Saturday, August 23, 2014

MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

TARIKH  :  22HB OGOS 2014 ( SABTU )
TEMPAT :  PUSAT LATIHAN BOLING PADANG, SEKSYEN 13 SHAH ALAM SELANGOR.

MASA     :  10.00 - 11.45 PAGI
KEHADIRAN : 10 ORANG ATLET







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, inilah yang dapat digambarkan mengenai kehadiran atlet ke pusat latihan. Memandangkan masih di bulan Syawal, di tambah pula minggu terakhir sebelum berakhirnya Aidilfitri, hanya sejumlah 10 orang atlet yang hadir ke sesi latihan pada hari ini. Kebiasaanya , jika hujung minggu, atlet adalah ramai tambahan pula bagi mereka yang duduk jauh, akan menginap di pusat latihan ini bagi menjalani sesi latihan keesokannya ( Ahad )

Atlet di lihat, menjalani latihan sebagai persediaan sebelum ke Kejohanan Jemputan Memanah Terbuka ( UniSZA ) yang akan di adakan pada 27hb - 31hb Ogos 2014, bertempat di Lapang Sasar Memanah UniSZA, Terengganu.

Selamat Berjaya buat atlet yang akan ke kejohanan ini.

Sekian, untuk laporan

Disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah Pelayaran, Taekwondo dan Tenpin Boling

TENPIN BOLING : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

TARIKH  : 21HB OGOS 2014 ( KHAMIS )
TEMPAT  : AMPANG SUPERBOWL, SUMMIT USJ SUBANG JAYA , SELANGOR
KEHADIRAN  :12 ORANG ATLET DAN 2 JURULATIH.






Pemantauan ini dibuat bagi meninjau perkembangan 6 orang atlet USPTN yang menyertai 'Roll Off' bagi pemilihan ke Kejohanan Inter City yang akan  di adakan pada bulan September 2014. Roll Off ini mengambil masa selama 3 hari dan semasa kunjungan saya ke sini, ianya merupakan Roll Off hari ketiga.

Kesempatan yang ada semasa pemantauan ini juga telah saya gunakan dengan berjumpa dengan kedua -dua jurulatih bagi membincangkan keadaaan mahupun isu semasa yang  dibangkitkan oleh beberapa pihak. Seusai perjumpaan saya dan juga En Zainol selaku wakil STBA bersama-sama dengan kdua jurulatih, saya berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama dengan semua atlet USPTN yang hadir pada hari tersebut. Apabila diberi peluang, begitu lancar atlet-atlet ini meluahkan perasaan.

Semua yang kongsikan oleh atlet , saya catatkan dalam buku nota beerapa isi penting yang mana akan saya bincangkan bersama dengan jurulatih terlibat.

Hanya berbaki lagi dua kuota penyertaan pertandingan, atlet kini menghadapi persediaan ke Kejohanan Sportexcel Perak Leg yang akan di adakan pada  29hb - 31hb Ogos 2014 bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Perak.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo.

Thursday, August 21, 2014

ANGKAT BERAT - KERATAN AKHBAR

Salam Sejahtera,

Berikut adalah ringkasan pada keratan akhbar Sinar Harian, Khamis 29 Mei 2014.

Pusat Latihan Angkat Berat Pelapis Negeri Selangor yang berpusat di SMK Raja Muda Musa, Kuala Selangor mendapat pengikhtirafan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor kerana Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Shashim Shah Harun yang mewakili Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor telah merasmikan Pusat Latihan tersebut.

Antara kenyataan beliau adalah sekolah ini adalah sekolah aliran biasa yang mempunyai kemudahan pusat latihan angkat berat lengkap. RM 60,000.00 inisiatif kementerian untuk pengubahsuaian manakala RM 120,000.00 bagi program jangka panjang. 

Syarikat Swasta, Hartalega telah menyumbang sebanyak RM 45,000.00 secara berperingkat selama 3 tahun bagi Projek Gemilang yang mensasarkan pungutan emas pada SUKMA 2016.

sekian, harap maklum

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

Tuesday, August 19, 2014

PELAYARAN :6th KFC-MDKL SELANGOR OPEN REGATTA 2014 ( National Rankings)

TARIKH   :   15 - 17 OGOS 2014
TEMPAT  :   PANTAI BATU LAUT, KUALA LANGAT SELANGOR
PENYERTAAN : 169 PELAYAR SELURUH NEGERI , 25 DARIPADANYA MERUPAKAN ATLET USPTN SELANGOR.













ULASAN :

Secara keseluruhan, Kejohanan Selangor Open Regatta pada tahun 2014 ini berjalan dengan lancar walaupun pada hari kedua, perlumbaan dibatalkan atas ketiadaan angin.  Seramai 169 pelayar dari seluruh negeri mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

Atlet dari Selangor memperolehi 1 EMAS, 2 PERAK dan 1 GANGSA menerusi kejohanan ini. Berikut adalah ringkasan penyertaan atlet negeri Selangor bagi setiap acara dan senarai pemenang pingat.

KATEGORI :

OPTIMIST : 20 ORANG ATLET
LASER       : 3 ORANG ATLET
420             : 2 ORANG ATLET

SENARAI PEMENANG

OPTIMIST ( Lelaki )
TEMPAT KE -6 : MUHD FAUZI BIN ISMAIL

OPTIMIST ( Wanita )
GANGSA   : IZZATUL HUDA BT SAHNI

LASER RADIAL
EMAS : ZUL AQIR HELMY BIN HASSAN
PERAK : MUHD FARHAN BIN HAMID

420
PERAK : NUR AQILAH BT ZAILANI & NUR HANISAH BT ABU TALIB

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB. Dr Tuan Ahmad Yunus Bin Hairi, Exco Belia dan Sukan , Infrastruktur dan Kemudahan Awam Merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran kejohanan ini. Muafakat penduduk kampung Batu Laut jelas kelihatan apabila mereka bersatu tenaga memastikan kejohanan ini berjalan dengan jayanya. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Pelayaran, Memanah, Tenpin Boling dan Taekwondo


LAWATAN PUSAT SUKAN TERJUN DAN PERJUMPAAN IBU BAPA ATLET TERJUN SESI PAGI

Tempat: Pusat Akuatik Darul Ehsan
Masa: 10.00pagi

Lawatan pusat dijalankan untuk melihat perkembangan atlet pelapis terjun negeri selangor. Semasa lawatan di adakan atlet terjun sedang membuat latihan di dry gym.

Seramai 7 orang atlet hadir menjalani latihan. 3 lelaki 4 wanita.

Keadaan dry gym baik tetapi akibat kekurangan spring board latihan spring board terpaksa di jalankan secara bergilir-gilir.

Perjumpaan bersama penjaga juga diadakan dimana perbincangan perjumpaan lebih membincangkan persiapan atlet untuk ke kem terjun 2014 yang akan di adakan di Ipoh Perak pada 25-29 Ogos 2014.

ABD LATIF ARSHAD
PPN SELANGOR

Sent from Samsung Mobile

Monday, August 18, 2014

LAWATAN LATIHAN BASIKAL PELAPIS SELANGOR BERSAMA GRAHAM SEERS

Lawatan Latihan Basikal Pelapis Selangor bersama Graham Seers

Tarikh : 17 & 18 ogos 2014
Masa : 8.00 pagi - 1 tengahari
Kehadiran atlet : 10 orang

Corak latihan:-
120KM lebuh raya

Ulasan:-

Latihan pada dua hari ini dihadiri oleh jurulatih elit MSN Mr Graham Seers. Beliau hadir untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman bersama atlet Selangor. Mr Graham hadir selama dua hari kerana pada hari pertama latihan tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat.

Semua atlet yang hadir mengikuti lebuhraya menuju ke kuala selangor dan berpatah balik ke shah alam

Beberapa atlet tidak hadir pada 
latihan pada kali ini kerana belajar di luar shah alam dan sedang bersedia menghadapi PMR dan SPM.

Abd Latif Arshad
PPN SELANGOR


Sent from Samsung Mobile