Friday, October 31, 2014

LAWATAN PUSAT LATIHAN BASIKAL USPTN SELANGOR

Tarikh : 30/10/2014
Masa : 4.00 petang

Seramai 14 orang atlet basikal selangor 13 lelaki dan seorang wanita menjalani latihan lebuh raya dan bukit pada sesi petang di bawah pemantauan jurulatih PPS En Mohd Nizam Abd Nasir dan jurulatih negeri En Mahazir hamad.

Latihan dijalankan di sekitar Shah Alam dimana para atlet menjalani latihan kayuhan lebuhraya sekitar shah alam seksyen 4 dan kayuhan bukit di seksyen 6 selama 1 jam 30 minit. 6 pusingan di seksyen 4 diikuti 6 pusingan di seksyen 6 dan 3 pusingan di seksyen 4 semula. 

Beberapa orang atlet yang sebelum ini rehat dari latihan kerana peperiksaan telah menjalani latihan semula. 3 orang atlet telah dihadiahkan basikal baru tajaan perangsang Selangor.

Sekian
Abd Latif Arshad
PPN Selangor



Sent from Samsung Mobile

Thursday, October 30, 2014

MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SERTA PERBINCANGAN BERSAMA JURULATIH

TARIKH  : 29hb OKTOBER 2014
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN BOLING PADANG, SEKSYEN 13 SHAH ALAM
MASA      : 2.45 PTG - 4.10 PTG
KEHADIRAN : 2 JURULATIH, 2 ATLET DAN PPN





Kunjungan saya ke pusat latihan pada hari ini adalah untuk mengadakan perjumpaan dengan jurulatih bagi membincangkan beberapa perkara bersama jurulatih. Antara perbincangan kami adalah berkenaan penyertaan atlet ke Kem Bakat Memanah yang akan di adakan pada 6hb sehingga 13hb November 2014, juga persediaan pasukan bagi menghadapi Kejohanan GP Akhir Interzone 2014 yang bakal di adakan pada 13hb sehingga 16hb November 2014.

Kehadiran atlet ke sesi latihan pada hari ini agak berkurangan kerana difahamkan atlet yang bersekolah di Sekolah Sukan Negeri Selangor menjalani peperiksaan akhir tahun. Jurulatih memaklumkan kehadiran lebih ramai pada hari Sabtu dan juga ahad .

Antara kejohanan terdekat yang akan di adakan adalah Kejohanan GP Akhir Interzone 2014 dan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 2014.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Taekwondo, Tenpin Boling dan Taekwondo

PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

SUKAN : MENEMBAK
Tarikh : 29.10.2014
Masa : 12.00 Tghari - 2.30 Petang
Tempat : Lapangsasar Menembak Kebangsaan, Subang
Kehadiran :
1. Shakimi Mohamed - JPM (MSN Selangor)
3. Atlet -  2 lelaki 1 Wanita
LATIHAN
1. Dry fire - 45 minit
2. 10M Air Pistol & Air Rifle (Lelaki - 60 Shot & Wanita - 40 Shot)
UJIAN
Tiada
PERTANDINGAN
Seramai 8 orang atlet dari sukan menembak mewakili negeri Selangor akan menyertai Kejohanan Zon Grand Final 2014 yang diadakan pada 13 - 16 November 2014 di Lapangsasar Menembak SUKPA, Kuantan, Pahang
PERALATAN
Memerlukan sarung tangan (glove) untuk kegunaan atlet- atlet baru.

KECEDERAAN
Tiada.
PROGRAM BINAAN
Kejohanan dalaman akan diadakan pada 8-9 November 2014 bertempat di Lapangsasar Menembak Kebangsaan, Subang.
ULASAN
1. PPN mencadangkan pada pihak persatuan dan jurulatih mengenai kejohanan dalaman akan diadakan sebanyak 2 kali.
2. Kehadiran bagi sesi latihan pada hari persekolahan amat kurang ini sebabkan atlet masih terikat dengan jadual persekolahan.
3. 2 orang atlet dan seorang jurulatih telah terpilih untuk menyertai Kem Menembak Program Khas Jangka Panjang 2020-2024 (T20) Bil.01/2014 pada 27-31 Oktober 2014 bertempat di Lapang Sasar Menembak Gong Kuin, Kuala Terengganu, Terengganu.
Sekian terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Menembak Negeri Selangor
Tarikh: 29.10.2014

KUNJUNGAN NAZIRAN MAJLIS SUKAN NEGARA KE UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

TARIKH  : 28hb OKTOBER 2014
TEMPAT : PEJABAT MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR
MASA     : 10.00 PAGI
KEHADIRAN : 7 ORANG




Kehadiran Naziran ke Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor ( USPTNS ) ini merupakan yang julung kalinya di adakan. Objektif kunjungan Naziran ke sini lebih melihat pada keperluan perjawatan di peringkat negeri bagi Program Pelapis.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Majlis Sukan Negeri Selangor iaitu Encik Mohamad Nizam Bin Marjugi. Antara yang hadir bersama dalam perjumpaan bersama Naziran ini adalah Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang, Ketua Unit USPTN Selangor, Pegawai Pembangunan Negeri iaitu En. Norazizam dan Pn Suhana Suhaili dan 2 orang Pembantu Tadbir En Mohd Nazlin dan En. Naim Rasyidi.

Puan Zie Ileana Izra telah membentangkan tentang struktur Program Pelapis di peringkat USPTN Selangor,  Secara kesimpulan, Naziran melihat tiada keperluan tambahan kakitangan di unit ini memandangkan pengisian jawatan Pegawai Pembangunan Negeri telah di luluskan baru-baru ini.

Antara lain yang dibincangkan bersama dalam perjumpaan ini adalah kekangan yang diperolehi oleh kakitangan di peringkat negeri dalam menjalankan tugasan.

Terima kasih di ucapkan kepada Encik Meor Shariman selaku Naziran atas kunjungan beliau ke USPTN Selangor, Semoga kunjungan seumpama ini akan dapat di adakan lagi di masa akan datang.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR


Wednesday, October 29, 2014

LAWATAN PUSAT LATIHAN TERJUN DAN PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN PRAS

Lawatan Pusat Latihan Terjun Dan Perjumpaan Bersama Timbalan Presiden PRAS

Tarikh : 29/10/2014
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan
Kehadiran

Lelaki
Ng Zheng Yuen
Farez Aizudin 
Mohd Haris Mohd Rezal
Tan zhen shen
Ikhlas Ahmad

Wanita
Noralya Jesmina
Lim min
Erica Phang
Margerat koh

Seramai 9 orang atlet sesi petang menjalani latihan bersama jurulatih Le Boxu, Rosharisham dan Brian Nicson Lomas.

 Latihan yang dijalan adalah latihan dry gym dan latihan air. 5 org atlet dibawah kendalian Rosharisham 4 atlet dibawah kendalian Li Boxu dan Brain Nicson.


Semasa perjumpaan bersama Timbalan Presiden PRAS En Ong jin Kooi perbincangan banyak menjurus kepada  program terjun dan juga perncangan akan datang. En Ong juga merupakan Ketua Jurulatih Sukan Renang di Selangor.

Sekian

ABD LATIF ARSHAD
PPN SELANGOR


Sent from Samsung Mobile

Monday, October 27, 2014

ANGKAT BERAT - KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 12 DAN 16 (LELAKI & WANITA)

Tarikh : 16 - 19 Oktober 2014

Tempat : South City Plaza, Seri Kembangan

Penyertaan : 11 atlet, 2 Jurulatih, 1 Pegawai

Keputusan : 6 emas, 4 perak, 6 Gangsa

1. Lelaki Bawah 16 Tahun :

   - Emas : Rahamad Mohd Sialiman : 62kg (Lelaki)
   - Emas : Nur Atikah Nadrah : +69kg (Wanita)
   - Gangsa : Mohd Yusof Nandong : 56 kg (Lelaki)
   - Gangsa : Muhd Rashdan Mat Sulaiman : 62 kg (Lelaki)

2. Lelaki Bawah 12 Tahun (Lelaki)

   - Emas : Mohd Fikri Nurain : 45kg
   - Perak : Muhd Elan Radza : 45kg
   - Perak : Muhd Khairul Yusry : 56kg
   - Gangsa : Muhd Hafiz : 56kg
   - Gangsa : Mohd Johan : +56kg 



--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

KEJOHANAN DALAMAN SUKAN GIMRAMA SIRI 2/2014

TARIKH    : 26hb Oktober 2014 (Ahad)
MASA       : 8.00 Pagi - 4.00 Petang
TEMPAT   : SJKC Yuk Chai, Taman Megah, Petaling Jaya Selangor
KEHADIRAN  : 70 Atlet, 8 Hakim, 5 Jurulatih & 4 Urusetia.
Kejohanan Dalaman ini di adakan adalah untuk memilih atlet yang berkelayakan untuk menyertai Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaanyang akan di adakan pada 26 - 30 November 2014bertempat di Dewan Gimnastik, Majlis Sukan Pahang, Kuantan, Pahang.
Beberapa orang atlet akan disenarai pendekkan untuk menyertai kejohanan tersebut. 
MOHD FIRDAUS ROSLI
PPN GIMRAMA
USPTN SELANGOR

Saturday, October 25, 2014

TID TERJUN SRJKC SUBANG



Tarikh : 25hb Nov 2014
Tempat : SRJKC SUBANG
Masa : 3.00 ptg

Pada tahun TID Terjun telah melibatkan pelajar tahun satu SRJKC Subang. Seperti tahun-tahun yang lepas USPTN Selangor akan bekerjasama bersama pihak persatuan dan MSNS akan mengadakan TID di sekolah yang terpilih. Untuk tahun ini kami telah memilih SRJKC Subang untuk pencarian bakat baru dalam sukan terjun. Berkemungkinan ada beberapa buah sekolah yang lain juga akan kami pilih untuk TID Terjun pada tahun ini.

Dengan kerjasama dari pihak sekolah kami telah memilih secara rawak seramai 101 orang pelajar tahun satu untuk ditawarkan ke sesi pemilihan kedua di Pusat Akuatik Darul Ehsan pada bulan November ini. 

Pendekatan yang kami laksanakan di sini adalah dimana jurulatih akan melihat bentuk tubuh pelajar ini secara rawak, melihat keadaan kaki pelajar dan ketinggian pelajar. Ini adalah kaedah yang digunakan oleh jurulatih dari China bagi memilih atlet terjun sebelum di latih untuk menjadi penerjun.

Kami akan membuat satu lagi sesi pemilihan di pusat akuatik darul ehsan dimana kami akan menerangkan objektif program Pelapis kepada atlet yang  dan juga ibu bapa khasnya agar mereka paham akan hala tuju program Pelapis.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor

Wednesday, October 22, 2014

PEMANTAUAN PLN RENANG

SUKAN: Renang
Tarikh : 21.10.2014
Masa : 5.00 Petang - 7.00 Petang
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan
Kehadiran :
1. Ong Jin Kooi - JPM
2. Mark Chua Yu Foong - JSM
3. Atlet - 13 lelaki 3 Wanita
LATIHAN
1. 6 x 150 Meter - Bebas / Kuak Dada / Kuak Lentang / Kupu2
UJIAN
Tiada
PERTANDINGAN
Tiada
PERALATAN
Semua dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan pada atlet.
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1. Perbincangan antara persatuan jurulatih dan PPN mengenai kejohanan akan datang serta program latihan yang dijalankan.
2. PPN menyerahkan first aid kit pada jurulatih untuk kegunaan bila diperlukan.
Sekian terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Renang Negeri Selangor
Tarikh: 22.10.2014

Tuesday, October 21, 2014

BENGKEL KEJURULATIHAN PROGRAM PENGALAKKAN SUKAN (PPS) 2014 - HARI KETIGA

Tarikh : 21 Oktober 2014 (Selasa)
Masa  : 8.00am - 12.00pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Pegawai MSN   : 8 orang
Bil. PPN              : 14 orang
Ketua Jurulatih : 7 orang
Bil. Jurulatih      : 41 orang
Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari terakhir, sesi bagi hari ini dimulakan dengan pembentangan manual asas setiap sukan yang terlibat iaitu angkat berat, memanah, berbasikal dan olahraga.
Pembentangan lebih menjurus kepada perkenalan sukan dan teknik-teknik asas. Sukan angkat berat memulakan pembentangan dari En. Nordin bin Jusoh (Pel. Serantau), diikuti sukan memanah, En. Marbawi bin Sulaiman dan En. Norizam bin Ishak (Elit), berbasikal, En. Suod bin Hussain (Pel. Kebangsaan) diakhiri sukan olahraga dibentangkan oleh En.Manshahar bin Abd.Jalil.
Bengkel kali ini diakhiri dengan sesi soal jawab serta rumusan keseluruhan oleh Pengarah Cawangan Pelapis, En.Jefri B. Ngadirin. Beliau mengharapkan manual yang dibentangkan dapat diguna pakai di setiap cabang PPS negeri. Beliau juga mengharapkan promosi berkaitan PPS ini dihebahkan supaya jaringan PPS dapat dibesarkan.
Sekian.

BENGKEL JURULATIH PPS 2014 (HARI KEDUA)

Tarikh : 20 Oktober 2014 (Isnin)
Masa  : 8.30am - 4.00pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Bil. J/latih : 12 Lelaki / 2 Wanita
Sukan : Angkat Berat
Hari kedua Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari kedua bengkel, sesi pagi bermula dengan pembentangan dari En. Mohd Nor bin Osman tentang teknik asas sukan angkat berat seperti teknik "Snatch" dan "Clean & Jerk" serta pendekatan teknik yang mudah difahami oleh atlet baharu. Seterusnya ke sesi demontrasi oleh jurulatih.
Sesi petang, En. Mohd Nor b. Osman memberi penerangan berkaitan penyediaan atlet dari segi fizikal, kemahiran, mental dan peralatan, serta jadual latihan angkat berat yang sistematik. cadangan penganjuran kejohanan antara pps beserta intipati penganjuran kejohanan seperti kategori berat, had umur dan lain-lain. Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama diharap mencapai objektif perlaksanaan bengkel ini.
Sekian.