Friday, February 25, 2011

PEMANTAUAN PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh   : 23hb Februari 2011 ( Rabu )
Tempat : Gimnasium Gimnastik Seksyen 6, Shah Alam Selangor
Masa    : 3.45 petang







Pemantauan ini telah dijalankan semasa latihan diadakan pada 23hb Februari 2011. Seramai 7 orang gimnas menghadiri sesi latihan. Perbincangan bersama jurulatih adalah mengenai program TID yang hendak dijalankan sebelum penghujung bulan Februari. Antara lain perbincangan adalah tentang persiapan semua gimnas bagi menghadapi kejohanan MSSM yang akan diadakan di Johor pada bulan Mac 2011

** Aktiviti terdekat : TID di Sekolah Kebangsaan Taman Rashna Klang pada 28hb Februari 2011 pada jam 2.30 petang.


Disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik

TID GIMNASTIK SIRI 3 - Tadika Seri Cahaya Shah Alam Selangor







Majlis Bacaan Yaasin USPTN Selangor

Tarikh   : 25hb Februari 2011 ( Jumaat )
Tempat : Pusat Sukan MSN Selangor, Seksyen 6, Shah Alam Selangor
Masa    : 9.00 pagi.






Majlis ini telah diketuai oleh encik Abd. Latif Bin Arshad dan dihadiri oleh Ketua Unit Sains Sukan MSNS, En. Mohamad Nizam Marjugi, Pemangku Ketua Unit USPTN Selangor, Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang, kakitangan USPTN Selangor & Unit Sains Sukan & Kejurulatihan MSNS termasuk para pelajar latihan praktik. Adalah diharapkan semoga aktiviti seumpama ini akan dapat diteruskan sebagai salah satu cara mengeratkan silaturahim sesama kakitangan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Laporan disediakan :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR

Monday, February 14, 2011

PEMANTAUAN PLN BADMINTON SBA






Berikut adalah laporan ringkas aktiviti pemantauan yang telah dijalankan ke pusat latihan badminton, Kampung Attap Kuala Lumpur pada 7hb Februari 2011.

Pemantauan ini telah dijalankan pada pukul 9.00 pagi di mana sesi latihan sebelah pagi telah bermula sejak pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Semasa pemantauan dijalankan, JSM Encik Abd Rahman Sidek tiada di pusat latihan memandangkan beliau hanya melatih pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Semasa pemantauan, kelihatan Encik Budi selaku jurulatih badminton Persatuan Badminton Selangor sedang melatih seramai 9 orang atlit dimana kesemua atlit ini adalah mereka yang bersekolah di sesi petang.

Saya telah dimaklumkan oleh Encik Budi, bahawa lebih ramai atlit yang akan datang latihan di sebelah petang berbanding sesi pagi. Saya bercadang untuk melawat sesi latihan sebelah petang pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.



Disediakan Oleh :


Puan Suhana Suhaili
PPN USPTN Selangor

Monday, February 7, 2011

Bengkel Sukan Berbasikal USPTN Selangor 2010






Bengkel Sukan Berbasikal USPTN Selangor 2010 telah dianjurkan pada 27 Disember 2010 di Hotel Carlton Holiday & Suites. Seramai tiga belas (13) orang atlit, dua (2) orang Jurulatih Separuh Masa Sukan Berbasikal USPTN Selangor serta pegawai telah menyertai program ini. Sumbangan ilmu bagi program ini adalah daripada  para penceramah seperti Pn. Harlisa Rozikin (Kecederaan Sukan), En. Aminudin Mohd. Nasir (Psikologi Sukan), En. Mohd Yafiz Jamaludin (Latihan & Teknik Kayuhan Basikal) serta En. Mohd Yusof Abdul Nasir (Pengendalian Asas Basikal). Secara keseluruhannya, para peserta memberi maklum balas yang baik dan kesinambungan program akan diadakan dari masa kesemasa demi peningkatan ilmu para atlet dan pegawai.

Mini TID Sukan Gimnastik Artistik






Program ini telah dijalankan pada 17hb Januari 2011 jam 2.30 petang. Melibatkan 6 kelas tahun satu, seramai 20 orang murid telah dikenalpasti oleh 2 orang jurulatih sebagai yang berpotensi menjadi gimnas. Ini hanya pemilihan peringkat pertama. Pemilihan peringkat kedua akan di adakan di Gimnasium, Seksyen 6 Shah Alam kelak. Destinasi seterusnya, SK Seksyen 6 Shah Alam pada 21hb Januari 2011.

Ujian Kecergasan Sukan Memanah






Program ini telah dijalankan pada 1hb Februari 2011 melibatkan seramai 11 orang atlit dan seorang jurulatih bertempat di pusat sukan Majlis Sukan Negeri Selangor, Shah Alam.