Monday, March 10, 2014

TENPIN BOLING :PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA ATLET TENPIN BOLING USPTN SELANGOR

TARIKH     :  3HB MAC 2014 ( ISNIN )
TEMPAT    :  PUSAT BOLING, SUNWAY MEGALANES SUBANG JAYA
MASA         :  8.30 - 9.45 MALAM
KEHADIRAN : 17 IBUBAPA ATLET, STBA, JSM DAN PPN








Perjumpaan ini merupakan kali ke-2 saya bersama ibubapa atlet sukan tenpin boling. Perjumpaan kali pertama telah di adakan pada 7hb Februari 2014 yang lalu, di mana pada perjumpaan itu lebih kepada peneragan dan penyampaian program latihan oleh jurulatih yang hendak dimaklumkan kepada ibubapa.

Objektif perjumpaan yang di adakan oleh pihak Persatuan Tenpin Boling Selangor ini adalah bagi menyampaikan beberapa perkara penting bagi program tahun 2014. Perjumpaan ini turut memperkenalkan jurulatih sambilan yang baru iaitu Encik Adzmeer Nizam Bin Abdul Rahman . Untuk makluman, jurulatih 2013 iaitu Encik Alihanafiah tidak menyambung perkhidmatan sebagai jurulatih pada tahun ini.

Pihak Persatuan telah menyerahkan surat  'code of conduct'  untuk ditandatangan oleh ibubapa. Dalam surat ini juga telah menyenaraikan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh atlet dan juga ibubapa. Surat bertandatangan ini diserahkan kepada Puan Shalin Zulkifli selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Tenpin Boling Selangor.

Soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang ibubapa adalah mengenai tindakan ibubapa yang menghantar anak mereka untuk berlatih dengan jurulatih selain jurulatih dari program USPTN.  Puan Shalin memberi penjelasan adalah tidak salah jika menghantar atlet untuk berlatih dengan jurulatih, cuma perlu memaklumkan kepada pihak persatuan , siapa jurulatih yang melatih tersebut. Dikhuatiri ada juga jurulatih luar yang tidak berkelayakan untuk melatih.

Mesyuarat JKK BIL 1/2014 yang telah di adakan pada 20hb Februari 2014 , di pengerusikan oleh Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Dihadiri bersama oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembanguanan MSN Selangor, Presiden dan Setiausaha Persatuan Tenpin Boling Selangor, Pegawai Pembangunan Sukan MSN Selangor, Ketua Unit, PPN dan Pembantu Tadbir USPTN Selangor. Keputusan mesyuarat JKK telah memutuskan bahawa pusat latihan tenpin boling program USPTN Selangor 2014 adalah di Pusat Boling Summit USJ, Subang Jaya.

Penetapan hari dan masa latihan juga telah dibuat semasa perjumpaan ini :

     Hari Latihan    :  Isnin, Selasa dan Khamis
     Masa               :  8.30 - 10.30 Malam
     Tempat            :  Pusat Boling, Summit USJ.


Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo








No comments:

Post a Comment