Monday, October 13, 2014

PELAYARAN : LAPORAN LATIHAN HARIAN OLEH JURULATIH

TARIKH   : 12HB OKTOBER 2014
TEMPAT  : PUSAT LATIHAN SUKAN PELAYARAN, BATU LAUT KUALA LANGAT
MASA       : 7.30 PAGI - 6.00 PETANG
KEHADIRAN : 22 ORANG ATLET DAN 3 JURULATIH










Jurulatih Penuh Masa, Sharul Abd Razak memberikan laporan beliau mengenai program latihan serta aktiviti atlet sukan pelayaran pada sesi latihan hari Ahad.

Seramai 22 orang atlet hadir bagi latihan ini dan seawal pukul 7.30 pagi mereka telah menjalani Ujian Kecergasan. Selesai ujian kecergasan ini, atlet mengambil masa berehat sebelum mereka melibatkan diri dalam Program Tanam Pokok Bersama pihak Majlis Daerah Kuala Langat.

Mereka kemudian mendengar taklimat daripada kedua-dua jurulatih sebelum turun ke laut. Jurulatih dalam laporan beliau memaklumkan keadaan cuaca pada waktu ini, tidak berangin di tambah dengan keadaan jerebu.

Selesai sahaja sesi latihan ini, atlet seterusnya mempersiapkan peralatan dan bot bagi tujuan penyertaan Kejohanan Johor Open Regatta yang akan di adakan pada 17 - 19 Oktober 2014, bertempat di Pantai Tg Leman, Mersing Johor.

Selamat Maju Jaya bagi atlet -atlet yang menyertai kejohanan ini.

Sekian untuk laporan yang di sampaikan oleh jurulatih.

Disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Pelayaran, Memanah, Tenpin Boling dan Taekwondo.

No comments:

Post a Comment