Monday, March 10, 2014

MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH

TARIKH          :  6HB MAC 2014  ( KHAMIS ).
MASA              :  4.10 - 5.40 PETANG.
TEMPAT         :  KOMPLEKS BOLING PADANG , SEKSYEN 13 SHAH ALAM.
KEHADIRAN : 13 ATLET, JURULATIH DAN PPN.







Atlet-atlet ini telah mula menjalani latihan pada pukul 3.30 petang.  Seramai 13 orang atlet hadir pada sesi  latihan ini. Jurulatih, Mohd Firdaus Bin Isa pada masa ini tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan rasmi di Kementerian Pelajaran Malaysia dan semasa kehadiran saya ke pusat latihan, jurulatih Amran Hamidi sedang melatih atlet.

Majoriti atlet berlatih sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Zon Tengah Pelapis yang akan di adakan pada 14hb - 16hb Mac 2014 yang akan di adakan di Kompleks Sukan Keramat , Kuala Lumpur.

Kelihatan keadaan rumput di padang latihan adalah baik ( rumput tidak panjang disebabkan cuaca panas ). Atlet dapat berlatih dengan lebih selesa berbanding sebelum ini apabila keadaan rumput agak panjang.

Sekian, untuk laporan


SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling, Taekwondo

No comments:

Post a Comment