Friday, March 30, 2012

TENPIN BOLING :LAPORAN PEMANTAUAN PLN TENPIN BOWLING, USPTN SELANGOR


LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN : TENPIN BOWLING
TARIKH : 29hb Mac 2012 ( Khamis )
MASA : 8.00 - 10.00 Malam
TEMPAT : Shalin's @ Space U8, TTDI Shah Alam, Selangor
KEHADIRAN : Encik Alihanafiah Bin Ishak ( JSM )
: 12 Lelaki dan 1 Perempuan.







LATIHAN :
- Corner Pin Sparing
- Timing
- Sparing

UJIAN : Tiada buat masa ini.

PERTANDINGAN : Seramai 16 orang atlet telah menyertai Kejohanan Sportexcel Perak Leg pada 2-4 Mac lalu dan mereka akan ke Kejohanan Sportexcel Seremban Leg pula pada 30hb Mac - 1hb April 2012. Sebahagian atlet turut menyertai Kejohanan MSS Selangor yang telah di adakan pada 19hb - 23 Mac 2012.

KECEDERAAN : Seorang atlet, Mohammed Hafiz Fikri Bin Zainol Abidin telah mengalami sedikit kecederaan di bahagian bahu dan telah diberikan surat jaminan rawatan oleh pihak MSNS untuk dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM ).

PERALATAN : Majoriti atlet membawa bola bowling masing - masing.

PROGRAM BINAAN : Tiada setakat bulan Mac 2012.

ULASAN :

1) Terdapat kekurangan yang amat ketara dari segi jumlah bilangan atlet wanita, berdasarkan jumlah yang terpilih menerusi Program Evaluation menunjukkan jumlah atlet seramai 19 lelaki dan 2 perempuan.

2) Pusat latihan di Shalin's@space U8 baru sahaja mula beroperasi pada bulan Mac 2012, secara tidak langsung juga atlet masih dalam proses penyesuaian lane yang masih baru ini.

3) Sesi latihan dijalankan pada setiap hari Isnin , Selasa dan Khamis bermula jam 8.00 - 10.00 malam. Pasukan SUKMA tenpin bowling Negeri Selangor juga menjalani latihan mereka di sini. Kelihatan sesekali jurulatih SUKMA Selangor iaitu Puan Shalin turut membantu Encik Alihanafiah melatih atlet USPTN.

4) Setakat pemantauan sehingga 29hb Mac 2012 ini, jurulatih Encik Alihanafiah memberikan komitmen yang baik dalam latihan yang dijalankan beliau.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Selangor
Sukan Tenpin Bowling

No comments:

Post a Comment