Sunday, April 30, 2017

RENANG : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( 2/APRIL )


Tarikh    :  28hb April 2017 ( Jumaat )
Tempat  :  Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
Masa latihan : 7.30-9.30 Malam.
Masa pemantauan : 8.00 - 9.00 Malam.

Kehadiran 

1) Encik Mohktar Bin Hamidi ( Jurulatih )
2) Encik Ong Jin Kooi ( Jurulatih Sepenuh Masa )

3) Atlet : 30 orang.

Program Latihan 
Jurulatih : Ong Jin Kooi  ( JPM )

- Relays
 1)  Warm up : 2 x 400m
 2)  Pull : 16 x50m with paddles
 3) Swim with fins : 12x 200 m









Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Atlet menjalani latihan seperti biasa dan pertandingan yang akan mereka serta adalah pada bulan Mei 2017.

Peralatan 
- Berkeadaan baik

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan  

- Kolam B masih belum dapat digunakan kerana air masih didapati kotor ( berwarna hijau ) .
- Jurulatih Mohktar Hamidi memaklumkan ramai atlet beliau tida hadir menjalani latihan pada hari ini mungin disebabkan keadaan cuaca hujan yang agak lebat. Menerusi pemantauan yang dijalankan, keadaan kolam A tidak sepadat seperti yang kelihatan pada hari Selasa ( 25.04.2017 )


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.




Saturday, April 29, 2017

TERJUN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( 2/APRIL)


TARIKH                      :  28hb April 2017 ( Selasa )
TEMPAT                      :  Pusat Akuatik Darul Ehsan , Shah Alam Selangor.
MASA LATIHAN          : 4.00 - 7.00 Petang
MASA PEMANTAUAN : 4.30 - 5.50 Petang

KEHADIRAN :

) Pn Nur Hazzarina ( JSM )
    Atlet : 15 Orang ( 9 wanita & 6 lelaki )

Program Latihan 
- Latihan kecergasan










Ujian
Tiada

Pertandingan
-Beberapa orang atlet telah menyertai Kejohanan National Age Group yang telah di adakan pada 14-16 April lalu bertempat di Paroi Negeri Sembilan. Pencapaian keseluruhan, atlet telah memenangi  2 Emas, 9 Perak & 8 Gangsa.Pingat emas dimenangi oleh  Lim Min dan Muhammad Haris.

  
Peralatan
- Masih dalam proses permohonan bagi pembelian peralatan.

Kecederaan
- Seorang atlet mengalami kecederaan di buku lali apabila dilaporkan terjatuh semasa berada di sekolah. Beliau telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik.

Program Binaan
- Belum dijalankan.

Ulasan

- Sesi latihan tidak dapat dijalankan secara sempurna setelah didapati air kolam masih kotor ( berwarna hijau )  Encik Ali ( MBSA ) telah memaklumkan buat masa ini pembaikan tidak dapat dijalankan kerana pam rosak dan masih menunggu untuk tindakan selanjutnya dari pihak MBSA.

- Elizabeth ( JSM ) bersama dengan dua orang lagi jurulatih negeri hanya menjalankan latihan kecergasan di tepi kolam.

- Sebahagian atlet menjalani latihan sebagai persediaan ke Kejohanan Diving Sportexcel 1st leg yang akan di adakan pada bulan Mei, di Shah Alam.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )



Friday, April 28, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN (2/APRIL )


Tarikh                     :  27hb April 2017 ( Khamis)
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri SMK Rantau Panjang, Klang
Masa Latihan         :  3.30 - 6.00 Petang
Masa Pemantauan  :  4.00 Petang - 5.30 Petang

Kehadiran 

1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 12 Orang ( 6 lelaki & 6 wanita )

Program Latihan

1) Back Squat
2) Pull Snatch
3) Power snatch










Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Seramai 12 orang atlet dari pusat latihan ini telah menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis 2017, Perlis yang telah di adakan pada 20-23hb April. Secara keseluruhan, negeri Selangor berjaya memenangi 1 Emas, 7 Perak & 3 Gangsa dalam kejohanan ini. Bagi pusat latihan ini pula, mereka telah memenangi  1 Emas, 3 Perak & 2 Gangsa.

Peralatan
- Kekurangan bar
- Platform ( retak@berlubang )
- Disc 2.5kg ( tertanggan besi di tengah )

Kecederaan
Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

- Jurulatih memaklumkan prestasi atlet di Karnival Bakat Pelapis Negeri Perlis, adalah sangat memuaskan. Ramai atlet membuat rekod angkatan masing-masing. walaupun ada antara mereka yang tidak tersenarai dalam penerima pingat kemenangan.

- Dua orang atlet wanita bawah 13 tahun juga telah menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila keduanya memenangi pingat perak dalam kategori yang disertai walaupun baru pertama kali menyertai kejohanan bakat.

- Semasa pemantauan dijalankan, atlet dan jurulatih berlatih di ruang belakang ltempat perhimpunan memandangkan pada hari tersebut, telah di adakan program sukantara sekolah SMK Rantau Panjang dan kawasan latihan asal, telah digunakan oleh atlet olahraga bagi tujuan pertandingan.

- Peralatan disc 2.5kg telah mengalami keretakan apabila besi di tengah-tengah disc tersebut telah tertanggal semasa atlet menggunakanya semasa latihan.

- Status dua orang atlet yang telah dipilih oleh pihak persatuan dan unit, untuk berlatih di PLN Batu 18, Hulu Langat  masih dalam proses di peringkat USPTN Selangor.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.




WARNING: Authentication Required

Please enter your username and password to continue.


RENANG : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN (2/APRIL)


Tarikh    :  25hb April 2017 ( Selasa )
Tempat  :  Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
Masa latihan : 7.30-9.30 Malam.
Masa pemantauan : 8.00 - 9.00 Malam.

Kehadiran 

1) Encik Mohktar Bin Hamidi ( Jurulatih )
2) Encik Ong Jin Kooi ( Jurulatih Sepenuh Masa )

3) Atlet : 30 orang.

Program Latihan 
Jurulatih : Ong Jin Kooi 

- Relays
 1)  6 x 50 kick free
 2) 6 x 50 swim breast
 3) 6 x 50 pull free
 4) 6 x 50 swim fly











Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Atlet menjalani latihan seperti biasa mengikut program yang disediakan oleh jurulatih. Latihan yang mereka jalankan adalah sebagai persediaan ke Kejohanan NSC/Milo/Sportexcel Junior Swimming yang akan di adakan pada 20-21 Mei 2017 bertempat di Melaka.

Peralatan 
- Berkeadaan baik

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan  

- Berdasarkan pemantauan yang saya jalankan, air di kolam B didapati sangat keruh ( berwarna hijau ) , jurulatih memaklumkan keadaan tersebut telah berlarutan selama  2 hari. Jurulatih memaklumkan keadaan berikut telah menyebabkan kolam latihan utama menjadi sangat padat kerana atlet tidak dapat berlatih di kolam B.


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.




WARNING: Authentication Required

Please enter your username and password to continue.


Tuesday, April 25, 2017

PEMANTAUAN PLN SKUASY USPTN SELANGOR


SUKAN : Skuasy
tarikh : 25.4.2017 
Masa : 4.00pm - 5.30 pm (sesi 1), 5.30pm - 7.00pm (sesi 2) dan 700 pm - 9.00pm ( sesi 3)
Tempat : ASTAKA MBPJ
Kehadiran :
1. En.Calvin chong(JPM)
2. En. Ifrahim Gul (JPM MSNS)
3. 10 atlet lelaki 2 atlet wanita (sesi 1)

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan teknik 
3. Fitness

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada 

PERALATAN
Gelanggang agak licin

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Latihan hari ini adalah rutin latihan harian. Sesi ini adalah sesi yg pertama untuk hari ini. Berkemungkinan dalam tempoh terdekat latihan akan di tukar tempat di SMK Bukit Bintang kerana gelanggang di ASTAKA akan dibaik pulih.


Sekian 
Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

Monday, April 17, 2017

PEMANTAUAN LATIHAN BULANAN SUKAN PELAYARAN

SUKAN : PELAYARAN

Tarikh : 16.04.2017
Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat : Pusat Latihan Sukan Layar Selangor, Batu Laut, Tanjung Sepat

Kehadiran :

1. Sharul Abd. Razak - JPM
2. Sahril Abd. Razak - JPM Negeri
3. Atlet : Lelaki - 14 Wanita - 8

LATIHAN
1. Warming Up
2. Taklimat Latihan
3. Latihan Dilaut

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Semua peralatan dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan.

PROGRAM BINAAN
Tiada program dijalankan

ULASAN

1. Latihan dijalakan adalah latihan mingguan

2. JSM Ammirul masih mengikuti kursus sain sukan tahap 1 di Terengganu
dan akan bertugas semula pada minggu berikutnya

3. Keadaan cuaca yang amat baik dan latihan dilaut dapat dilanjutkan
sehingga lewat petang.

4. Persatuan mencadangkan mengadakan Kejohanan Dalaman dan akan
berbincang dengan pihak USPTN nanti.

Sekian.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Pelayaran Negeri Selangor
Tarikh : 17.04.2017

Thursday, April 13, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN BULANAN LATIHAN OLAHRAGA

SUKAN : OLAHRAGA

Tarikh : 11.04.2017
Masa : 8.30 Pagi - 10.30 Pagi
Tempat : SMK Taman Sea, Petaling Jaya

KEHADIRAN
1. Zolkifly Ab. Majid - JSM (PLN)
2. Malathi A/P Kasippilai - JSM (PLD)
3. Atlet - Lelaki - 15 Wanita - 10

LATIHAN
1. Warming Up
2. Joging - 1KM
3. Latihan Kemahiran & Teknik
4. Lontar Peluru
5. Lempar Cakera
6. Lompat Tinggi

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Seramai 5 orang atlet telah terpilih ke Kejohanan MSSM pada 24 - 28 April 2017 bertempat di Pulau Pinang

2. Seramai 26 orang atlet didaftarkan ke Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 pada 20 - 23 April 2017 bertempat di Perlis.

PERALATAN
Memerlukan beberapa peralatan kecil seperti "Speed Belt"

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN

1. Sesi latihan kali ini persediaan ke Karnival Bakat nanti

2. Jurulatih PLD Cik Malathi tidak dapat mengikuti ke Karnival Bakat kerana ditugaskan ke MSSM.

3. Jurulatih PLN En.Zolkifly di lantik sebagai Ketua Jurulatih bagi Kejohanan MSSM.

4. Sesi latihan bersambung pada sebelah petang bersama atlet-atlet dibawah PLN bertempat di Stadium MBPJ, Kelana jaya.

Sekian 

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Sukan Olahraga
Tarikh : 11.04.2017

Wednesday, April 12, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN


Tarikh                     :  12hb April 2017 ( Rabu )
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri SMK Rantau Panjang, Klang
Masa Latihan         :  8.30 - 11.00 Pagi
Masa Pemantauan  :  8.30 Pagi - 11.00Pagi

Kehadiran 

1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 25 Orang ( 13 lelaki & 12 wanita )















Program Latihan

1) Back Squat
2) Pull Snatch
3) Power snatch
4) Good morning exercise

Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Kejohanan Karnival Bakat pada 20-23hb April 2017, Perlis

Peralatan
- Selain dari masalah kekurangan bar, pusat latihan ini juga memerlukan penggantian pada platform yang didapati telah retak.

Kecederaan
Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

Jurulatih memaklumkan beberapa orang atlet menunjukkan peningkatan yang baik dari segi angkatan.

- Jurulatih memaklumkan telah mengugurkan 2 orang atlet wanita daripada menyertai program kerana didapati tidak konsisten dalam menjalani latihan. Beliau menasihatkan agar atlet tersebut menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.

- Seramai 13 orang atlet dari pusat latihan ini telah terpilih bagi penyertaan ke Karnival Bakat. Pemilihan ini dibuat berdasarkan prestasi semasa kejohanan dalaman yang telah dijalankan pada 1hb April 2017 lalu.  2 orang atlet wanita berumur 13 tahun akan menyertai kejohanan karnival bakat ini buat kali pertama.

- Ketua Jurulatih sukan angkat berat Selangor iaitu Encik Naharudin mencadangkan agar dua orang atlet dari pusat latihan ini diserap masuk ke program Pelapis SUKMA negeri Selangor. Perbincangan telah dibuat bersama pihak Jabatan Pelajaran negeri Selangor bagi tindakan selanjutnya di pihak unit.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


TERJUN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN


TARIKH                            :  11hb April 2017 ( Selasa )
TEMPAT                           :  Pusat Akuatik Darul Ehsan , Shah Alam Selangor.
MASA LATIHAN            : 4.00 - 7.00 Petang
MASA PEMANTAUAN : 4.30 - 5.50 Petang

KEHADIRAN :

1) En Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
    Atlet : 11 Orang (  6 lelaki & 5 wanita )

2) Pn Nur Hazzarina ( JSM )
    Atlet : 13 Orang ( 8 wanita & 5 lelaki )










Program Latihan JPM
- Gym
-Soringboard 102cb,104cb,402cb,202cb,302c,5221
-Pool 1m : 101cb,103cb,401cb,201c,301c
-5m platform
-Front & back

Ujian
Tiada

Pertandingan
- Atlet telah menyertai Kejohanan MSSM pada 19-23 Mac 2017 yang lalu. Pencapaian adalah seperti berikut :

  1) Tan Cyn Jien - 2 Perak.
  2) Hong Shern - 2 Gangsa
  3) Muhammad Haris - 2 Emas
  4) Margaret Koh Hui Yan - 1 Perak & 1 Gangsa
  5) Erica Pan Yin Xin - 1 Perak & 1 Gangsa

Peralatan
- Masih dalam proses permohona n bagi pembelia peralatan kecil.

Kecederaan
Tiada kecederaan dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Belum dijalankan.

Ulasan

- Sesi latihan berjalan dengan lancar.
- Jurulatih Majlis Sukan Negeri iaitu Zhang Wei telah mula menjalani latihan masuk hari kedua pada 11.04.2017. Dengan kehadiran jurulatih ini, akan lebih dapat membantu melatih atlet selain dari jurulatih yang sedia ada, Difahamkan, pecahan kumpulan atlet bagi setiap jurulatih juga akan dibuat oleh pihak pengurusan.
- Sebahagian atlet menjalani latihan sebagai persediaan ke Kejohanan Diving Sportexcel 1st Leg yang akan di adakan pada 19-21 Mei 2017 depan.
- Tiada kejohanan bagi atlet junior.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562