Friday, October 17, 2014

LAWATAN PUSAT LATIHAN OLAHRAGA USPTN SELANGOR


Tarikh : 9/10/2014
Masa : 5.30 ptg
Tempat : Stadium MBPJ Kelana Jaya

Seramai 11orang atlet  hadir sesi latihan jam 4.00ptg hingga 7.00 ptg.

 Seramai 11orang atlet menjalani latihan. 3 lelaki 8 wanita. Latihan di bawah kendalian jurulatih En Zolkifly Majid dan dibantu oleh guru2 dari SMK Taman Sea dan jurulatih lantikan MBPJ.

Kedaan trek di Di Stadium MBPJ berada di dalam keadaan kurang baik dimana trek di acara 100 meter ada kesan rosak di garisan akhir. Ini dimaklumkan sudah hampir 6 bulan kerana ada berlaku tumpahan minyak ke atas trek. Keadaan tilam bagi acara lompat tinggi juga afak kurang baik dimana kanvas yg membaluti span sudah koyak teruk. 

Semasa lawatan atlet sedang menjalani latihan mengikut acara masing-masing.

Pada 11hb Okt ini juga akan di adakan kejohanan olahraga olimpik muda peringkat negeri Selangor yang akan berlangsung di Stadium Kuala Selangor.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor

No comments:

Post a Comment