Monday, June 19, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLIT ( 02/6 )


Tarikh                     : 16hb Jun 2017 ( Jumaat )
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri SMK Rantau Panjang, Kapar Klang
Masa Latihan         :  4.00 - 5.30 Petang
Masa Pemantauan  : 4.00 - 5.00 Petang

Kehadiran 

1) Encik Mohd Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 6  Orang ( 4 lelaki & 2 wanita )

Program Latihan

1) Front Squat
2) Power Clean
3) Power Jerk
4) Push Press








Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Tiada pada bulan Jun.

Peralatan
- Masih di dalam proses permohonan di peringkat unit bagi permohonan peralatan kecil. Pengurus Sukan , En Khairun Haled telah memaklumkan peralatan yang akan di agihkan selepas cuti hari raya pada satu tarikh yang akan dimaklumkan. Peralatan yang akan diterima adalah squat stand, jerk block dan pull block.

Kecederaan
Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

1)  Latihan hanya dijalankan selama sejam setengah pada bulan ramadan.

2)  Jurulatih memaklumkan seorang atlet, Caroline Priscilla tidak dapat hadir secara kerap menjalani latihan pada bulan ini kerana masalah pengangkutan. Perubahan masa persekolahan pada bulan ramadan menyebabkan van yang selalu dinaiki beliau , tidak dapat menghantarnya ke sekolah bagi menjalani latihan.

3) Perkembangan prestasi atlet adalah sangat memuaskan. Jurulatih berharap agar dapat dijalankan kejohanan dalaman bagi menguji kemampuan sebenar atlet.


Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment