Wednesday, June 21, 2017

TERJUN : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( 02/6 )


TARIKH                       :  20hb Jun 2017 ( Selasa )
TEMPAT                      :  Pusat Akuatik Darul Ehsan , Shah Alam Selangor.
MASA LATIHAN           : 4.00 - 6.00 petang 
MASA PEMANTAUAN  : 4.45  - 5.40 petang

KEHADIRAN :

1)  Jurulatih : Encik Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
2)  Jurulatih : Puan Nur Hazzarina Binti Jimie ( JSM )
     Atlet : 18 Orang ( 7 senior & 11 junior )

Program Latihan

 - Springboard 
 - Pool : 
 - Platform








Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Atlet telah menyertai Kejohanan Singapore Invitational Age Group Diving Championships pada 9-11 Jun 2017. Pencapaian Selangor berjaya meraih 6 Emas , 10 Perak & 6 Gangsa menerusi kejohanan tersebut.

Peralatan
- Pihak unit masih menunggu sebutharga dari pihak persatuan. Berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan oleh USPTN dan MSNS, banyak yang perlu diperbaiki demi keselataman atlet pada masa akan datang.

Kecederaan
- Jurulatih memaklumkan atlet, Ikhlas Ahmad Sharol Lail yang mengalami kecederaan kaki beberapa minggu lalu , telah menjalani latihan. Walaubagaimanapun, jurulatih memaklumkan  beliau tidak menjalani latihan yang berat.

Program Binaan
- Belum dijalankan.

Ulasan

- Jurulatih memaklumkan sesi latihan dipendekkan pada bulan ramadhan iaitu dari jam 4.00 - 6.00 petang berbanding masa latihan biasa iaitu dari jam 4.00 - 7.00  petang.
- Atlet dan jurulatih akan bercuti sempena perayaan hari raya bermula sabtu, 24hb Jun sehingga 2 Julai 2017.
- Air kolam didapati agak keruh namun latihan masih boleh dijalankan.


Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562



No comments:

Post a Comment