Thursday, October 30, 2014

KUNJUNGAN NAZIRAN MAJLIS SUKAN NEGARA KE UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

TARIKH  : 28hb OKTOBER 2014
TEMPAT : PEJABAT MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR
MASA     : 10.00 PAGI
KEHADIRAN : 7 ORANG




Kehadiran Naziran ke Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor ( USPTNS ) ini merupakan yang julung kalinya di adakan. Objektif kunjungan Naziran ke sini lebih melihat pada keperluan perjawatan di peringkat negeri bagi Program Pelapis.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Majlis Sukan Negeri Selangor iaitu Encik Mohamad Nizam Bin Marjugi. Antara yang hadir bersama dalam perjumpaan bersama Naziran ini adalah Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang, Ketua Unit USPTN Selangor, Pegawai Pembangunan Negeri iaitu En. Norazizam dan Pn Suhana Suhaili dan 2 orang Pembantu Tadbir En Mohd Nazlin dan En. Naim Rasyidi.

Puan Zie Ileana Izra telah membentangkan tentang struktur Program Pelapis di peringkat USPTN Selangor,  Secara kesimpulan, Naziran melihat tiada keperluan tambahan kakitangan di unit ini memandangkan pengisian jawatan Pegawai Pembangunan Negeri telah di luluskan baru-baru ini.

Antara lain yang dibincangkan bersama dalam perjumpaan ini adalah kekangan yang diperolehi oleh kakitangan di peringkat negeri dalam menjalankan tugasan.

Terima kasih di ucapkan kepada Encik Meor Shariman selaku Naziran atas kunjungan beliau ke USPTN Selangor, Semoga kunjungan seumpama ini akan dapat di adakan lagi di masa akan datang.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR


No comments:

Post a Comment