Tuesday, March 20, 2012

GIMRAMA :LAPORAN PEMANTAUAN : SUKAN GIMRAMA

TARIKH : 20HB MAC 2012 ( SELASA )
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SJKC SERDANG BARU 2, SRI KEMBANGAN SELANGOR






KEHADIRAN :


1) Cik Elena Mesyeryakova ( Jurulatih )
2) Lee Bou Yee ( Gimnas )
3) Izzah Binti Amzan ( Gimnas )
4) Rachel Cheng Rui Qi ( Gimnas )
5) Fing Wan Qin ( Gimnas )

LATIHAN :

1) Sessi Pemanasan Badan
2) Latihan Bersama Muzik ( Grades Routines )

PERTANDINGAN :

- 2 orang gimnas baru selesai menyertai Kejohanan MSSM yang telah di adakan pada 12 - 17
Mac 2012, Melaka.

KECEDERAAN :

- Seorang gimnas iaitu Veronica mengalami kecederaan ringan di bahagian buku lali.

PERALATAN :

- Masih mencukupi setakat ini.

PROGRAM BINAAN :

- Belum ada setakat ini.

ULASAN :


1) Persekitaran PLN didapati bising dengan kerja -kerja pembinaan membesarkan bangunan sekolah yang
sedang dijalankan.

2) 2 orang gimnas tidak hadir seperti kebiasaan pada waktu latihan petang. Menurut jurulatih, beliau telah
dimaklumkan oleh gimnas terbabit kerana komitmen pelajaran.

3) 2 orang gimnas dari PLN ini iaitu Izzah Amzan dan Veronica akan menyertai sesi pemilihan akhir bagi memilih wakil gimnas yang akan mewakili negeri di Kejohanan SUKMA 2012. Pemilihan akhir ini akan di adakan pada
8hb April 2012 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara.

4) Gimnas yang lain pula di latih bagi menghadapi Kejohanan Gimrama Sportexcel 1/2012 pada 13-14 April 2012.



Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Sukan
Sukan Gimnastik & Tenpin Bowling


No comments:

Post a Comment