Tuesday, March 11, 2014

TENPIN BOLING : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET

TARIKH    :   10HB MAC 2014 ( ISNIN )
MASA        :   8.30 - 11.00 MALAM
TEMPAT   :  AMPANG SUPERBOWL, SUMMIT USJ SUBANG JAYA
KEHADIRAN   : 17 ATLET, JURULATIH DAN PPN









Latihan bermula tepat pada jam 8.30 malam. Seramai 17 atlet hadir ke sesi latihan ini yang pertama kali di adakan di Ampang Supebowl, Summit USJ setelah majoriti atlet baru sahaja selesai Kejohanan Sportexcel Melaka Leg pada 7-9 Mac lalu. Kejohanan terdahulu, sekali lagi Selangor berjaya menjadi Johan menerusi acara "Boys Graded' dan kali ini meneusi Mohd Haikal Khairi Bin Hassan.

Keadaan pusat latihan amat baik dan atlet dapat berlatih dengan selesa di bawah kendalian jurulatih, Adzmeer Nizam.

Sesi latihan selesai pada pukul 10.40 Malam . Jurulatih mengambil masa untuk membuat perjumpaan/taklimat ringkas bersama ibu bapa dan atlet bagi menjelaskan program latihan yang akan beliau jalankan di sepanjang 10 bulan bagi  tahun 2014. 3 fasa akan dijalankan oleh beliau iaitu dari Mac - Mei  ( Fasa Pertama ), Jun - Ogos ( Fasa Kedua ) dan September - Disember ( Fasa Ketiga )

Menurut jurulatih, beliau bukan sahaja akan menekankan aspek teknik dalam permainan boling sahaja malah akan turut menekankan aspek kemahiran hidup.

Jurulatih juga bercadang untuk menjemput jurulatih dari luar ( bukan USPTN Selangor ) bagi menilai prestasi atlet semasa 'Monthly Roll Off '.

Atlet  menjalani latihan bagi persediaan menghadapi Kejohanan Sportexcel Pahang Leg yang akan di adakan pada 4hb - 6hb April 2014.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling & Taekwondo

No comments:

Post a Comment