Wednesday, April 29, 2015

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DI BATU 18, HULU LANGAT.

TARIKH   : 28HB APRIL 2015 ( SELASA )
TEMPAT   : PUSAT LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT,
MASA      : 11.30 PAGI - 1.30 PETANG







Lawatan ke pusat latihan kali ini adalah untuk menghantar satu unit cermin ke pusat latihan di Batu 18, Hulu Langat. Set cermin ini adalah daripada peruntukan pembelian peralatan pada tahun 2014. Kesempatan yang ada, PPN bersama dengan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Majlis Sukan Negeri Selangor, En Haziq telah mengambil peluang untuk berbincang dengan jurulatih , Encik Naharuddin Bin Mahayuddin berkenaan program bagi tahun 2015.

Antara perbincangan :

1) Cadangan untuk mengadakan Kejohanan Tertutup antara sekolah dan pusat yang melibatkan  sukan Angkat Berat antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor dan juga pusat latihan di Batu 18, Hulu Langat ini.

2) Perbincangan mengenai penempatan atlet yang berlatih di Batu 18, Hulu Langat apabila bermulanya kerja penambahbaikan pusat latihan ini yang dijangka akan dijalankan pada bulan Mei 2015.

3) Saranan daripada jurulatih agar pusat latihan SMK Bestari Jaya dapat menghantar atlet ke kejohanan yang akan datang. Begitu juga penyertaan dari sekolah yang mempunyai sukan angkat berat.

4) Cadangan bagi perlaksanaan ujian kecergasan bagi atlet sukan angkat berat .

Terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Selangor kerana telah membantu dalam proses penghantaran set cermin ke pusat latihan ini.


Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik dan Angkat Berat


Monday, April 27, 2015

PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA

Tarikh    : 25/4/2015
Masa     : 10.00 Pagi
Tempat  :  SJK (C) YUK CHAI

KEHADIRAN 
1. Chen Fon Tin - JSM
2. Atlet – 18  WANITA

LATIHAN
1.Physical Exercise
2.Floor Exercise

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada
PERALATAN
1) Peralantan latihan dan gelanggang gimrama berkeadaan baik.
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1. Latihan berjalan lancar seperti biasa tanpa sebarang masalah.


--

Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK

Tarikh               : 26/4/2015
Masa                : 10.00 Pagi
Tempat             :  SJK (C) YUK CHAI

KEHADIRAN 
1.Onn Kwang Tung (JMSNS)
2. Wan Mohamad Akmal Hakim (JSM)
3.Kwan Yao Xuen – (JSM)
2. Atlet – 34  (12 L) (22 W)

LATIHAN
1. Senaman Lantai
2. Batang Titian
3. Palang Tunggal
4. Melombol

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
1) Peralantan latihan dan gelanggang gimnastik berkeadaan baik
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1.Latihan berjalan lancar seperti biasa tanpa sebarang masalah.

--

Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

KEJOHANAN DALAMAN SUKAN GIMRAMA SIRI 1/2015

TARIKH           : 12hb April 2015 (Ahad)
MASA              : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
TEMPAT          : SJKC Yuk Chai, Taman Megah, Petaling Jaya Selangor
KEHADIRAN   : 42 Atlet, 8 Hakim, 4 Jurulatih & 3 Urusetia.

Kejohanan Dalaman ini di adakan adalah untuk memilih atlet yang berkelayakan untuk menyertai Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaan yang akan di adakan pada 4 - 8 Mei 2015 bertempat di MSN Bukit Jalil, GIM 1, Kuala Lumpur. Beberapa orang atlet akan disenarai pendekkan untuk menyertai kejohanan tersebut.

--

Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

Thursday, April 23, 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (JKK) SUKAN ANGKAT BERAT BIL 1/2015

TARIKH   :  23HB APRIL 2015 ( KHAMIS )
TEMPAT  :  BILIK MESYUARAT SUKSES, MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR.
MASA      :  10.40 PAGI - 12.45 TENGAH HARI.









KEHADIRAN :

1) Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang - Pengerusi / Ketua Unit USPTN Selangor
2) Puan Harlisa Binti Rozikin - Ketua Unit Persediaan Atlet ( SUKMA ) MSN Selangor.
3) Haji Adzahar Bin Derani - Setiausaha Persatuan Angkat Berat Negeri Selangor.
4) Puan Sofia Nor Binti Molhit - Pengetua, SMK Abdul Jalil, Hulu Langat.
5) Puan Suhana Suhaili - PPN Sukan Angkat Berat USPTN Selangor.
6) Encik Azhar Bin Osman - Guru SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya.
7) Encik Naharuddin Bin Mahayuddin - Jurulatih Sepenuh Masa USPTN Selangor.
8) Encik Ahmad Fazlan Bin Ghazalli - Jurulatih Sambilan USPTN Selangor.
9) Encik Ahmad Ashriq Bin Aman - Kakitangan Institut Sukan Negara ( Cawangan Selangor )
10) Mohamad Khairul Imran Bin Tohar - Kakitangan Institut Sukan Negara ( Selangor )
11) Naim Rasyidi Bin Kamaluddin - Pembantu Tadbir USPTN Selangor.

PERBINCANGAN :

1) Pembentangan Struktur Terbaharu Program MSNM bagi tahun 2015 oleh Ketua Unit USPTNS.
2) Pembentangan Program Sukan Angkat Berat oleh PPN USPTN Selangor.
3) Cadangan kepada pihak SMK Abdul Jalil agar dapat menjadikan sukan angkat berat sebagai
    program kelab sukan di sekolah.
4) Penyelarasan jadual latihan bagi atlet menetap di asrama SMK Abdul Jalil.
5) Cadangan perlantikan Encik Shukor dan Encik Azhar untuk menjadi Pembantu Jurulatih di  Sekolah
     Kebangsaan Lubuk Kelubi, Hulu Langat dan juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda
     Musa , Bestari Jaya.
6) Cadangan bagi mengadakan Kejohanan Dalaman sebagai medan untuk para menguji kemampuan
     masing-masing dalam sukan ini.
7) Peranan Institut Sukan Negara dalam membantu program USPTN Selangor.
8) Pebincangan mengenai penyertaan atlet dari SMK Raja Muda Musa ke kejohanan -kejohanan yang
    di adakan.
9) Cadangan untuk mengadakan Kem selama 7 hari pada musim cuti sekolah yang akan datang.
10) Program SUKMA 2016.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir bagi menjayakan mesyuarat ini.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat dan Akuatik.


PROGRAM TID ( Talent Identification ) SUKAN TERJUN SIRI 2

TARIKH  : 22HB APRIL 2015 ( RABU )
TEMPAT  : SRJKC SUBANG, SELANGOR
MASA      : 2.30 PETANG
KEHADIRAN : 2 JURULATIH , 1 PPN













LAPORAN

Pencarian Bakat Baru bagi sukan terjun telah di adakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Subang, Selangor. Program ini mendapat kerjasama dan bantuan dari pihak sekolah yang mana telah dibantu oleh Encik Wong ( Penyelaras Ko Kurikulum )

Sejumlah 266 pelajar tahun 1 di Sekolah ini dan daripada jumlah itu, seramai 99 orang pelajar telah dikenalpasti oleh jurulatih , Encik Rossarisham dan Encik Li Boxu sebagai yang berpotensi untuk di ambil sebagai atlet sukan terjun.

99 orang ( 39 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan ) akan dijemput untuk hadir ke sesi Ujian Kecergasan yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Sukan Negara ( Selangor ) pada 16hb Mei 2015 nanti.

Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi peluang kepada Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor menjalankan program pencarian bakat ini.

Sekian.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat dan Akuatik

Wednesday, April 22, 2015

PEMANTAUAN PLN SUKAN OLAHRAGA SELANGOR

SUKAN : OLAHRAGA
Tarikh : 21.04.2015
Masa : 4.30 Petang - 6.30 Petang
Tempat : Stadium MBPJ, Petaling Jaya
Kehadiran :
1. Zolkifly Majid - JSM
2. Atlet - Lelaki - 10 Wanita - 7
LATIHAN
1. Warming Up
2. Joging - 1KM
3. Latihan Kemahiran & Teknik
4. Latihan Over Distance
UJIAN
Tiada
PERTANDINGAN
Seramai 12 orang atlet mewakili negeri Selangor akan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang 2015 pada 24 -26 April 2015 bertempat di Stadium Darul Makmur, Pahang.
PERALATAN
Dalam keadaan baik
KECEDERAAN
Kebanyakkan atlet masih dalam keletihan selepas menyertai Kejohanan MSSS Olahraga di UPM.
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1. Pemantauan ini disertai beberapa pegawai dari MSN Selangor.
2. Beberapa perbincangan dibuat dari segi latihan, statistik atlet & jurulatih dan prestasi atlet.
3. Beberapa orang atlet akan menjalani latihan pusat bagi menhadapi Kejohanan MSSM Sukan Olahraga yang akan diadakan pada bulan 12-17 Mei 2015 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
4. JSM Selangor En. Zolkifli Majid dipertanggungjawabkan menjadi Ketua Jurulatih bagi Pasukan Selangor untuk Kejohanan MSSM kali ini.
Sekian terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Olahraga Negeri Selangor
Tarikh: 22.04.2015

Tuesday, April 21, 2015

PROGRAM TID ( Talent Identification ) SUKAN TERJUN SIRI 1/ 2015

TARIKH   :   20HB APRIL 2015 ( ISNIN)
TEMPAT  :    SRJK ( C ) TAMAN RASHNA, KLANG
MASA     :    2.30 PETANG












PENYERTAAN
 2 Orang jurulatih  : Encik Rossarisham dan Encik Li Bo Xu.
 2 Orang kakitangan USPTN Selangor : PPN dan PT.
 10 Orang Guru Kelas ( 10 Kelas ).
 352 orang murid.
 Penolong Ko Kurikulum Sekolah - Puan Yap
 Guru Besar Sekolah.

ULASAN
1) Program TID ini telah dihadiri bersama oleh Puan Guru Besar SJKC Taman Rashna, Klang.
2) Seramai 352 murid keseluruhan dari 10 buah kelas telah hadir bagi program ini yang telah dijalankan di Dewan Sekolah SJKC Taman Rashna, Klang.
3) Melalui pemilihan kedua - dua jurulatih, Seramai 76 orang murid lelaki dan 77 orang murid perempuan telah disenarai pendek bagi ke pemilihan seterusnya menerusi Ujian Kecergasan yang akan dijalankan bersama oleh pihak Institut Sukan Negara. 
4) 153 murid yang telah terpilih menerusi Program TID ini akan disenaraikan bagi menghadiri Ujian Kecergasan tersebut yang dicadang akan di adakan pada 2hb Mei 2015.

Program TID bagi sekolah kedua akan di adakan di SJK ( C ) Subang pada 22hb April 2015 ( Rabu ).

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat dan Akuatik.

Monday, April 20, 2015

51st NATIONAL AGE GROUP AQUATIC CHAMPIONSHIPS - Diving And Synchronized Swimming

TARIKH    : 17-19 APRIL 2015
TEMPAT    : PUSAT AKUATIK PAROI, NEGERI SEMBILAN









PENYERTAAN
11 ATLET - 6 Lelaki & 5 Wanita
2  JURULATIH - Encik Rossarisaham dan Encik Li Boxu
1 Pegawai


PENCAPAIAN ATLET









Day 1
Group C Platform Boys
- Fareez Izzudin Bin Suhaimi ( Bronze )

Group C Platform Girls
- Lim Min ( Silver )

Group B 3M Boys
- Ikhlas Ahmad Bin Shahrol ( Bronze )

Day 2
Group B , Springboard Boys 1M
- Ikhlas Ahmad Bin Sharol ( Bronze )

Group C, Springboard Boys 3M
-Fareez Izzudin Bin Suhaimi ( Gold )
-Ng Zheng Yuan ( Bronze )
-Muhammad Haris Mohd Rezal ( Fourth )
- Tan Czyn Jien ( Fifth )

Group C, Springboard Girls 1M
- Erica ( Bronze )

Day 3
Group C, Springboards Boys 1M
- Fareez Izzudin Bin Suhaimi ( Gold )

Group C, Springboard Girls 1M
- Erica ( Silver )
- Koh Hui Yan ( Bronze )

Jumlah keseluruhan pingat : 2 Emas. 2 Perak dan 6 Gangsa

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor
Sukan Akuatik & Angkat Berat