Thursday, October 30, 2014

MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SERTA PERBINCANGAN BERSAMA JURULATIH

TARIKH  : 29hb OKTOBER 2014
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN BOLING PADANG, SEKSYEN 13 SHAH ALAM
MASA      : 2.45 PTG - 4.10 PTG
KEHADIRAN : 2 JURULATIH, 2 ATLET DAN PPN





Kunjungan saya ke pusat latihan pada hari ini adalah untuk mengadakan perjumpaan dengan jurulatih bagi membincangkan beberapa perkara bersama jurulatih. Antara perbincangan kami adalah berkenaan penyertaan atlet ke Kem Bakat Memanah yang akan di adakan pada 6hb sehingga 13hb November 2014, juga persediaan pasukan bagi menghadapi Kejohanan GP Akhir Interzone 2014 yang bakal di adakan pada 13hb sehingga 16hb November 2014.

Kehadiran atlet ke sesi latihan pada hari ini agak berkurangan kerana difahamkan atlet yang bersekolah di Sekolah Sukan Negeri Selangor menjalani peperiksaan akhir tahun. Jurulatih memaklumkan kehadiran lebih ramai pada hari Sabtu dan juga ahad .

Antara kejohanan terdekat yang akan di adakan adalah Kejohanan GP Akhir Interzone 2014 dan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 2014.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Taekwondo, Tenpin Boling dan Taekwondo

No comments:

Post a Comment