Monday, October 17, 2016

PEMANTAUAN BULANAN PUSAT LATIHAN PELAYARAN

SUKAN : PELAYARAN
Tarikh : 15.10.2016
Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat : Pusat Latihan Sukan Layar Selangor, Batu Laut, Tanjung Sepat
Kehadiran :
1. Sharul Abd. Razak - JPM
2. Sahril Abd. Razak - JPM (Negeri)
3. Muhammad Amirul Muzammir Rudin - JSM
4. Atlet : Lelaki - 8 Wanita - 4
LATIHAN
1. Warming Up
2. Taklimat Latihan
3. Latihan Dilaut
UJIAN
2 Basic ujian kecergasan dijalankan pada sesi latihan sebelah pagi iaitu 'Sit Up' dan 'Push Up'
PERTANDINGAN
1. Seramai 10 orang atlet telah menyertai Kejohanan Regatta Melaka pada 6-10 Oktober di Pantai Puteri, Melaka.
2. Seramai 15 orang atlet telah disenaraikan akan menyertai Kejohanan Regatta Pahang pada 20-23 Oktober 2016 di Kuantan, Pahang.
PERALATAN
Kebanyakkan layar latihan dalam keadaan uzur dan koyak.
KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan.
PROGRAM BINAAN
Tiada program dijalankan
ULASAN
1. JPM Shahrul telah kembali menjalani latihan setelah sebulan dipinjamkan ke Indonesia untuk latihan bersama pasukan kelab di sana.
2. Jurulatih memaklumkan tiada berlaku fenomena air pasang besar dilaporkan dan jurulatih menjalankan latihan dilaut seperti dijadualkan.
3. Pada latihan kali ini Presiden dan beberapa AJK Persatuan Sukan Layar Selangor turut hadir bagi melihat latihan yang dijalankan serta berbincang berkenaan kejohanan yang akan diadakan pada penghujung tahun ini.
Sekian.
Laporan disediakan oleh :
Mohd Firdaus Rosli
PPN Pelayaran Negeri Selangor
Tarikh : 16.10.2016

No comments:

Post a Comment