Friday, March 9, 2012

TENPIN BOLING :Mesyuarat Bersama STBA/Ibubapa & Atlet Sukan Tenpin Bowling.

TARIKH : 8HB MAC 2012 ( KHAMIS )
TEMPAT : SHALIN'S@SPACE U8, TTDI SHAH ALAM, SELANGOR
MASA : 8.30 - 9.40 MALAM






Mesyuarat ini di adakan bagi menjelaskan tentang program USPTN Selangor sukan tenpin bowling bagi tahun 2012. Bermula bulan Mac 2012, program latihan dikendalikan oleh jurulatih sambilan iaitu Encik Alihanafiah Bin Ishak yang sebelum ini juga pernah menjadi jurulatih bagi sukan ini sewaktu program Sukan Teras dulu.

Pihak Persatuan Tenpin Bowling Selangor ( STBA -04 ) juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang program yang di kendalikan oleh pihak persatuan, peraturan yang perlu diikuti oleh semua atlet serta beberapa perkara berbangkit oleh pihak ibubapa.

Berikut adalah jadual latihan bagi sukan tenpin bowling, USPTN Selangor 2012 :

Hari : Isnin, Selasa dan Khamis
Masa : 8.00 - 10.00 Malam
Tempat : Shalin's@Space U8, TTDI Shah Alam, Selangor

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Tenpin Bowling



No comments:

Post a Comment