Friday, December 23, 2016

TERJUN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN.


TARIKH         :  21hb DISEMBER 2016 ( RABU )
TEMPAT         :  DRY GYM, PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN SHAH ALAM, SELANGOR
MASA LATIHAN          : 4.00 - 7,00 PETANG
MASA PEMANTAUAN : 4.15 - 5.40 PETANG

KEHADIRAN :
1) En Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
2) Atlet : 13 Orang (7 lelaki & 6 wanita )












Program Latihan JPM
Jurulatih menjalankan latihan kecergasan bersama atlet di gim akuatik.

Ujian
Tiada

Pertandingan
- Tiada  ( Setelah yang terakhir adalah Kejohanan Terjun Srikit Remaja Kebangsaan 2016  pada 17 & 18 Disember 2016 ) 

Peralatan
- Berkeadaan baik

Kecederaan
Tiada laporan kecederaan atlet oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan
- Kehadiran atlet pada sesi latihan agak ramai iaitu seramai 14 orang atlet. Mereka menjalani latihan kecergasan di dry gym.
- Semasa pemantauan ini dijalankan , kelihatan seorang guru sedang mempelajari elemen latihan asas bagi sukan terjun. Beliau merupakan seorang guru dari negeri Pahang yang sedang di dalam proses mengumpul input  tentang latihan sukan terjun. Beliau memaklumkan akan cadangan bagi memulakan program pembangunan sukan terjun di Pahang.
- Jurulatih telah memberi komitment yang sangat baik dengan berkongsi info tentang latihan asas bersama guru tersebut.
- Jurulatih memaklumkan, atlet akan diberikan cuti dari menjalani latihan bersempena dengan cuti perayaan hari krismas.

Laporan disediakan oleh :


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )




No comments:

Post a Comment