Showing posts with label SUKMA 2011. Show all posts
Showing posts with label SUKMA 2011. Show all posts

Monday, June 20, 2011

MAJLIS MERAIKAN KONTINJEN SELANGOR SUKMA 2011

TARIKH : 17HB JUN 2011 ( JUMAAT )
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : KEDIAMAN RASMI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR














Majlis meraikan kontinjen Selangor SUKMA 2011 telah disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor pada 17hb Jun 2011. Seluruh kontinjen SUKMA Selangor 2011 yang dianggarkan seramai 300 orang telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

Syabas dan tahniah kepada seluruh kontinjen Negeri Selangor !

Tuesday, June 14, 2011

WARNA WARNI SUKMA 2011

TARIKH : 02-12HB JUN 2011
TEMPAT : KUALA LUMPUR.






Kejohanan SUKMA XIV telah di adakan dengan jayanya dari 02-12hb Jun 2011. Upacara perasmian pembukaan telah berlangsung meriah dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia Dan Sukan, Dato Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara serta beberapa kenamaan yang lain.

Kontinjen Negeri Selangor menduduki tempat kedua dengan meraih pingat 26 Emas, 18 Perak dan 28 Gangsa melepasi sasaran 21 emas dalam kejohanan SUKMA edisi Ke-14 kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kontinjen Selangor! InsyaAllah, kita jumpa di Negeri Pahang bagi edisi SUKMA ke-15 tahun 2012 :)

Monday, May 30, 2011

PERJUMPAAN KHAS BERSAMA PENGARAH EKSEKUTIF

TARIKH : 30HB MEI 2011 ( ISNIN )
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SUKSES MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

MASA : 2.00 - 3.15 PETANG.







Perjumpaan khas bersama Encik Norzamri Bin Ishak, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor ini di adakan bersempena Kejohanan SUKMA XIV yang akan berlangsung tidak lama lagi. Makluman-makluman penting daripada setiap Ketua Jawatankuasa turut disampaikan pada sesi ini.

Encik Norzamri memaklumkan 2 tarikh penting yang berlaku dalam masa terdekat ini adalah Mesyuarat Ketua-Ketua Kontinjen negeri-negeri bersama dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang akan diadakan pada 31hb Mei 2011. 1hb Jun 2011 pula adalah Perjumpaan kontinjen negeri Selangor bersama dengan Dato' Menteri Besar Selangor yang dijangka akan di adakan di perkampungan sukan, UKM Bangi.
Sebelum perjumpaan ditangguhkan, Encik Norzamri Bin Ishak mengucapkan selamat bertugas kepada semua kakitangan MSNS yang terlibat dalam kejohanan SUKMA XIV .

Tuesday, May 24, 2011

LAWATAN KE PERKAMPUNGAN SUKAN SUKMA XIV,KUALA LUMPUR


TARIKH : 23HB MEI 2011 ( ISNIN )
TEMPAT : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI SELANGOR
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI






Majlis Sukan Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke perkampungan sukan SUKMA XIV, Kuala Lumpur yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Norzamri Bin Ishak, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor bersama dengan 32 orang pegawai dan kakitangan MSNS.

Kami berkesempatan untuk bersalaman dengan YBhg. Dato Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBhg Dato' Hj. Ab Jalil Hj Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan, Encik Abdul Rashid Bin Yaakub, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, beberapa orang pegawai dan kakitangan daripada Majlis Sukan Negara yang kebetulan turut berada di sana bagi satu acara lawatan dan sidang media.

Peluang yang ada juga turut dimanfaatkan oleh semua Jawatankuasa Kontinjen Negeri Selangor untuk berjumpa dengan sekretariat SUKMA XIV, Majlis Sukan Negara dan mendapatkan info-info terkini bagi persiapan menghadapi kejohanan SUKMA XIV yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan kita jumpa di SUKMA XIV Kuala Lumpur nanti :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

Tuesday, May 3, 2011

Kem InterAKTIF Kontinjen Negeri Selangor Sukma XIV 2011

TARIKH : 30HB APRIL - 1HB MEI 2011
TEMPAT : KEM BINA SEMANGAT,YAYASAN SELANGOR
AMPANG PECAH, KUALA KUBU BARU










Kem InterAKTIF Kontinjen Negeri Selangor Sukma XIV 2011 ini telah melibatkan seramai lebih kurang 300 peserta merangkumi atlet dari pelbagai sukan, pegawai dan kakitangan MSN Selangor. Program kem ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh beberapa individu kenamaan yang lain.

Objektif program kem ini dijalankan adalah sebagai persediaan mental serta fizikal semua atlet sebelum menghadapi Kejohanan Sukma XIV yang bakal diadakan pada 2hb hingga 12hb Jun 2011, Bukit Jalil.

Semoga berjaya di ucapkan kepada Kontinjen Negeri Selangor di Kejohanan Sukma XIV nanti :)