Friday, October 21, 2016

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

SUKAN : ANGKAT BERAT
Tarikh    :  20hb Oktober 2016 ( Khamis )
Tempat  :  Pusat Latihan Daerah SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya/ PLN SMK Rantau Panjang.
Masa     :  8.30 - 11.30 Pagi /  12.30-1.30 Petang

Kehadiran :
1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
2) Encik Mazzam ( Guru Kanan JKMT )
3) Encik Naharuddin Bin Mahayuddin ( Jurulatih Negeri )
4) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
5) Cik Masliza Mohamad
6) Encik Rooben
7) Atlet : 8 Orang ( SMK Raja Muda Musa ) .














Program Latihan :
i)   Back Squat
ii)  Power Snatch
iii) Power Clean 7 Jerk
iv) Sit Up

Ujian :
- Ujian kecergasan bagi atlet di pusat latihan ini telah di adakan pada 15hb Oktober 2016.

Pertandingan :
- Kejohanan Dalaman sukan ini akan pada 22hb Oktober 2016 bertempat di SMK Rantau Panjang, Klang. Kejohanan Dalaman ini akan melibatkan semua atlet di pusat-pusat latihan sukan angkat berat.

Peralatan :
- Semasa pemantauan ini dijalankan, pihak pembekal telah menghantar  peralatan yang dipohon melalui Majlis Sukan Negeri Selangor. Peralatan tersebut adalah platform latihan , squat rack dan jerk blok. Peralatan ini telah diluluskan pembeliannya oleh pihak MSN Selangor.

Kecederaan :
- Tiada laporan kecderaan diterima dari jurulatih.

Program Binaan :
- Tiada

Ulasan :
- Pemantauan ini turut disertai bersama jurulatih negeri iaitu Encik Naharuddin Mahayuddin. Beliau sebelum ini ada menyuarakan hastrat  untuk turut serta bagi menjalankan pemantauan seterusnya melihat perkembangan serta potensi atlet-atlet yang berada di bawah program pembangunan.

- Encik Mazzam, Guru Kanan JKMT sekolah SMK Raja Muda Musa turut hadir bersama melihat sesi latihan atlet.Beliau juga berkesempatan memberi kata-kata semangat sebagai perangsang kepada atlet yang akan menyertai Kejohanan Dalaman pada 22hb Oktober 2016. Encik Mazzam turut memaklumkan  yang beliau bersama dengan encik Azhar sedang merangka kertas kerja bagi mendapatkan dana dari pihak luar untuk perkembangan sukan angkat berat di sekolah ini.

- Jurulatih memaklumkan plat 10kg pecah semasa latihan oleh atlet.


Sekian,

Laporan disediakan oleh :


SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik & Angkat Berat

No comments:

Post a Comment