Saturday, December 17, 2016

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET SEMPENA KEM LATIHAN BERSAMA JURULATIH NEGERI



Tarikh                    :   15hb Disember 2016 ( Khamis )
Tempat                  :   Pusat Latihan Negeri, Batu 18 Kampung Jawa Hulu Langat Selangor
Masa Latihan          :   8.00 - 11.30 Pagi
Masa Pemantauan   :  9.45 - 10.45 Pagi
Kehadiran :

1) Encik Naharuddin Bin Mahayuddin ( Jurulatih Negeri )
2) Encik Mohd Nazrin Bin Rusli ( JSM )
3) Encik Fazlan Bin Ghazali ( JSM )
4) Atlet : 15 Orang ( 11 lelaki & 4 wanita )

   * 4 orang atlet dari pusat latihan negeri SMK Rantau Panjang, Klang
   * 4 orang atlet dari pusat latihan negeri Batu 18, Hulu Langat
   * 7 orang atlet dari pusat latihan daerah SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya Kuala Selangor.














Ujian
- Tiada.

Pertandingan
-  7 dari 11 orang atlet menjalani latihan sebagai persediaan ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Bawah 17 tahun yang akan di adakan pada 18-21 Disember 2016, di Bangi Selangor.

Peralatan 
-  Mencukupi

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

- Seramai 15 orang atlet di bawah program pelapis telah disenaraikan oleh jurulatih negeri iaitu Encik Naharuddin bagi menjalani kem latihan bersama beliau dari 12hb Disember sehingga 30hb Disember 2016. Objektif kem ini dijalankan adalah bagi memudahkan beliau melihat dan membetulkan teknik angkatan atlet. Sebelum ini, beliau telah menjalankan siri jelajah ke 3 pusat latihan bagi meninjau perkembangan atlet yang berlatih di peringkat program pelapis.

- 4 orang atlet wanita dari PLN SMK Rantau Panjang, telah dipilih dan dilihat potensi mereka sebagai cadangan untuk diserap dalam program SUKMA 2018. Perak. Tidak ketinggalan, tumpuan juga diberikan kepada kumpulan atlet lelaki berumur 13 tahun dari pusat latihan daerah Kuala Selangor.

- Menerusi program kem ini juga, beliau bukan sahaja menumpukan perhatian hanya pada latihan semata-mata bahkan juga cuba menerap nilai sifat bekerjsama dan bersatu dikalangan atlet . Sebagai contoh, atlet-atlet telah diajar untuk menyiapkan sendiri hidangan makanan sepanjang mereka berkampung di pusat latihan ini.

Sekian, untuk laporan


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )




No comments:

Post a Comment