Monday, June 19, 2017

RENANG : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( 02/6 )


Tarikh    :  17hb Jun 2017 ( Sabtu )
Tempat  :  Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
Masa latihan : 7.30 - 9.30 Pagi
Masa pemantauan : 8.00-9.30 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Mohktar Bin Hamidi ( Jurulatih Sambilan )
2) Atlet : 12 Orang ( 9 lelaki  & 3 wanita)

Program Latihan 

 1) Kecergasan ( Kekuatan kaki )








Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan Kejohanan 6th Selangor ARENA Short Course Swimming Championships yang akan di adakan pada 28-30 Julai 2017.

Peralatan 
- Berkeadaan baik

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan  

1) Jurulatih memaklumkan , atlet menjalani latihan kecergasan ( larian ) setiap hari Sabtu. Sekurang-kurangya 10 kali pusingan mengelilingi pusat akuatik akan dibuat oleh atlet.

2) Jurulatih memaklumkan sekitar 12-16 orang atlet akan dinaiktaraf program latihan bersama jurulatih Encik Ong Jin Kooi. Menurut jurulatih, ada juga atlet yang berada dalam program agak terlalu lama kerana gagal mencapai catatan masa yang ditetapkan oleh jurulatih. 

3) Jurulatih memberitahu antara sebab atlet berada terlalu lama di dalam program adalah kerana kegagalan untuk hadir menjalani latihan ( on off ) , disiplin diri semasa menjalani latiahn dan kegagalan mencapai catatan masa yang  telah ditetapkan.

4) Jurulatih memaklumkan yang beliau akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Walaubagaimanapun, kumpulan atlet beliau akan dilatih sementara oleh jurulatih yang telah ditugaskan.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment