Monday, March 5, 2012

GIMNASTIK ARTISTIK :Kem Pemilihan & Penilaian Sukan Gimnastik Artistik


PROGRAM :KEM PEMILIHAN & PENILAIAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK -MAG
TARIKH : 19-24HB FEBRUARI
2012
TEMPAT : GIMNASIUM 3, MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL






Program Kem Pemilihan & Penilaian Sukan Gimnastik Artistik (MAG) anjuran Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara ini telah melibatkan seramai 73 atlet gimnastik artistik lelaki dan 15 orang jurulatih dari seluruh Malaysia. Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menilai prestasi setiap atlet lelaki ( berumur 10-12 tahun ) dan juga jurulatih bersempena dengan kehadiran Encik Gao Jian , konsultan dari FIG.

Seramai 2 orang gimnas Negeri Selangor dari Pusat Latihan, SJK ( c ) Yoke Kuan , Sekinchan telah dipilih bagi menyertai program ini. 2 gimnas tersebut adalah adik Low Jun Hao dan adik Lee Boon Jun dimana kedua-dua gimnas ini berada di bawah kendalian latihan jurulatih Encik Jia Yong Li. Sepanjang 5 hari program ini dijalankan, baik gimnas mahupun jurulatih dirasakan mendapat input yang sangat berharga daripada Encik Gao Jian.

Sehingga catitan ini, adik Low Jun Hao telah berjaya terpilih ke Program Pelapis Kebangsaan menerusi makluman email yang diterima pada 1hb Mac 2012. Tahniah diucapkan dan semoga selepas ini akan lebih ramai lagi gimnas negeri yang akan terpilih ke Program Pelapis Kebangsaan.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Bowling

No comments:

Post a Comment