untuk membuat sebanyak 30 balingan bagi setiap pin 7 dan 10. Hasil keputusan ujian yang saya perolehi dan daripada maklumbalas jurulatih, atlit didapati baik dalam membuat balingan ke pin 7 berbanding pin 10. Ujian yang dijalankan  turut diperhatikan oleh jurulatih pasukan SUKMA Tenpin Boling Negeri Selangor, Puan Shalin Zulkifli.

Ujian Spesifik seterusnya akan di adakan pada 30hb September 2013 ( Isnin ).

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHANA 
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Tenpin Boling, Gimnastik Artistik & Gimrama dan Taekwondo

GIMNASTIK ARTISTIK :LAWATAN PLN GIMNASTIK ARTISTIK SHAH ALAM

Tarikh         :   24hb September 2013 ( Selasa )
Masa          :   4.30 - 5.30 Petang
Tempat       :  Dewan Sukan Gimnastik Artistik, Kompleks Sukan SUKSES, Shah Alam
Kehadiran  :   3 Orang Atlit dan seorang jurulatih.












Ulasan :

Lawatan saya ke PLN pada waktu ini lebih kepada ingin berjumpa dengan jurulatih dan membincangkan tentang peralatan di dewan latihan. Sebab itu pada masa kehadiran saya ke sini, hanya 3 orang sahaja atlit yang baru sampai iaitu pada sekitar jam 4.30 petang. Saya mengambil sedikit masa jurulatih untuk berbincang sebelum kehadiran lebih ramai atlit ke sesi latihan sekitar jam 5.30 petang ke atas.

Menurut jurulatih, kebanyakan peralatan yang terdapat di sini telah berusia lebih dari 10 tahun. Ada antaranya yang telah usang. Sebagai contoh, peralatan kekuda berpelana didapati goyang. Dapat dilihat di gambar juga , keadaan pit yang tidak mempunyai span yang cukup untuk memenuhi  ruang, amat dikhuatiri boleh mendatangkan kecederaan kepada atlit yang berlatih. Perkara ini telah dimaklumkan ke pihak Majlis Sukan Negeri Selangor dan usaha ke arah pembaikan dan penggantian peralatan yang telah rosak, masih dalam proses.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Tenpin Boling dan Taekwondo








Monday, September 23, 2013

MEMANAH :KLINIK PELAPIS MEMANAH NEGERI SELANGOR 2013

Tarikh : 21 September 2013

Tempat : Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Jumlah Penyertaan : 85 orang






Program yang diadakan ini mendapat kerjasama dari Persatuan Memanah Selangor dan Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Selangor.

Pengajaran dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu peserta dibawah 12 tahun dan 13 tahun keatas. Jurulatih telah mengenalpasti beberapa orang atlet wanita yang berpotensi untuk dimasukkan dalam program pelapis. Guru-guru juga menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari sukan ini.

Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah sepanjang program ini dijalankan. Semoga program seumpama ini dapat dianjurkan di masa dan tempat yang lain lagi bagi misi mencari atlet memanah bertaraf dunia dapat dihasilkan.

sekian, harap maklum

NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

Friday, September 20, 2013

PELAYARAN :KEJOHANAN SELANGOR CLOSE REGATTA 2013 / SIPUT CUP

Tarikh : 14 - 15 September 2013
Masa : Sepanjang Kejohanan
Tempat : Pusat Latihan Pelayaran Negeri, Batu Laut, Kuala Langat

Jumlah Penyertaan : 1. Selangor ; 17 orang
                               2. Putrajaya : 8 orang

Kejohanan yang diadakan selama dua hari ini turut disertai Kelab Perahu Layar Putrajaya dan sebanyak 6 perlumbaan berjaya diadakan.

Juara keseluruhan dan seterusnya memperolehi piala pusingan 'Siput Cup' adalah pasukan Selangor

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga dapat diadakan lebih kerap lagi bagi memastikan atlet-atlet baru turut mendapat merasai suasana pertandingan dengan peruntukkan yang kecil.

sekian, harap maklum


--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR




GIMRAMA :Pemantauan Pusat Latihan Gimrama : SJKC Taman Rashna Klang, Selangor







 TARIKH     : 19HB SEPTEMBER 2013 ( KHAMIS )
 MASA        : 10.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
TEMPAT     : SJKC TAMAN RASHNA, KLANG SELANGOR.
JUMLAH KEHADIRAN : Cik Hew Wan Ting ( Jurulatih ) bersama pembantu jurulatih & 13 orang atlit.

Ulasan :

Cik Hew Wan Ting merupakan jurulatih sambilan sukan gimrama USPTN Selangor yang baru sahaja dilantik bermula bulan Julai 2013. Seramai 13 orang atlit menjalani latihan semasa pemantauan ini dilakukan. Dikhabarkan, atlit pada masa ini sedang menjalani latihan sebagai persediaan bagi kejohanan terdekat sukan ini yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada bermula 4hb Oktober 2013.

Pusat latihan ini juga bakal dibekalkan dengan bantuan peralatan ( Bola, Gelung, Belantan & Riben ) oleh pihak Cawangan Pelapis, MSNM.

Berikut adalah jadual latihan bagi pusat latihan ini :

Selasa, Khamis dan Jumaat : 
                                            Sesi Pagi : 9.00 hingga 11.30 Pagi
                                            Sesi Petang : 2.00 hingga 5.30 Petang

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Tenpin Boling dan Taekwondo

Thursday, September 19, 2013

GIMNASTIK :Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik : Dewan Gimnastik Shah Alam, Selangor






TARIKH   : 8HB SEPTEMBER 2013 ( AHAD )
MASA      : 12.00 TENGAH HARI - 2.00 PETANG
TEMPAT  : DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK, KOMPLEKS SUKAN SUKSES SHAH ALAM.
JUMLAH KEHADIRAN : Cik Norhasleen Fatihin dan 6 orang atlit

Ulasan :

Cik Norhasleen Fatihin baru sahaja dilantik menjadi Jurulatih Sambilan sukan gimnastik artistik USPTN Selangor bermula pada bulan Julai 2013. Beliau menggantikan tempat Cik Cheong See Teng jurulatih terdahulu yang telah meletak jawatan pada 2012. Kini, seramai 15 orang atlit dibawah kendalian jurulatih ini iaitu 10 wanita dan 5 lelaki. Dengan dibantu oleh jurulatih-jurulatih dari Persatuan Gimnastik Amatur Selangor, sesi latihan dilihat berjalan dengan lancar.

Atlit kini sedang dalam persiapan latihan bagi menghadapi Kejohanan Sportexcel Gimnastik Artistik yang akan di adakan pada 15 - 16 November 2013.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Tenpin Boling dan Taekwondo

TAEKWONDO :KEJOHANAN DALAMAN SUKAN TAEKWONDO SELANGOR 2013







TARIKH           : 8HB SEPTEMBER 2013 ( AHAD )
MASA               : 2.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT          : DEWAN TEMPUR, KOMPLEKS SUKAN SUKSES 
                             SEKSYEN 6, SHAH ALAM SELANGOR.
KEHADIRAN   : 2 JURULATIH DAN 20 ORANG ATLIT TAEKWONDO USPTN SELANGOR

Ulasan:

Kejohanan dalaman yang di adakan dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Selangor ini adalah bertujuan untuk membuat pemilihan atlit bagi penyertaan ke Kejohanan  Taekwondo Remaja Kebangsaan 2013 yang akan di adakan pada 11-13hb Oktober 2013, Shah Alam. Dimaklumkan juga pemilihan awal bagi atlit yang berpotensi untuk diserapkan ke pasukan sukan taekwondo negeri Selangor bagi persediaan SUKMA 2014 kelak.

Bukan hanya terhad dikalangan atlit Pelapis negeri sahaja, malah kejohanan dalaman ini turut terbuka pada atlit-atlit dibawah kedalian kelab sukan taekwondo negeri. Agar tidak menghadkan hanya mereka yang berada dalam program Pelapis, mereka yang di luar program juga masih turut mempunyai peluang bersaing bagi merebut slot ke Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan 2013 mahupun SUKMA 2014!

Semoga Berjaya bagi atlit yang terpilih!!

Sekian, untuk laporan
\\
SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Taekwondo dan Tenpin Boling.

GIMNASTIK ARTISTIK :Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik : SJKC Yuk Chai, Kelana Jaya Selangor.








TARIKH  : 3HB SEPTEMBER 2013 ( SELASA )
MASA     : 1.00 - 2.30 PETANG
TEMPAT : SJKC YUK CHAI, KELANA JAYA
JUMLAH KEHADIRAN : Encik Wan Akmal Hakim ( Jurulatih ) & 6 orang atlit

Ulasan :
Pemantauan kali ini dibuat sempena dengan kehadiran Puan Nazlin Shima, Pengurus Sukan dari Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara yang membuat lawatan ke pusat-pusat latihan USPTN Selangor sekitar Shah Alam, Subang dan Kelana Jaya.

Semasa lawatan ke pusat latihan ini, sesi latihan yang dijalankan adalah pada sebelah petang iaitu pada jam 1.00 - 3.00 Petang. Atlit yang bersekolah sesi pagi akan diberi masa untuk makan dan mempersiapkan diri sebelum latihan dimulakan pada sekitar jam 1,30 petang. Latihan berjalan dengan lancar dan atlit memberikan komytment yang baik dalam menjalani latihan.

Puan Nazlin Shima berkesempatan untuk berjumpa dengan jurulatih memperjelas dan membincangkan beberapa perkara yang perlu disampaikan kepada jurulatih.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nazlin Shima yang telah sudi meluangkan masa beliau untuk membuat lawatan pusat latihan USPTN Selangor pada 3hb sehingga 5hb September 2013.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artsitik & Gimrama, Tenpin Boling dan Taekwondo