Friday, March 9, 2012

GIMNASTIK ARTISTIK :Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik, Sekinchan


TARIKH : 7HB MAC 2012 ( SELASA )
TEMPAT : SJKC YOKE KUAN, SEKINCHAN
MASA : 9.00 - 11.30 PAGI






Pemantauan ini telah di adakan bersama Pengurus Sukan Gimnastik, Encik Megat Ahmad Kusyairy. Hanya 2 orang atlet kendalian jurulatih Tee Chai Guan hadir pada sesi latihan sebelah pagi, manakala selebihnya akan hadir pada sesi latihan di sebelah petang.

Antara perbincangan yang dijalankan bersama saya, jurulatih dan juga Pengurus adalah tentang usaha untuk menambah bilangan jumlah atlet bagi pusat latihan yang bertempat di Sekinchan ini. Buat masa ini hanya 10 orang atlet sahaja yang berlatih di sini. Keadaan peralatan di dalam dewan ini adalah memuaskan, cuma ada beberapa kerosakan yang kelihatan di bahagian bumbung bangunan, stor dan dibeberapa bahagian lain.

Sebagai makluman, pihak Persatuan Gimnastik Amatur Selangor ( SAGA ) akan menjalankan "control testing' pada 22hb Mac 2012 bertempat di pusat latihan Sekinchan.

Laporan disediakan oleh:

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Tenpin Bowling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor


No comments:

Post a Comment