Thursday, November 30, 2017

TERJUN : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 3/11 )


TARIKH                           :  30hb November 2017 ( Khamis )
TEMPAT                          :  Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
MASA LATIHAN             :  3.00 -7.30 Petang
MASA PEMANTAUAN   :  5.30 -7.10  Petang

KEHADIRAN :

1)  Encik Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
2)  Atlet : 14 orang ( 9 lelaki &  5 wanita )

Program Latihan

- Springboard
- 1Metre
- 5M Plarform











Ujian

Tiada

Pertandingan

- Seramai 15 orang atlet telah menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri 2/2017 di Kuantan , Pahang. Pasukan telah berjaya meraih 2 Emas, 7 Perak dan 2 Gangsa.

Peralatan

- Mencukupi.

Kecederaan

Tiada laporan kecederaan dimaklumkan oleh jurulatih.

Program Binaan

- Cadangan untuk mengadakan mini kejohanan dalaman sukan terjun pada 21hb Disember 2017.

Ulasan

1 ) Perjumpaan bersama dengan jurulatih telah dibuat untuk mendapatkan rumusan beliau tentang prestasi atlet di Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017. Jurulatih merumuskan prestasi atlet junior adalah sangat memuaskan. Dua orang atlet yang tidka pernah memenangi sebarang pingat semasa kejohanan sebelum ini, telah berjaya meraih pingat dalam siri kedua.

2 ) Perbincangan juga telah dbuat bagi mengadakan Kejohanan Dalam sukan terjun pada 21hb Disember 2017. Mini kejohanan ini adalah bagi memberi peluang kepada atlet junior yang tidak menyertai kejohanan Karnival, untuk bertanding.

3) Bersempena dengan cuti persekolahan yang agak panjang, jurulatih bersama atlet menjalani latihan sebanyak dua sesi iaitu pagi dan petang dengan pemanjangan jam latihan. Sesi pagi bermula jam 9.00 - 12.00 tengah hari. Sesi petang pula bermula pada jam 3.00 hingga 7 petang.

4) Semasa pemantauan ini dijalankan, kelihatan pasukan negeri Perak juga menjalani latihan bersama dengan pasukan Selangor. 


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562



No comments:

Post a Comment